Feeds RSS
Feeds RSS

Follower Tersayang

Tuesday, January 31, 2012

Rindu Blog! Rindu Atie!

www.tips-fb.com
Hai semua..
Ya Allah! Sumpah! Rindu sangat nak berblog dan bercerita tentang kisah hidup saya!
Kesian Adik Atie...Sorie ekh Atie, akak pun tak taulah apa yang akak sibuk sangat. 
Tapi nak update blog selalu jadi benda paling last akak buat! 
Weee...~

Tapi akak akan bayar semua hutang2 blog ni. :)
Ada masa akak update ya!

Awak comellah Atie pasal nak datang majlis kahwin akak!
Nak datang tapi insya-Allah.
Tapi nak datang jugak, tapi insya-Allah. Hahaha..
Akak faham, awak nak sangat datang tapi awak takut sampai masa awak tak dapat datang. :)
Tak apa.. 
Kalau sampai masa, akak pos kad kat Atie.
Kalau ada rezeki jumpalah kita, ya! 

Tuesday, January 17, 2012

Mari Belajar Bahasa Bangla.. (Kikiki)

www.tips-fb.com
Hai kawan2!
Bertemu kita dalam Mari Belajar Bahasa Bangla! 
Ekekeke..

Sampai sekarang saya masih tak berhenti tersengih2 depan lappy. 
Hahaha...

Ceritanya macam ni. 
Pagi-pagi lagi saya dah teman mak saya pergi supermarket NSK.
Korang tau tak NSK tu apa?
Supermarket NSK ni tak banyak macam Giant @ Tesco kat dalam Malaysia ni.
Dan saya rasa syok bila dah bukak kat Klang.
Tambah2 nak kahwin lagilah suka pergi tempat2 macam tu.
Sebab NSK kan tempat beli borong.

Nak dijadikan cerita
mak saya tengah pilih2 ikan.
Tengah syok2 layan imaginasi fikirkan idea untuk Misteri Pondok Emas saya
adalah seorang warga Bangladesh tengah susun-susun ikan. 
Tiba2 dia tegur saya yang lepak dengan troly kat situ.

"Miss.. This is what nam??"(name)
"What?"
"This..(sambil tunjuk2 sayur dalam troly) Nam? Nam?"

Saya dah blur dah.
Saya tunjuk sayur, dia angguk.

"Ini Bayam. Sayur!"
"Sayur!" (dia ikut balik saya cakap.)
Dalam hati rasa nak lempang Bangla ni. 

Pastu saya ambik ikan yang mak saya nak timbang.
Lepas timbang mak saya pergi kat area dia pulak.
Sekali lagi dia berbual dengan saya.

"This is Bangla nam Sam. Bangla nam Sam!"
Hadoi laa.. Puas saya nak paham Bangla ni cakap apa.
Tapi lama-lama saya faham.
Saya cakap dalam hati (syok pulak layan Bangla nih!)
Korang tau apa dia cakap?
Dia bagitau saya, Sayur tu kalau bahasa Bangla ialah Sam. 

Pastu ikan pulak. 
Dia cakap "This is Bangla nam Mas."
Makna dia ikan dalam bahasa Bangla ialah Mas ye kawan2.

Marilah kita berbahasa Bangla.
Hahaha..
Tiba2 saya dapat kawan pulak time boring2 ikut mak saya pilih ikan.~
Haih~

Seindah Diari Cinta - Bab 5

www.tips-fb.com

5
PERLAHAN-LAHAN Azzalea mendekati seorang gadis yang sedang menelaah pelajaran di perpustakaan. Gadis itu memilih untuk duduk di meja persendirian di satu sudut perpustakaan itu. Dia masih menanti respons gadis yang sedang leka membaca. Kertas di tangannya di pegang erat. Azzalea sengaja batuk-batuk kecil. Gadis itu masih leka membaca buku di tangannya.
            “Ehem! Assalamualaikum, kak.” Tegur Azzalea takut-takut. Hmm! Muka dia ni pun garang macam si Shafwan sewel tu jugak! Azzalea mengerling gadis yang hanya memandang sekilas dia yang terpacak di depan.
            “Hm! Kau nak apa?” soal gadis itu kasar. Dia kembali sambung bacannya.
            “Saya… Saya…” Azzalea jadi gagap pula bila terdengar suara gadis itu yang agak kaku dan dingin. Tidak seperti Ferdi Amirul.
            “Kau ni nak apa? Jangan buang masa aku boleh tak?”
            Terangkat bahu Azzalea apabila disergah begitu. Dia mengurut dadanya perlahan. Kalau hari-hari macam ni boleh gugur jantung aku! Dia menjeling paras gadis yang masam mencuka itu.
            “Saya nak minta tandatangan. Ni dia…” Azzalea meletakkan kertas yang tak serupa kertas itu di atas meja.
            Gadis itu memandang kertas tersebut dan memandang pula wajah Azzalea. Dia menghempaskan bukunya di atas meja.
            “Apa ni?” soalnya sambil mengambil dengan dua jari iaitu ibu jari dan jari telunjuk, petanda geli mahu memegang kertas yang hampir terkoyak itu.
            Azzalea mengerling lagi kelakuan gadis itu. Eleh! Kertas tu pun nak geli! Dasar mengada-ngada! Azzalea menyumpah seranah di dalam hati. Dia mendengus keras sedikit nafasnya.
            “Hoi! Aku tanya ni jawablah!” dikeraskan sedikit suaranya bila Azzalea hanya diam membisu.
            “Kertaslah.” Jawab Azzalea pendek. Hahaha! Ingat aku tak berani melawan? Azzalea tersenyum-senyum sendiri.
            Gadis itu hanya menjeling tajam. Huh! Dia ni belum kenal siapa aku agaknya! Main-main pulak!
            “Aku taulah kertas! Sengal betul budak ni!” Gadis itu masih menjeling. Dia membaca nota yang dikepilkan kemudian kelihatan dia tersenyum sedikit. “Oh… Kena denda rupanya! Padan muka kau!” ejek gadis itu sambil ketawa perlahan.
            “Kak, saya nak minta akak tandatangan kat situ. Boleh tak?” soal Azzalea masih sopan.
            “Kalau aku tak nak tandatangan macam mana?” soal gadis itu sambil menjungkitkan kedua-dua keningnya. Dia masih tersenyum mengejek.
            “Kalau macam tu susahlah saya, kak. Nanti Encik Shafwan denda saya lagi. Saya mintak tolong sangat dengan akak tandatangan kat kertas tu.” rayu Azzalea. Dia hampir menangis bila terkenangkan wajah bengis Shafwan.
            “Bila aku jadi kakak kau?” soal gadis itu sinis.
            Azzalea terdiam dengan sergahan itu. Mereka berdua memandang sekeliling. Risau juga kalau-kalau suara mereka mengganggu pelajar-pelajar lain. Kemudian gadis itu memandang Azzalea semula.
            “Kau tau siapa Shafwan tu?” soal gadis itu.
            “Tau. Dia ketua MPP. Semua orang pun kenal dia.” balas Azzalea jujur. Dia mula malas mahu melayan gadis yang banyak songeh itu.
            “Itu aku taulah bodoh! Ish… Kenapalah junior-junior sekarang ni otak macam siput ya? Kalau kau nak tau, Shafwan tu boyfriend aku!” balas gadis itu bangga.
            “Patutlah pun…” ngomel Azzalea tanpa dia sedar.
            “Apa yang patut?” soal gadis itu lagi.
            “Err… Tak! Memang patutlah kakak dengan Encik Shafwan tu. Sepadan bagai pinang dibelah dua.” Balas Azzalea sambil tersengih-sengih.
            Gadis itu tersenyum sambil memintal-mintal rambut perangnya.
            “Mestilah! Kalau kau nak tau, akulah awek paling hot kat kampus ni.”
            Huh! Memang patutlah pun kau orang berdua jadi kekasih hati! Seorang garang nak mampus! Seorang lagi perasan lebih! Memang dah kena dah tu! Dah bertemu buku dengan ruasnya.
            “Kalau macam tu, boleh tolong saya tandatangan kat situ tak, kak?” soal Azzalea lagi. Terseksa betul batinnya kalau dia terus berada di depan gadis yang perasan cantik itu. Tak sedar wajahnya ditumbuhi banyak jerawat batu.
