Follower Tersayang

Tuesday, April 28, 2009

Idea baru dah mengintai... Tapi still malu2..~



Mungkin sampai masa untuk menulis dah ni... Ade idea baru yang menjengah tetiba nih... Hehehe... Tapi, entah ler menjadik ke tak...

Affirina si Interior Designer tiba-tiba menjadi The Wedding Planner...

Bekerja di Butik Pengantin & Andaman Zaza...

Bestfriend dia~Jasmin~menawarkan jawatan tersebut...

Dia pasrah di kala terfikirkan betapa susahnya mahu mendapatkan kerja skang ni...

"Susah2 sgt, kau kerjalah kat butik tempat aku..." cadang Jasmin buat mata Affirina membulat.

"Kerja dgn aunty kau? Kau nak aku koyak-koyakkan baju pengantin tu ke?"
"Jomlah Fir!"
"No!"
"Try!"
"Takde jiwa!"
"Please..."

Affirina terima? Ya... dia terima... memandangkan interview with The Mamat Poyo pagi tadi dah gagal!

"Maaf Encik... Tuan... Boss..." Allah... knapa semua aku nk sebut ni... aduhh..
"Duduk..."
"Apa?"
"Duduk!" Sepantas kilat Affirina duduk.
"Tell me about yourself.."
"Hmm..."
"Hmm... what hmm..?" Syah sudah potong kata2 Affirina.

Kenapa Affirina gagal? Sebab dia lambat.... Edikasyah Zainuddin sangat pantang dengan manusia yang tak reti tengok jam! Suruh dtg pukul 9, pukul 10 baru nampak muka...

Tapi Syah tawar juga satu jawatan kepada Fir... Jawatan apa?

"Tea Lady for me..." Kurang ajar! Mamat poyo ni menghina aku nampaknya!

Pertemuan mereka tak berakhir di situ...


II

Affirina bercerita tak ingat dunia.. dlm duk sibuk2 bercerita, dari tepi jalan, sampai tak perasan dah ke tengah jalan. Lalu...

eksiden berlaku...

Dgn siapa? Manusia bernama Edikasyah Zainuddin.

Syah bukanlah manusia tak berhati perut. dihantarnya juga Fir ke klinik. Tapi, ayat mesti makan dalam...

"Lain kali main kat tengah2 jalan. Boleh langgar terus." Sinis suara Syah. Affirina berpaling. Kurang asam! Dia ingat aku suka ke kena langgar? Tak pasal2 dpt 3 jahitan.

"Kalau ade niat nak membunuh, apa hal hantar ke klinik? Hantar kat rumah mayat kan senang!" Huh... Ingat aku tak berani melawan?

"Masalahnya bernyawa lagi. Nak tempah keranda pun tak boleh." Lembut tapi amat menghiris hati...

Mereka menjadi musuh secara tak rasmi...

III

Affirina mempunyai seorang abang yang sengal sama macam dia~

~Alphy~

"Oit, budak!" Kepala Affirina kena sekeh.

"Apa ni? Abah bayar zakat tau kepala ni!" Affirina menjeling. Alphy menghempas tubuh di atas sofa sebelah adiknya.

"Ibu mana?"
"Dapur."
"Abah?"
Tak balik lagi. Apasal tanya mcm polis?"
"Nak bagitu satu rahsia kat Fir." Bisik Alphy perlahan. Alphy pandang kiri kanan. Dia mendekatkan tubuhnya.

"Ibu dengan abah tak boleh tau ke?" Alphy geleng. Dia letak jari telunjuk kat bibir.

"Apa dia? Cepatlah! Karang ibu keluar." Bersungguh2 Affirina beri tumpuan.

"Jangan bagitau orang tau!" Affirina angguk. Alphy mahu berbisik.

"Esok hari sabtu!"

"Abang!" Macam ribut Alphy naik ke tingkat atas.


**Lalala~ belum siap lagi.... kalau nak letak kat sini ade yang lebam pulak bace kang.... hehehehe.... tak sabar nak menulis balik! Jari dah asah sampai tajam ni ni! kikiki.... **



kawan2!!! Komen sket!!! TQ...

3 comments:

Fakrul said...

kalau dh pernah jd student aswara..mesti blh tulis yg terbaik..kasi bangga sama cikgu2

dS said...

Best! Garapan sedap.. tambah fakta sket agar cerita hidup.. aii.. sori hanny, Kak DS ni mcm nk tunjuk pandai plak kat sini!

Hanny Esandra said...

to fakhrul, apa2 pn thanks...

to k.DS, hehhe, takper kak... kite mmg hrpkn komen2 drpd kwn pnls yg len, kene la mtk pndp yg membc... hehe...skang tgh otw menulis...