Follower Tersayang

Saturday, February 16, 2013

Yang Dah Basi... :p

Hai, hai...
Sihat ke??
Hari ni nak sajikan sesuatu yang dah basi.
Basi sangat dah. Dah hampir 5 bulan. 
Hihihi
Disebabkan dah basi, saya letak beberapa keping aje.

Nikah 
15/9/2012
Jam 3.00 petang.
Tema - Gojes Grey.
Dengan dua kali lafaz dia sah menjadi suami saya. 
Alhamdulillah.
Soalan cepumas tok kadi??
Ada..ada..
Petik jari aje boleh jawab.
-Mengucap dua kalimah syahadah-
-Istighfar 3 kali-
Dah. Itu aje. 
Simple.
Tapi Ustaz ni memang kaki psiko. 
Ramai kurang senang dengan dia. 
Paling tak tahan ada jiran yang majlis akad berlangsung selepas maghrib, tapi masuk waktu isya' belum selesai-selesai lagi khutbah dia.  
Waktu saya cerita kat sang suami dia sangat cuak.
Dan memang saya cerita semua benda yang ngeri2 dengan tujuan baik.
Biar dia bersedia sungguh2 dari awal. 
:-)

 Persalinan - Puteri Balqis.
Selepas nikah dan posing2, saya terus tukar persalinan.
Sebenarnya ada niqab tapi OP suruh buka. Pasrah.
Lagipun niqab dah terkena lipstick. 
Tak cantik dah. 
Ramai suka baju ni.
Saya pun suka. 
Paling excited nak pakai benda atas kepala tu. 
Hahaha.

 Persalinan - Bollywood.
Pergh! Jadi mujheranggedeyyy saya. Hahaha..
Sari di kepala dan kain saya adalah sangat berat.

Malam Berinai
Hari yang sama. 
Jam 8.30 malam. 
Tema - Tradisional Melaka.
Berarak dengan kompang dan bersanding. 
Cuma Malam Berinai ini hanya kaum keluarga, sanak-saudara dan jiran terdekat sahaja.
Berat tak benda kat kepala tu?
Erm.. Tak berat sangat.
Cuma kepala harus tegak aje. Takut jatuh. Padahal dah berpuluh pin dia taruk. huhu.

Majlis Potong Kek
Majlis ni sejurus selepas Malam Berinai. 
Korang boleh bayang tak dalam satu hari 5 pasang baju saya kena tukar. 
Dari tengah hari sampai tengah malam. 
Akhirnya impian saya nak jadi princess tercapai! 
Saya suka pakai gaun. 
Rasa macam nak pakai lagi! 
Kek adalah 2 tingkat.
Tingkat bawah - Red Velvet.
Tingkat atas - Rainbow.
Sedap dan sangat cantik. 
Saya sangat terkejut dengan sebotol air dan cawan.
Itu idea makcik saya.
Suka sangat! 

Resepsi.
16/9/2012
Jam 12.30 tengah hari.
Tema - Peachy Pinky.
Huh..
Letih mak nak pilih warna tema gara-gara tak nak sama dengan tema-tema yang ada kat dalam taman saya ni.
Sangat boring.
Kalau tak hijau, purple, lepas tu pink, tak pun hitam+merah.
Ayooo.. Hitam +merah sangat 2009 ya. Zaman2 Mawi+Ekin.
Susahnya pencarian tema setimpal dengan pencarian baju di butik.
Saya rasa sangat letih tukang butik tu nak cari warna peach ni. 
Last2 dia buat baru untuk saya. Hahaha.
Lepas majlis saya,
Tu diaaaaaaaaaaaa...
Sampai sekarang ni kat taman saya ada majlisnya warna Peach. 
Baru2 ni ada kakak tu bertunang, tema Peach+Purple. 
Cantik bila tengok khemah dia. :-)

Outdoor.
Jam 5.30 petang.
Lokasi - Setia Alam Central Park. 
Time ni bateri dalam badan dah hampir2 zero.
Letih yang amat. 
Tapi puas hati.
Segala impian tercapai. 
Semua perbelanjaan perkahwinan adalah di dalam bajet.
Penuh resit2 dan habis buku nota kena conteng2. 
Alhamdulillah. 
Semua selesai. 

Dan inilah saya sekarang.
Gemuk! 
Sekian!

2 comments:

CintaZulaikha said...

gemuk biasa jek nadia oiiiiiiii....

Hanny Esandra said...

gemuk orang dah kawin... ye dak??