            Gadis itu tersenyum pula. Dia mencapai pen dan terus tandatangan di tempat yang sepatutnya.
            Azzalea menarik nafas lega bila gadis itu menyerahkan kertas renyuk itu kepadanya. Dia melihat tandatangan yang bersimpul-simpul itu. ‘Rihana namanya…’ kata Azzalea di dalam hati.
            “Kirim salam kat buah hati aku tu, ya?” balas Rihana sambil tersenyum simpul. Tubuhnya mula meliuk-lentuk macam perempuan gedik.
            “Nanti saya sampaikan. Terima kasih, ya.” ucap Azzalea dan cepat-cepat berlalu dari situ. Malas dia mahu mendengar lagi omelan Rihana.
            “Ish! Kalau ada sepuluh lagi orang macam Rihana ni, boleh mati kering aku!” Azzalea berjalan laju-laju sambil membaca siapa lagi orang yang harus dia temui.
            “Opocot mak kau!” latah Azzalea. Hampir sahaja dia terduduk bila bahunya berlaga dengan lengan sasa lelaki itu.
            Azzalea mendongak melihat siapa yang bertembung dengannya. Wajah garang Shafwan terlihat lagi.
            “Ma.. Maaf Encik Shafwan! Saya betul-betul tak sengaja.” Ujar Azzalea takut-takut.
            “Shhh!!!” Shafwan meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Dia memerhati sekeliling. Kemudian dia mengintai melalui cermin kaca di perpustakaan itu.
            Azzalea yang memerhati, pelik dengan tindakan Shafwan yang seperti takutkan sesuatu.
            “Encik Shafwan kenapa?” soal Azzalea bila dia rimas dengan kelakuan Shafwan yang seperti takutkan sesuatu.
            “Awak ada nampak Rihana?” soal Shafwan perlahan.
            “Ada! Dia ada kat dalam…”
            “Bisinglah kau ni!” spontan Shafwan menekup mulut Azzalea sehingga gadis itu tergamam dan kaku dengan tindakannya.
Kenapa pulak si mamat ni? Tiba-tiba nampak macam penakut pulak? Kalau tak tu suara dialah yang boleh gegarkan seluruh kampus ni! Huh…
“Kenapa Encik Shafwan takut dengan Rihana ke? Diakan girlfriend encik. Takkan takut kut?” soal Azzalea jujur.
Mata Shafwan terbuntang apabila dengar kata-kata yang keluar dari mulut Azzalea. Rasa mahu dicekik-cekik sahaja leher gadis itu. Sesedap rasa aje kata Rihana tu girlfriend aku?
“Woi! Siapa kata Rihana tu girlfriend saya?” soal Shafwan agak keras tetapi matanya masih melingas untuk berjaga-jaga.
Terkerdip-kerdip mata Azzalea apabila suara Shafwan mula seperti halilintar membelah awan. Dia mendengus perlahan.
“Tadi saya jumpa Rihana. Mintak tandatangan dia macam Encik Shafwan suruh. Dia yang kata Encik Shafwan ni boyfriend dia. Ha! Dia kirim salam tadi.” balas Azzalea. Kali ini dia tersengih-sengih pula.
            Wajah Shafwan mula berkerut kemudian dia buat-buat nak muntah pula. Azzalea yang melihat mula rasa hairan.
            “Kenapa? Encik Shafwan tak suka ke?” soal Azzalea hairan.
            “Memang saya tak suka. Menyesal saya suruh awak minta tandatangan dia. Kalau dia salah seorang pelajar yang tak berpengaruh, tak ingin saya nak suruh awak jumpa dia. Ish!” Shafwan bersandar di tingkap kaca dan mula memeluk tubuh.
            Azzalea tersenyum. Dia memandang lelaki itu atas ke bawah. Mesti si Rihana tu peminat fanatik Encik Shafwan. Hahaha… Tak sangka Encik Shafwan yang garang ni ada peminat fanatik.
            “Kenapa Encik Shafwan cakap macam tu? Rihana tukan cantik.” Balas Azzalea.
            Lipat maut kepala Shafwan berpaling merenung Azzalea di sebelah. Dari wajah Azzalea ceria terus bertukar menjadi terkulat-kulat bila mata helang Shafwan merenung tajam ke arahnya.
            “Awak tak tahu apa-apa. Saya yang terseksa tahu tak? Si Rihana tu ada kat dalamlah ya?” soal Shafwan kembali kepada pucuk persoalan.
            “Ada…” balas Azzalea lemah.
            “Kalau macam tu saya tak jadi masuk library. Eh! Awak ni duduk sini ni dah habis ke orang-orang yang saya suruh cari?” soal Shafwan. Nadanya mula tinggi sedikit.
            “Belum…” Azzalea masih lemah menjawab. Bosan betul dia dengan hukuman yang dikenakan. Sudahlah dia tak kenal senior-senior kat sini, disuruh pula cari orang-orang yang dia tak kenal. Menyampah! Azzalea mengerling wajah Shafwan di sebelah. Lelaki itu hanya tahu merenung tajam macam harimau sepuluh hari tak makan!
            “Iyalah… Iyalah… Saya pergi ni.” Azzalea mengangkat kaki malas menuju ke tangga untuk turun ke bawah.

