Follower Tersayang

Tuesday, December 28, 2010

Bahagia itu akan tiba. Insya-Allah. :-)



Hari ni rasa macam nak share satu lagi cerita. Sepanjang minggu lepas saya sedang mempersiapkan diri. Eceh.. Macamlah nak buat majlis. Hahaha..

Mula dari 24 Disember sampai la 27 Disember, bakal mak dan ayah mertua saya jalan-jalan sambil melawat anak-anak dia (Cintehati & Mat Ayie) kat sini. Hurmm... Saya dah tau hal ni sebulan lebih awal kalau tak salah saya. Sebulan tu la saya tak senang duduk. Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan saya sampai saya cakap kat Cintehati kalau Ma datang jangan bawak saya. Hahaha.. Mau tak mengamuk si dia tu? Saja betul saya cari pasal. Dia kata, awak jangan nak buat hal, sampai bila nak macam tu? Nak berkawan sampai bila kita ni? Bla.. Bla... Bla...

Jadi lepas dari tu, saya tak ada tanya lagi. Tanya pun sikit-sikit aje. Itup pun saya tanya, jadi ke Ma datang? Hahaha.. Jahat gila..

Hari yang dinantikan pun tiba. 24 Disember tu saya tak jumpa dia orang pun. Cintehati bawak pergi makan dengan ICT aje.. Saya pun ada kerja nak buat. Hari Sabtu pulak saya ada kenduri kahwin rumah sepupu kat Sungai Buloh, itu dah confirm tak jumpa. Cintehati pun pergi Bukit Beruntong, rumah pak cik dia. Agaknya dah memang jodoh kut, boleh pulak terserempak kat highway Guthrie. Hahaha.. Kelakarnya! Macam dalam drama pulak kan...

Hari Ahad tu la baru secara rasminya jumpa orang tua Cintehati. Sue adik perempuan dia pun ada. Pukul 4 pagi Cintehati mesej saya ajak keluar pagi esoknya. Saya pun terpaksa okeylah. Perasaan saya sebenarnya suka dan teruja nak jumpa, tapi dalam pada masa yang sama saya takut sangat. Entahlah... Nervous kut... Manalah tau ada sikap saya yang pincang ke kan...

Sudahnya sampai ke pagi saya tak tidur. Pukul 6.30 pagi saya dah bangun. Dekat satu jam saya pilih baju. Adehh...Pukul 8 pagi Cintehati dah ambil saya. Itu pun saya belum siap tau! Sebab dia datang pukul 7.50 pagi. Grrr.. Geram betul saya. Terlalu menepati masa sungguh.

Lepas tu kami ke rumah Cintehati. Dup dap dup dap jangan cakaplah... Bila nampak Sue saya okey lagilah. Memang dah biasa dengan budak comel tu. Selalu jugak mesej-mesej saya. Ayah dia pun okey lagi, pernah jumpa hari tu. Senyum aje. Lepas tu mak dia pulak keluar. Gugup betul saya. Macam biasalah jumpa orang tua kan, salamlah. Cintehati pun kenalkan saya kat mak dia. Senyum aje mak dia. Orangnya tinggi juga... Patutlah anak-anaknya tinggi-tinggi belaka. Kulitnya cantik, putih bersih. Patutlah diwarisi anak-anak dia juga. :-) Boleh dikatakan muda lagi. Dalam lewat 40-an.

Cintehati nak bawak family dia pergi pasar pagi kat Stadium Melawati. Kat situ memang best sangatlah nak shopping. Murah aje barang-barang dia. Tapi memang kena pergi pagi-pagi. Pukul 10 pun dah perit-perit pipi saya yang gebu ni. Ahaks!

Saya rasa diterima dalam famliy mereka bila mana mak Cintehati membiasakan diri dia 'Ma' pada saya. Saya baru ingat kena panggil mak cik. Hahaha... Seronoknya. Alhamdulillah. Jumpa juga akhirnya. Sebab bila saya tak jumpa saya rasa hubungan kami ni takat-takat macam tu aje. Maksudnya tak ke arah yang lebih serius. Tapi, saya mula yakinlah dengan Cintehati yang tak mempermainkan perasaan saya macam yang lepas-lepas. Alhamdulillah.

Lepas ke pasar pagi tu, kita orang pergi minum-minum kat Seksyen 2. Kat situ banyak tempat ABC yang kaw-kaw. Lama betul saya tak ke sana. Dulu masa saya kerja kat sana, selalu sangat minum ABC. Waktu uzur pun saya hentam jugak akhirnya kena marah dengan bos saya sebab dia kata tak elok dalam waktu period tu kita minum ais. Sampai sekarang saya ingat. :-)

Waktu minum-minum tu kita borak-boraklah macam biasa. Dia orang pekenakan saya pasal buah kana dalam ABC. Hahaha... Cintehati jahat hampir-hampir nak bocorkan rahsia saya yang saya ni tak pandai nak makan buah-buahan ni. Lagi-lagi buah-buah tempatan atau buah yang banyak kat kampung. Setiap ABC semua ada buah kana atas dia. Tapi saya cari-cari tak ada. Macam tau-tau saya takkan makan buah tu. Bak kata mak Cintehati, ini kena mintak kurang ni, buah tak ada kat atas ABC. Hehehe.. Senyum ajelah saya. First time kan, tak tau nak borak apa. Huhuhu...

Tapi apa yang saya perhatikan, baik sungguh hubungan mereka adik beradik ni. Manja sungguh Sue dengan abang-abang dia. Apatah lagi dengan mak dia. Lepas tu, orang tua Cintehati tu romantik sangat. Jalan pun masih pimpin tangan. Alahai... Teringat mak dengan ayah saya. Bagusnya...

Petang tu kami ke Carefour dengan Jusco Bukit Tinggi. Berjalanlah kami sampai sakit-sakit kaki. Saya ikutkan Sue aje sebab dia kata nak eli baju. Jadi saya pun suggestlah apa yang patut. Nak suggest lebih-lebih kang takut pulak fesyennya macam saya. Nanti marah pulak mak dia. Hehehe...

Malam tu, saya macam biasalah kerja. Tak sangka pulak semua nak ke uptown. Terkejut saya tengok Sue senyum-senyum terus duduk sebelah saya. Manja sungguh. Tugas saya teman dia lagi jalan-jalan dalam uptown tu pulak. :-) Habis kena mengurat anak dara sorang tu. Saya tak ada pulak gambar dia, nantilah saya ambil gambar family Cintehati dalam hanphone dia.

Yang kelakarnya, bakal-bakal menantu ni ada shift! Hahaha... Shift saya belah pagi sampai petang, shift As (girlfriend Mat Ayie) waktu malam. Saya gelak-gelak dengan Cintehati. Dia cakap, dah abang ni 'kepala keretapinya.' Tapi 'kepala keretapinya' lambat. Baru sekarang ni jumpa... Itu yang barulah Mat Ayie bawak As jumpa ma dengan abah. Mat Ayie nak tunggu abang dia dulu rupanya. Saya cakap kat Cintehati, adik kalau nak kawin biarlah dulu. Jangan tunggu-tunggu. Kita lambat sikit tak apa.

Saya pun baru kali ni nampak betul-betul buah hati Mat Ayie. Cantik manis orangnya. Berambut panjang. Kalau ada jodoh, terbang ke Sabahlah kami. Saya ingat siapalah yang senyum kat saya, tapi saya senyum aje. Baru saya teringat dialah As. Malu-malu aje orangnya bak kata Cintehati. Mat Ayie pulak kuat mengusik buah hati dia.

Hari Isnin pagi-pagi lagi mereka semua dah berlepas balik ke Kelantan. Hmm... Tak taulah bila agaknya jumpa lagi. Apa-apapun saya sangat seronok. Bahagia. Rasa dihargai. Rasa diutamakan. Saya tau, dan ramai juga nasihat, kalau saya ada jodoh dengan si dia, jadi menantu sulung. Menantu sulung maknanya jadi kakak untuk adik-adik yang lain. Sedangkan saya ni anak bongsu. Wuaaa... Ramai cakap kenalah pandai-pandai nanti. Contoh yang baik mesti ada pada saya. Kena pandai serba-serbi. Huhuhu. Tak apalah, saya sedia untuk tempuh semua tu. Insya-Allah, KALAU ada jodoh saya. :-) Tak berani cakap lebih-lebih. Doakanlah saya.~ Nantikan aje cerita cinta saya seterusnya. Kemungkinan cerita cinta saya takkan berada kat sini lagi. Saya akan buka blog lain yang khas didedikasi untuk Cintehati. :-D

Tak banyak komen pun dari bakal mertua saya. Bagi mereka semuanya....:-


Alhamdulillah. Harapnya saya boleh ke step seterusnya. Bahagia itu akan tiba. Insya-Allah... :-)

4 comments:

CintaZulaikha said...

alhamdulillah....selamat dunia akhirat..kikikihhh

Hanny Esandra said...

amin..~

Eizda Amani said...

seronok baca cerita ko (sambil tersenyum-senyum & hati berbunga-bunga. buat masa ni, aku hanya mampu menumpang kegembiraan kawan2)

Semoga segalanya berjalan dgn lancar, nok. amin. ;)

Hanny Esandra said...

aku jugak harap hubungan aku dgn dia akan berjalan dgn lancar. andai jdh ada, dengan dialah aku sehidup semati.kalau tak ada, apa boleh aku buat. itu kehendak Illahi. (ala.. ayat sedih plak..) haha.. aku jugak doakan smoga kau akan temui kegembiraan & kebahagiaan yang kau cari2.. amin.