Follower Tersayang

Wednesday, November 25, 2009

Suka-suka aje... (✿◠‿◠)

MALAM!

Aku berselingkuh dengan malam
Tika itu,
Bebutir hujan kasar menghempap wajahku
Aku menjadi takut
Bimbang kerana malam akan marah!

Aku berselingkuh dengan malam
Niat aku,
Agar siang akan terus menjadi siang
Tiada lagi rinduku bersama malam

Aku berselingkuh dengan malam
Bagi aku,
Bulan dan bintang mula cemburu
Tatkala aku menghangatkan malam

Jangan!
Jangan begitu malam!
Kerana aku,
Tidak boleh melupakan malam
Jangan tinggalkan aku malam..

1 comment:

Romibaiduri Zahar said...

Dahsyat....
Oklah ni nak malu-malu wat pe?
Tak kisahlah apa orang nak kata asalkan dapat meluahkan rasa, betul tak?