KAFE TANJUNG ramai dengan pelajar-pelajar baru yang sedang makan tengah hari waktu itu. Azzalea resah menunggu Maisera tiba. Sekejap-sekejap dia melirik jam di pergelangan tangan. Sekejap-sekejap dia melihat kertas di tangannya. Kemudian dia melilau memandang sekeliling mencari kelibat Maisera yang tidak nampak batang hidung lagi.
            “Lea!” jerit Maisera dari jauh lagi. Dia melambai-lambai sambil menghampiri tempat duduk Azzalea.
            Azzalea juga turut melambai.
            “Kenapa kau lambat? Jenuh aku tunggu.” Rungut Azzalea sambil menyambut bekas makanan di tangan Maisera.
            Sorrylah. Tadi aku jumpa Kak Dariah.” Ujar Maisera sambil menyudu nasi campur ke dalam mulutnya.
            “Kau jumpa akak tu buat apa?” soal Azzalea. Dia juga cepat-cepat makan. Masa yang tinggal tak banyak lagi. Dia harus mencukupkan tandatangan yang diminta oleh Shafwan.
            “Aku mintak rayuan kat dia, suruh dia cakap kat Encik Shafwan kau tu ringankan hukuman kau. Lagipun kita sekarang ni dalam sesi orientasi. Kalau kau asyik kena denda aje, bila yang kau ni nak fokus kat maklumat-maklumat yang kita perlu tau ni. Waktu orientasi ni aje yang dia orang nak briefing macam-macam. Kalau kau ketinggalan, macam mana nak faham semuanya?” Maisera mula membebel. Tangan dan mulutnya sama cergas apabila bergerak.
            Azzalea yang mendengar terkejut dengan kata-kata Maisera. Berani betul dia ni? Makanan yang di jamah separuh sahaja. Tiba-tiba dia jadi tak selera bila nama Shafwan kedengaran.
            “Kau dah gila ke Sera? Kalau dia terima rayuan kau tu tak apa jugak. Buatnya dia tambah lagi denda kat aku macam mana?” soal Azzalea sedikit meninggi.
            Cepat-cepat Maisera meletakan jari telunjuknya ke bibir sambil matanya memandang sekeliling. Beberapa pasang mata mula memandang ke arah mereka berdua.
            “Aku cuma nak tolong kau aje. Aku kesianlah kat kau, Lea. Aku tak ada niat pun nak susahkan kau lagi.” Balas Maisera dengan nada sedih.
            Azzalea mengeluh. Terasa bersalah pula bila dia memarahi kawannya itu. Dalam kampus itu dia hanya ada Maisera. Tak baik pula dia buat begitu.
            “Aku faham niat kau, Sera. Aku pun bukan suka asyik kena denda macam ni. Aku akan pastikan ini denda aku yang terakhir. Aku tak nak cari pasal dah.” Ujar Azzalea perlahan memujuk Maisera.
            “Tak apa, Kak Dariah tu baik orangnya. Kalau dia rasa perkara tu akan bertambah buruk, tak mungkin dia sampaikan kat Encik Shafwankan? Rilekslah…” Maisera tersengih-sengih pula.
            “Betul jugak. Aku tak boleh lama ni, Sera. Denda aku masih berjalan lagi ni.” wajah Azzalea mula cemberut. Malas betul mahu melayan perkara-perkara yang memenatkan ini.
            “Banyak lagi ke orang yang kau kena cari?” soal Maisera sambil membelek kertas yang terlipat di atas meja. “Ya Allah, Lea. Kau makan ke apa kertas ni? Dah nak terkoyak dah.” Maisera tersengih sendiri.
            “Tu la kau tak tau azab yang aku kena tanggung. Setiap orang aku jumpa, semua lain-lain perangai. Ada minah gila ni lagi buat aku sakit hati. Huh!” Azzalea menjeling tajam Maisera yang tersengih di depannya.
            “Siapa?” soal Maisera teruja ingin tahu.
            Azzalea mendekatan wajahnya ke arah Maisera untuk berbisik. Dia risau kalau-kalau Rihana dan Shafwan ada di sekitar situ.
            “Perempuan tu namanya Rihana. Dia ni aku rasa peminat fanatik kat Encik Shafwan.” Azzalea menekup mulutnya.
            Mata Maisera bulat mendengar kata-kata Azzalea. Biar betul segarang-garang Encik Shafwan ada peminat. Fanatik pulak tu! Maisera menggeleng kepala tanda tidak percaya.
            “Macam mana orangnya? Mesti cantikkan. Encik Shafwan tu pun boleh tahan.” Balas Maisera.
            “Cantik tu memanglah cantik. Tapi garang! Aku nak mintak tandatangan dia sikit punya lama. Bila dengar nama Encik Shafwan terus keluar gedik-gedik dia.” Azzalea tidak dapat menahan ketawa. Dihamburkan di situ juga.
            “Ish! Tak sabar aku nak tengok orangnya.” Balas Maisera.
            “Nanti kalau terjumpa aku tunjuklah. Ferdi pun aku tak nampak batang hidung. Kalau tak boleh aku kenalkan kat kau.” Azzalea menyisir rambutnya. Jam di dinding Kafe Tanjung dilirik. Hampir ke jam 2.00 petang.
            “Eh, aku kena gerak dululah. Nanti mengamuk pulak Encik Shafwan tu kalau aku tak dapat semua tandatangan mengarut ni!” rungut Azzalea sambil berdiri. Kemudian dia terus berlalu dari situ dengan terburu-buru.
            Maisera simpati melihat nasib Azzalea yang sering dibuli oleh Shafwan. Nak kata Shafwan sukakan Azzalea, tak nampak tanda-tanda pun. Maisera juga turut berlalu dari situ dan menyertai kumpulannya.

