Follower Tersayang

Friday, June 25, 2010

Huaaa...

Bermulalah kehidupan saya yang tidak seperti orang selepas ini... Tidur tak tau pergi mana... Makan pun tak tau waktu bila... Apa yang saya tahu, celik, laptop~ Kadang-kadang waktu nak tidur tu, sempat lagi nak fikir jalan cerita untuk ditaip esok.. Sudahnya sampai ke pagi tak boleh tidur..

Kalau saya tak makan pil-pil sampingan, mesti dah pengsan sebab tak cukup tenaga.

1) Spirulina

2) Chlorella

3) Supa EPA (Minyak ikan)

4) SE Pendant (loket tenaga)

Semua benda-benda di atas membantu saya jugaklah dalam keadaan saya yang tidur tak menentu, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan, memberi tenaga, menambah darah, mengurangkan migrain dan macam-macam lagi...

Saya akan kesibukan dari segi masa dan tak sempat nak meninjau keadaan sekeliling sehingga hujung tahun.. Doakan saya berjaya.. Amin.. :-) Serabut serabut pun, kena senyummmmmmmmmmmm... :-D

No comments: