Follower Tersayang

Tuesday, October 26, 2010

Gaduh-Gaduh........... Manja~ Huh....

Errmmm....

Hari Ahad hari tu, saya ajak cintehati temankan saya pergi beli kain. Saya mula-mula blur tak tau nak beli kain pasang kat mana. Hajat nak ke shah alam aje. Ada jackel kat sana. Cintehati pun kata kat Plaza Alam Sentral ada. Okeylah... Tapi dia tukar plan.. Saya tengok jalan macam bukan ke Jackel atau PAS. Saya tanya, kita nak pergi mana ni? Dia cakap, Nilai...

Huyooo.. Pergi Nilai semata-mata beli sepasang kain aje? Okeylah.. Niat pun hari ni nak jalan-jalan dengan dia. Tapi sebelum tu saya dah cakap saya nak pergi MIDVALLEY. Mungkin silap saya sebab saya tak bagi tau nak pergi sana dengan tujuan apa. Apa lagi kalau saya nak bertemu empat mata dengan penulis-penulis yang hadir untuk FP JUNIOR. Tapi silap saya, plan saya macam ni, lepas beli kain kat mana2, saya nak  ajak dia ke Midvalley. Jumpa kejap dengan dia orang pun jadilah. Tapi plan saya tu saya simpan aje dalam hati. saya cuma ckp saya nak ke Midvalley.

Lepas beli kain, jam dah pukul 2.30. Dia tanya saya, nak pergi mana ni? Saya cakaplah, nak pergi Mid boleh? Dia diam.. Dia kata kat sana mesti susah nak carik parking. (Okey, maksud tersirat dia tak boleh~) Saya diam. Dia tanya, nak wat apa pergi sana? Saya cakap, nak jumpa kawan2 ada signing session kat MPH. Dia kata saya tak cakap awal-awal. Saya pandang dia. Saya cakap elok-elok, tadi kan saya dah cakap? Dia kata, Iyelah.. Tapi tak cakap pn pegi sana sbb apa? Ingat nak pegi beli kain semata. Kalau ckp awal2 boleh jugak. Sekarang dah 2.30, smpi sana pukul 3.00, carik parking 1/2 jam, mesti kul 3.30 bru dpt. Malam ni saya niaga. (Sedih hati saya...)

Saya bukan nak pergi lama, kejap aje.. Saya pun tak tau siapa yang salah. Mood saya dah lari. Saya geram! Tapi saya tak nak memberontak sebab saya pun tak tau siapa yang salah. Lagipun, dia bawak saya. Takkan saya nak paksa-paksa pulak. Jadinya, diam ajelah yang saya boleh buat. Nak melawan pun tak berani. Mungkin tak ada rezeki saya nak jumpa. Saya pun cakap, okey, tak apalah. Kita balik ajelah. Saya pun senyap.

Bila senyap, dia tanya pulak kenapa saya diam. Dia cakap, kenapa ni? Happylah sikit. Saya ada kat sebelah pun tak happy. Saya cakap, happylah! (Happy tapi monyok? Apeee daaa ko ni nadia..~)Lepas tu diam aje. Tiba-tiba dia cakap, ha.. oklah.. meh la kalau kata nak pergi Mid. Balik rumah pun bukan buat apa. Hah.. Mood saya dah swing sayang... pergi pun tak ada gunanya. Saya cakap, tak apalah.. balik aje. Lagipun dia orang sampai pukul 4.00 ptg aje. (Hati perempuan saya dah terusik~ merajuk la konon tu~)
Bila dia tengok saya diam aje tak ceria dan berceloteh mcm selalu, dia tanya, nak minum tak? Saya nak berhenti kat Dengkil ni. Saya jawab, ikut suka hatilah.. Dia kata, kalau ikut suka hati, saya nak berhenti. Dia pn belok.

Dia belanja saya sate kajang kat RnR tu. Saya tak makan pon.. Merajuk lagi~ Dia oder air kegemaran saya... Milo Ais. Saya tengok aje dia makan. Errmmmm... :-(

Bila saya still diam lagi. Dia pun cakap nak pergi beli makanan untuk ikan Kelisa dia... Dia cakap, Sugar Glider ada lagi kat sana... Saya buat muka toya aje. Padahal dalam hati happy sangat sebab dapat tengok sugar glider yang saya minat sangat.. Gambar kat atas tu la sugar glider.. Nak beli mahal pulak.. aduhaii.. Cintehati memang tau macamana nak ceria kan saya balik.. alahaiii...

Kesimpulannya, Saya merajuk sehari aje.. Lepas dapat main2 dengan sugar glider tu, mood saya happy balik. Cuma saya rasa terkilan sebab saya tak dapat jumpa kawan-kawan penulis saya.. Tak apalah, ada rezeki boleh jumpa lagi... ermmm..

Inilah orang kata merajuk taik kuda! Wakakaka.. :-)

4 comments:

fara0nina said...

Sedapnya sate kajang.. dah lama teringin nak makan. Tapi kat Sungai Buloh ni kalau nak makan Sate Kajang kena masuk hiway la plak.. Tolak rezeki tul la ko ni Nadia.. hihi

CintaZulaikha said...

gaduh2 manja, bsalah...pasangan becinta kan3..hihi...

Hanny Esandra said...

kak farah,
hahaha.. mmg sedaaapp.. tapi hati tgh merajuk kena utama kan.. jht nyerrr i...

Hanny Esandra said...

ct,
tu laa.. stendet...
tp slalunya aku ni je la yg slalu carik pasal dlu..