Tuesday, January 3, 2012

Seindah Diari Cinta - Bab 4

www.tips-fb.com


4
“FAHAM?!” jerkah Shafwan.
            Azzalea mengangguk dengan pantas. Dia menggenggam kemas kertas yang baru diberi oleh Shafwan. Pagi ini denda dia mula berkuat kuasa. Siut betullah! Mana aku nak kenal senior-senior ni? Azzalea merenung lama kertas di tangannya. Dia memandang wajah Shafwan. Lama.
            “Apa tengok-tengok saya? Awak tak puas hati?” soal Shafwan sambil menjegilkan biji matanya.
            “Macam mana saya nak dapatkan tandatangan dia orang ni semua? Sorang pun saya tak kenal.” Perlahan sahaja tutur kata Azzalea. Dia cuba untuk membela nasibnya.
            “Itu pandai-pandai sendirilah, ya. Masa senior-senior ni ada dan memperkenalkan diri masing-masing, awakkan dengan saya. Masa awak tinggal sorang-sorang, yang lain semua melawat kawasan Kolej Rimba Bestari ni. ” Jawab Shafwan sambil tersenyum mengejek.
            Ini tak adil! Azzalea merengus di dalam hati. Dia terus keluar dari bilik Shafwan. Langkahnya sengaja dilajukan. Azzalea hanya ada masa sehingga pagi esoknya. Semalam dia rasa selamat dan Shafwan lupa akan denda yang dikenakan terhadapnya, tetapi rupa-rupanya tidak. Pagi-pagi lagi Azzalea sudah dipanggil ke biliknya.
            “Apa yang saya tahu, esok pagi saya nak list ni penuh dengan tandatangan dia orang. Jangan cuba tipu saya sebab saya tahu tandatangan dia orang ni semua.” Shafwan seakan mengugut.
            Azzalea terpaksa pasrah. Perlahan-lahan dia mengangguk dan keluar dari bilik Shafwan. Nak atau tak nak, dia tetap kena akur dengan arahan Shafwan ataupun dia akan didenda lagi.
            “Mana aku nak cari ni? Kalau ajak Sera, nanti si senget tu tau pulak! Ish! Menyusahkan orang betul. Ingat dia bagus sangat ke? Ingat aku takut ke dengan dia? Eh! Aku tak takutlah! Bila-bila masa aje aku boleh…”
            Buk! Affirina jatuh terlentang. Dia memegang dahinya yang terasa berdenyut-denyut. Wajahnya berkerut menahan sakit. Dia masih belum tahu benda keras apa yang menghentam kepala dan bahu kanannya.
            “Eh, dik! Tak apa-apa ke? Okey tak?” soal seorang lelaki. Dia betul-betul tak sangka gadis itu akan lalu tatkala dia mengangkat beg berisi gitar untuk digalasnya.
            “Tak ada apa-apa kut.” Jawab Azzalea perlahan. Dia masih mengusap-usap dahi sambil cuba untuk bangun.
            “Nak saya tolong?” soal lelaki itu.
            “Tak… Tak apa. Boleh bangun sendiri.” Balas Azzalea. Dia masih lagi tunduk. Tak berani mahu bertentang mata dengan lelaki tersebut.
            Lelaki itu tersenyum. Dia tahu Azzalea pelajar baru. Tengok baju-T yang dipakai Azzalea juga dia sudah tahu. Lelaki itu memandang kertas yang hampir lunyai di tangan Azzalea.
            “Pelajar baru?”
            Azzalea mengangguk.
            “Nama siapa?”
            “Aina Azzalea.”
            “Oh… Aina Azzalea nak ke mana? Kenapa tak ikut group yang lain? Kenapa sorang-sorang kat sini? Sesat ya?” soal lelaki itu lagi.
            Azzalea memberanikan diri menentang pandangan dengan lelaki yang begitu prihatin terhadap dirinya. Mata itu redup merenungnya. Tiada tanda-tanda seperti mata helang Shafwan. Dia masih leka memerhati wajah bersih lelaki itu.
            “Panggil Lea aje.”
            “Oh, lupa pulak nak kenalkan nama. Nama saya Ferdi. Ferdi Amirul. Panggil Ferdi aje.” Ferdi menghulurkan tangan untuk bersalam.
            Azzalea seperti rasa dipukau. Bila Ferdi melambai-lambaikan tangan terus mata Azzalea berkelip-kelip semula. Baru dia berpijak di bumi yang nyata. Cepat-cepat Azzalea menyambut huluran tangan lelaki itu. Kemudian dia teringat kertas yang sudah keronyok di tangannya. Cepat-cepat pula dia buka kertas itu kemudian dia meneliti satu per satu nama yang Shafwan senaraikan. Rasanya ada…
            Mata Azzalea bersinar terang. Senyuman mula tersungging di bibirnya. Dia memandang kertas dan wajah blur Ferdi silih berganti.
            “Awak Ferdi Amirul?!” soal Azzalea dengan teruja. Ferdi mengangguk. Dia masih menunggu kata-kata Azzalea seterusnya. “Awak boleh tolong sign kat sini tak? Sini.” Azzalea menunjukkan tempat untuk ditandatangan.
            Ferdi pelik. Kenapa dia disuruh menandatangani kertas itu? Dia mengambil kertas tersebut dan membaca nota yang dikepilkan sekali untuk sesiapa yang bertanya kenapa mereka perlu turunkan tandatangan.
            Ferdi tersenyum sedangkan Azzalea sudah terkulat-kulat malu. Pasti Ferdi fikir yang bukan-bukan terhadap dirinya. Pasti Ferdi fikir dia adalah gadis nakal yang melanggar peraturan atau melawan arahan senior.
            “Kena denda ya?” usik Ferdi sambil tersenyum manis.
