Follower Tersayang

Tuesday, November 30, 2010

Hahaha... Padan Muka! ;p


Hikhik...

Bermacam-macam yang saya rasa sebelum masukkan entri ni... Tapi saya rasa nak kongsikan bersama pulak... Hahaha... Macam biasalah entri ini mengisahkan cintehati yang sudah setahun saya kenal. Jadi dah masak sangat dengan sikap dia yang ala-ala 'innocent.' Muka pun macam tak bersalah aje...

Cerita ni, cintehati yang ceritakan kat saya (Sememangnya dia tak pernah merahsiakan apa2 dari saya). Waktu dia cerita tu, macam-macam saya rasa. Cemburu ada, sakit hati ada, kelakar ada, kesian ada... semualah...

Satu hari tu, dia kena pergi training kat satu hotel selama dua hari. Dekat hotel tu ada sebuah pusat membeli-belah. Biarlah saya rahsiakan pusat membeli-belah tersebut, nanti jadi isu pulak. Tapi tempat tu rasanya macam tak ramai pengunjung.

Waktu break, dia dan kawannya (Foo) pergilah cuci mata kat kawasan tu. Dia excited bagitau saya yang kat situ ada clearance stock untuk buku. Kat ruang legar. Diskaun besar-besaran. Tapi rasanya dah habis kut sekarang ni...

Lepas tu, dia pergi jalan-jalan cuci mata kat kedai-kedai dalam tu. Lepak-lepak kejap kat escalator. Sedang dia dengan Foo jalan-jalan kat situ, mereka didatangi (cewah ayat aku dah macam karangan berita~) oleh gadis-gadis berbangsa cina.

Nak tau apa perempuan-perempuan kabaret tu offer kat cintehati dan Foo?

Sesi urutan~ lalala~

Mereka rupanya sedang menjalankan 'bisnes' di situ.~

Cintehati saya tinjau-tinjau kawasan sekeliling. Satu pusat urut @ spa pun tak ada kat situ. Macam mana nak urut? Perempuan-perempuan kabaret tu kata, tak lama sekejap aje. Bayaran pun tak mahal, murah aje.. Katanya untuk menghilangkan stress.. (Cittt!! podaahh!!) Rasa nak lempang aje~

Sebelum melayan lebih jauh, Foo terus cakap yang mereka tak nak. Terus si Foo ajak cintehati ke tempat lain. (Kesian sungguh depa ni!~)

Lepas tu cintehati ni tak puas hati katanya. Dia tanya Foo, dia kata tak nampak pun kedai urut atau spa kat situ. Nak urut kat mana? Foo pun jawab yang mereka tu offer untuk lakukan kerja haramlah... Huh... saya nak sebut pun malu!

Lama-lama baru cintehati ni dapat tangkap. Dia nak cakap apa lagi? Geleng kepala ajelah...~

Okey, situasi ni saya nak refreshkan pembaca semua :-

Kalau anda semua masih ingat satu tajuk besar muka depan akhbar metro (Kalau tak silap saya), dah keluar cerita macam ni. P*l*c*r sekarang ni dah menguasai pusat membeli-belah pulak. Mereka akan menjalankan bisnes sambil tunggu2 di kawasan escalator dan menjalankan bisnes mereka. Kalau dapat, adalah pendapatan mereka. Kalau ada sesiapa yang masih ingat, sila angkat tangan!

Saya memang ada baca! Huh... Saya cakap kat cintehati, tak sangka yang dia mengalami situasi tu. Bermakna, memang betullah perkara yang digembar-gemburkan kat akhbar tu, sebenarnya benar-benar berlaku di dunia nyata.

Adehhhlahhh... Inilah yang buatkan saya risau. Iman kita ni senipis kulit bawang. Macam-macam  boleh terjadi. Saya minta jauh perkara macam ni. Semoga cintehati kuatkan iman dan tak mudah goyah dengan perkara-perkara yang tak berfaedah macam tu.

**pst :- Kalaulah cintehati tau saya tulis ni dan masukkan ke blog, mesti dia marah saya... Fiu... Nasiblah dia bukan minat nak layari internet. Tujuan saya untuk bagi tau semua supaya berhati-hati dengan orang sekeliling...~

Ayat yang saya belajar dari cintehati :~ P*l*c*r   =  ayam pakai kasut....~ hihihi..