Follower Tersayang

Sunday, February 14, 2010

Tiga hari dgn adik Mr. S...~ Lalalala...



Ahaaaiii...

Hari tu bagi baju... Ni bagi adik pulak... ekekke.. Takder la.. Adik dengan ayah Mr. S ni bercuti ke sini, jadi dibawaknya berjalan2 sekitar shah alam. Malam, dia org ikut la si abg ni ke uptown. Memula k.fiza beria2 nk tgk adik dia, aku diam jer..(spt bese, wlpn ati tu nak jugak tgk kecomelan mcm abgnya ke tak??) Mr. S ckp, pegi la, dia ada kt kedai.. Kak Fiza pn pegi. Aku tak tny la apa2.. Then, dia balik ke kedai balik ckp, adik dia free hair.. aku ckp iya? Cantik tak? K. fiza kata tak bape pasan sbb dia kat kedai abg no.2 dia..

Lepas tu,

Tinggallah aku sorang kt kedai sbb pengantin baru balik kpg.. Lepas tu aku pun wat la keje aku.. susun2 perfume yg dh terabur.. tiba2 ada org sblh aku..(klu ada silat, mmg kena pakuk dia nih! Suka bg tekejut org..) Macam bese jugak, muka bajet ensem xnk snym kt org! Suka btol bagi aku terkulat-kulat senyum sendiri. Tiba2 ada sorg perempuan kat sebelah dia, tersenyum2. Aku tny, adik? Mr. S jawab, tgklah muka, sama x? (hoi~ pandai kerek dah jawab soalan aku! Aku ingt Nab je mcm tu~) Dan2 ada customer, aku layan la kejap.
Mr. S buat muka bajet hensem suruh aku p berkenalan dgn adik dia.. aku pun pegilah salam adik dia. Su namanya.. ;-). Aku rasa dihargai pulak dia orang yg dtg sini jumpa aku. Tak payah aku susah payah pegi kedai dia.. wakakaka.. Esklusif sungguh.. Lepas tu aku tgk Mr. S dh hilang.. Aduiii.. dia tinggalkan adik dia dengan aku.. Su ni umur 18 tahun. Comel.. Malu2 nak berckp dgn aku. Bak kata Mr. S, Su tu bukan apa, takut salah ckp, iyalah, kelantannya pekat. Si abang ni dah cakap mcm org sini dah.. Aku pn ligat berfikir, apa aku nak borak dgn dia ya. Aku ni pun pemalu jugak.. Ahhhaaii.. Siut la Mr. S ni!

Malu sgt Su ni.. So, kejap ajelah dia borak dgn aku. Dia balik kedai dia. Lepas tu Mr. S plak dtg tanya aku borak apa dgn Su? Aikh?? Itu pun nk tny. Aku jwb la, rahsia.. hal perempuan..

Esoknya, Mr S dtg kedai lagi. Dia ckp, Su tny awk td. Aku ckp kenapa? Mr. S jawab, entah dia.. Mr. S pn citer la ke mana dia bwk ayah dgn adik dia td.. Bwk p jalan2 bukit cerakah.. :-) Lepas dia pergi, dlm 10 minit, Su pula dtg.. Aku senyum ajelah.. Teros je budak tu menonong duk dengan aku.

Ermm.. Barulah Su tu berborak dgn aku. Itupun aku banyak tanya dia.. Tanya je la Hanny jgn sampai dia boring plak duk dgn ko!) Nasib baik idea putar alam aku byk pulak mlm ni. Su ni sopan santun betol. Suka aku tgk dia. Ckp pn lembut je macam mek kelate salam pantai timur tu. (Ini yg rasa nak ber'makyung' ni~) Suara pon kuar tak kuar. Tak mcm aku, ganas!

Borak punya borak berjam2 jugak dia duduk kedai aku. Dalam masa tu, abang dia ni sibuk memantau, mengintai adik dia! Mr. S ckp, buat apalah dua orang ni? mengumpat ke? Bak kata Su, dia dgn abang long dia ni tak brapa sgt, dia rpt dgt abang ngah dia. Jadi, aku lah yg jawabkan. Aku ckp, mana ada mngumpat? kitorg crite hal perempuanlah kan Su? (Gelak aja Su ni!) Aku ckp lagi, adik awk selmtlah kat sini.. takut sgt! Sy tak buli dia.. Mr. S dgn kereknya jawab, sy buli balik~ halah.. klu dh ank sulung ni kan, jgn la p bidas ckp2 dia, msti nk menang pny! Mcm abg aku!

Byk berbual dgn Su buat aku sedar, keluarga Su ni rpt wlpn dua abgnya kat sini, dia dgn abag sorg lagi kat pantai timur sana, tp mrk ttp rapat. Abg long dia sgt bertggungjwb tp garang. Abg ngah dia suka manjakan dia dn tpt dia bercerita. Sronok rupanya klu kita ada adik ya? maklumah aku ni pun ank bongsu, xde adik, bila dia bercerita tu, suka pulak aku dgr. Ada pulak psl abg long dia, p tny aku!! Ketuk budak ni kang~ Manalah aku tau hidup Mr. S caner..

Tgk muka Su, senyuman dia buat aku ingt kt Ecah. Lembut dan manja dia macam Diana (B), kwn2 kolej aku yg dh lama aku tak jpa..(Ecah bru jpa).
And... Tak sngka Su bwkkan buah tgn dr kelantan then bg kat aku... Sistem barterlah kami. Aku bagi brooch utk dia.. :-)


Terima kasih Su... Esok (Isnin) dia balik kelantan dah.. bila tah nak jumpa budak ni lagi. Takut sgt nak berckp dgn aku sbb takut aku tak phm loghat dia. Relaxlah.. aku dn sorg budak gila suka prektis benda nih! Ahhhaiii.. Sempatla kitorang tukar2 no hp sblm dia balik tu.. :)

4 comments:

Eizda Amani said...

salam.

bertuah sungguh H.E. diberikan kesempatan oleh Ilahi untuk mengenali Su..

alangkah bagusnya jikalau Su menjadi 'adik' H.E. suatu masa nanti...

Hanny Esandra said...

E.A,
Allah... kalau la hati ni boleh di X-Ray, rasanya sume org akan tau yg H.E sgt menghargai dan bersyukur diberi peluang itu wlpn sbnrnya tak ada apa2 pun yg berlaku... :-)

doa2 E.A, H.E aminkan.. ahaks! Semua ini kerja Tuhan.. Susah2 sgt, H.E solat hajat ajelah mintak diberi ptnjuk dan dipermudahkan jalan.. hahaha... ;p

fara0nina said...

haha, mak dengan ayah Mr S ko x jumpa ke? ish, rugi2!

Hanny Esandra said...

kak farah,
ayah nya yang dtg cni. maknya di kampung. ada jugak ayah dia dtg kedai, senyum2 ajelah.