            Azzalea menunduk. Perlahan-lahan dia mengangguk.
            “Kenapa kertas ni dah sampai macam ni?” soal Ferdi lembut. Dia berusaha untuk menandatangani juga walaupun dia pening tak tahu mana nak turunkan tandatangan sebab kertas itu pun hampir lunyai.
            Ferdi meletakkan kembali beg gitar yang digalasnya. Kemudian dia bertinggung di situ juga. Kertas itu diletakkan di atas gitar yang berbalut dengan beg itu.
            Azzalea hanya melihat Ferdi menurunkan tandatangan. Kemudian Ferdi kembali berdiri dan menyerahkan kertas itu kepada Azzalea.
            “Kenapa kena denda?” soal Ferdi agak ramah.
            “Sebenarnya saya… saya… saya dah terpijak kasut Encik Shafwan.” Jawab Azzalea jujur.
            “Encik Shafwan?” soal Ferdi kembali agak terkejut. Kerut terentang di dahinya.
            “Ya, mesti awak kenal siapakan? Kita punya Pengerusi MPP.” Terang Azzalea.
            Ferdi tahu. Malah kenal sangat dengan Shafwan Zakuan. Apa yang dia hairan sekarang kenapa Azzalea diajar untuk memanggil Shafwan itu dengan panggilan Encik Shafwan. Huh! Memang sengaja nak buli budak perempuan comel ni.
            “Dia suruh awak panggil dia encik?” soal Ferdi lagi.
            Azzalea mengangguk pantas. Kemudian dia memandang tunak lelaki tinggi lampai itu.
            “Awak satu course dengan Encik Shafwan?” soal Azzalea.
            “Taklah. Saya ambil jurusan Performing Arts. Ni…” Ferdi menunjukkan gitar yang disandarkan di kakinya.
            “Hmm… Kalau macam tu, saya mintak diri dululah, ya. Ramai lagi orang nak saya cari ni. Tak taulah sempat ke tak nak sampai ke meja Encik Shafwan esok pagi.” ujar Azzalea. Sugul sahaja riaknya. 
            “Bagi saya tengok kejap siapa lagi yang awak kena cari. Kalau boleh saya tolong, saya tolong.” Balas Ferdi. Simpati betul dia dengan Azzalea. Dia yakin pasti Shafwan sengaja membuli gadis di depannya itu. Takkanlah disebabkan Azzalea terpijak kasut dia pun, dia nak denda yang mengarut sampai macam ni sekali? Tanpa sedar Ferdi menggeleng kepala.
            Azzalea betul-betul gembira. Tak sangka Ferdi sanggup untuk membantunya. Cepat-cepat dia menunjukkan kembali kertas tersebut.
            “Kalau saya tolong ni, awak nak balas apa kat saya?” soal Ferdi sekadar mengusik. Dia mengerling wajah Azzalea yang ternyata sudah cuak. Hahaha! Baru cakap macam tu, dah pucat semacam muka dia!
            “Kena ada balasan, ya?” soal Azzalea. Dia mula rasa tidak selesa. Dia ingatkan Ferdi ini ikhlas mahu menolongnya tapi dia harus sedar, tidak ada perkara yang percuma di dalam dunia ini. Sedangkan nak masuk tandas pun dah kena bayar 20 sen.
            Dalam dia berfikir-fikir itu, kedengaran suara Ferdi ketawa dengan kuat. Azzalea kembali memanggung kepala memandang wajah Ferdi yang sudah kemerahan.
            “Kenapa awak ketawa?” soal Azzalea pelik.
            “Awak ni, saya bergurau pun tak boleh. Memang ada balasannya, tapi itupun kalau kita terserempak lagi lepas ni, awak belanja saya makan kat Kafe Tanjung, ya?” balas Ferdi sambil merenung wajah Azzalea.
            “Oh… Belanja makan aje. Kalau itu, saya tak kisah!” balas Azzalea dengan riang. Dia mula rasa seronok berkawan dengan Ferdi. Ferdi tidaklah sombong macam Shafwan.
            Teringatkan Shafwan dia kembali kecut perut. Wajahnya berubah kelat. Dia harus selesaikan denda yang diberikan dengan segera. Kalau tak pasti Shafwan akan memekik kat telinganya macamlah dia tu pekak yang dah tahap kritikal.
            “Okey, saya dah tuliskan beberapa senior yang awak cari tu, tadi saya jumpa dia orang. Awak try cari kat tempat-tempat ni sebab tadi dia orang ada kat situ.” Balas Ferdi. Dia menyerahkan kembali kertas itu.
            “Okey, terima kasih ya.” balas Azzalea. Dia betul-betul gembira. Kertas yang dihulurkan disambut dengan baik.
            “Pesan saya, nanti jangan sampai kertas tu dah tak jadi rupa kertas bila sampai kat meja Encik Shafwan awak tu.” usik Ferdi.
            Azzalea hanya mampu tersenyum malu. Dia tahu kertas itu jadi begitu kerana salah dirinya. Disebabkan dia terlalu bengang dengan Shafwan, kertas itu yang menjadi mangsa. Sekarang dirinya sendiri yang susah.
            “Kalau macam tu saya pergi dulu. Kalau terjumpa kat kafe Tanjung nanti saya belanja awak, ya.” Azzalea terus berpaling dan berlari-lari anak menuju ke beberapa tempat yang telah ditulis siap-siap oleh Ferdi untuk mencari beberapa orang senior yang dilihatnya. Masih ada beberapa lagi yang perlu dia cari sendiri. 
Ferdi hanya menggeleng kepala melihat kesungguhan Azzalea. Haih! Nasib kaulah Lea, dapat Pengerusi MPP sengal macam Shafwan tu. Dia tak jadi untuk pulang, langkahnya diatur menuju ke bilik MPP.

FERDI memulas tombol pintu tanpa mengetuknya. Shafwan yang sedang membaca sesuatu di dalam fail, hampir terjatuh dari kerusi yang sengaja dijongketkan ke belakang. Dia mengerling sahaja Ferdi yang sudah mentertawakannya.
            “Gila!” jerkah Shafwan sambil menjeling.
            Ferdi yang melihat hanya mencebikkan bibir. Langsung dia tak gerun dengan Shafwan. Apa yang nak digerunkan, Shafwan tu abangnya sendiri. Dia hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.
            “Amacam hari ni Encik Shafwan? Sihat?” soal Ferdi kemudian dia ketawa sendiri.
            Shafwan hanya tersenyum kecil. Dia tahu Ferdi mengusiknya. Pasti Azzalea telah berjumpa dengan adiknya untuk minta tandatangan.
            “Budak tu dah jumpa kau, ya?” soal Shafwan sambil meletakkan fail di sisinya. Dia tersengih menumpukan perhatian kepada adiknya yang sudah duduk bertentangan dengannya.
            “Kau ni pun tiap-tiap tahun nak garang macam singa! Kesian budak-budak baru tu. Ada yang mengadu kat aku, kalau dia orang kena sergah waktu orientasi dulu, dah hampir nak terkencing sebab takutkan kau.” Ferdi ketawa perlahan.
            Shafwan juga tak dapat menahan ketawanya.
            “Tapi apa jadi dengan yang semua mengadu kat kau? Semua suka kawan dengan akukan? Semua kata kau untung dapat abang macam aku.” Shafwan menjungkitkan kening berkali-kali.
            “Memanglah. Tapi kau ni pun nak garang berpada-padalah sikit. Kesian aku tengok Azzalea tu. Kelam-kabut nak cari orang-orang yang kau senaraikan.” Ferdi menggeleng kepala.
            “Biar dia rasakan! Siapa suruh pijak kasut aku? Kasut tukan hadiah kau bagi time birthday aku? Dahlah warna putih.” Rungut Shafwan sambil melihat-lihat kasut di kakinya.
            “Kasut pun nak jadi hal! Kalau basuh hilanglah kotor tu. Alah! Saja kau tu nak buli dia. Ke kau dah tersangkut dengan dia?” usik Ferdi sambil mengurut-urut dagunya.
            “Ish! Gila kau. Baru dua hari takkan aku nak sangkut kat junior pulak? Jatuhlah martabat aku sebagai Pengerusi MPP.” Shafwan menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi.
            “Sudahlah kau. Ni aku nak balik dah. Malam ni ada taklimat lagi ke?” soal Ferdi seraya bangun dan menggalas beg gitarnya.
            “Ada. Macam biasalah aku balik lambat. Bagitau mak dengan abah.” Jawab Shafwan.
            Ferdi hanya mengangguk kemudian terus keluar dari bilik tersebut.

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru dan ....

www.tips-fb.com

Hai kawan-kawan...
Lama saya tak update kan? 
Hehehe... macam tak ada apa nak updatelah. Tapi kesian kat follower yang ada. (Macamlah dorang kesah)~ 

Hmmm.. Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun baru 2012.. Apa azam tahun ni? Ke masih nak capai azam tahun lepas? huhhu... Azam  saya? Biarlah rahsia... Umur makin bertambah. Harap2nya rezeki juga melimpah ruah untuk tahun ni. 

Sebenarnya masuk sahaja tahun 2012. Saya mula berdebar2. Tahun ni bakal merubah banyak perkara. Insya-Allah tahun ni saya akan jadi isteri orang. Tanggungjawab makin bertambah. :) Macam-macam perasaan ada. Seronok, excited, tak sabar, takut, berdebar, semualah! 
Bila? Nanti ada masa sesuai akan diumumkan. :) Tahun ni banyak perkara nak dipersiapkan dari segi mental dan fizikal. Sibuk tu jangan cakaplah. Sekarang pun dah rasa bahangnya. Kalau orang lain kata lambat lagi. Tiba masa korang, korang taulah lambat ke cepat bila rasa sendiri nanti. :) Pejam celik, pejam celik, dah sampai waktu. 

Semoga segala urusan saya dalam mendirikan masjid akan berjalan lancar. Amin. Amin. Yarabbal-alamin. Rasa sayang dah tak terbendung. Dugaan datang bertimpa-timpa. Eloklah kalau tahun ni kami akhiri semuanya dan hidup bahagia. Insya-Allah. Doakan sama ya. :p

Projek lain juga sedang berjalan dengan jayanya. Harap semuanya ok. Rezeki nak naik pelamin tu ada. Alhamdulillah. 

Hmm.. Itu ajelah nak cerita. Harap korang punya impian dan azam tercapailah tahun ni ya. Kalau tak tercapai, tahun depan panjang umur sambung lagi. :) Tahun ni saya ada list dah. Dah minta satu daripadanya kat Cintehati. Nampak macam senyum2 tanda nak bagi. Yiipiie! Luv u 4ever! 

Byeee..

Thursday, December 22, 2011

Family Vacation.

www.tips-fb.com
Hai kawan-kawan.
Lama saya menyepi kan? 
Saya menyepi sebab banyak benda kut saya buat.
Lagipun tak ada apa nak cerita.
Tapi nanti saya ada satu cerita nak kongsi.
Hehehe..

Cuma kali ni nak bagitau yang saya tak sabar2 nak pergi bercuti.
Ke mana? 
Glory Beach Resort, PD.
Memang setiap hujung tahun satu family akan pergi bercuti2 Malaysia.
Baiknya Along saya menaja penginapan!
Makan pula tong-tong dengan Angah saya.
Semoga murahlah rezeki mereka dunia akhirat.
Semoga syurgalah tempat mereka satu hari nanti!
Amin!

Saya? Taja apa?
Saya bawak perut..
Lalalala..

Tak sabarnya!
23-26 Dec.

Main Entrance

Siang
Malam
Yeay!!
Bye kawan2!

Monday, December 19, 2011

I Love Choc!!

www.tips-fb.com
Lama tak update.
Tempek gambar aje aci tak???
Hehehe...
Cintehati kasi nihhh!
Seronotnyaaa! 


Gambar terbalik! Lantaklah! Hahaha..