Follower Tersayang

Monday, February 7, 2011

Cuti-Cuti Malaysia...


Kali ni nak cerita pasal saya bercuti ke Port Dickson.

Saya bercuti ni waktu Tahun Baru Cina hari tu. Saya ke PD hari khamis. Hehehe... Waktu ni memang saya dan Cintehati gelabah nak cakap kat mamy & abah saya. Huhuhu... Iyer la, dia nak bawak saya agak jauh jugak ke PD.

Kali ni kami pergi berlima. Saya, Cintehati, adik dia dua orang (Mat Ayie & Pujan) abah dia dam As (Girlfriend Mat Ayie). Kali ni mak Cintehati dan Sue tak ikut pulak. Kami pergi pagi-pagi dalam pukul 7.30 pagi. Hehe.. Waktu dia datang ni yang kelakar sikit nak cerita.

Saya dah dengar kereta dia kat luar, jadi dari dalam bilik saya keluar dan terus bukak pagar. Lepas tu saya terus masuk bilik balik sebab saya tak siap berkemas lagi. Dia terus bagi salam dan masuk ke dalam rumah. Kata-kata dia buat saya tersenyum lucu. Dia cakap lebih kurang macam ni :-

Cintehati :-
Assalamualaikum. Errmm.. Maaf pak cik, mak cik, ini semua planning last minute. Tak sempat nak bgtau awal. Ni pagi-pagi saya nak bawak nadia pergi PD dengan family saya sekali. Patutnya nak camping. Kalau camping memang tak bawak dia la. Tapi adik la ni, mula nak bawak girlfriend dia, tapi lepas tu khemah pulak tak cukup. Lepas tu kang kata tak jadi pulak. Saya pun dah pening.

Begitulah lebih kurang gamaknyaaaa... Hahaha.. Ketawa jap. Selalu dia ni cool aje. Entah kenapa kali ni macam gabra semacam. Adehhh.. Saya la tu puncanya. Saya cakap mak saya dah warning bgtau awal-awal kalau nak pergi bermandi-manda ni. Hahaha... Dia kata, nak cakap apa? Saya cakap, cakap la yang betul. Cakap aje plan macam mana. Tak payah tipu-tipu, tak baik.

Nasib baik mak ayah saya jenis sporting. Huhuhu...Borak-borak kejap, dari dia datang pukul 7.00 pagi, pukul 7.30 baru kami gerak. Lepas tu dalam kereta saya tengok dia tersenyum-senyum. Legalah tu! Hahaha...

Sampai kat PD dalam pukul 10.30 pagi. Lepas tu masalah nak pasang khemah. Lamalah pulak.. Sebab apa? Sebab budak-budak ni lupa dah cara nak pasang. Cettt... Dah duk bergaduh 3 beradik sebab nak pasang khemah? Saya? Saya jadi ketua tukang tengok aje sambil minum 100 plus. Hahaha... As pun sama. Tapi dia baca suratkhabar.

Tapi akhirnya siap jugak. Bukan buat apa khemah tu pun, saja duduk-duduk lepas tu letak barang aje. Letak makanan. Lepas siap semua, apa lagi, masing-masing teruslah terjun dalam air. Kita semua naik pun pukul 2.00. Kau orang semua bayangkanlah muka kita orang semua. Yang putih jadi kelabu-kelabu asap. Saya yang agak-agak tampuk manggis ni? Apa ke halnya? Hahaha... Nasib bibir tak tebal. Kalau tebal mesti semua orang tak dapat beza mana satu negro mana satu saya. Ahaks!

Lepas naik tu barulah masing-masing bising sebab lapar. Jadinya, Cintehati belanja kita orang semua makan satay Haji Samuri. Huhhhh... Itu pun sebab saya cakap saya mengidaaamm nak makan satay. Lepas makan terus Cintehati pandang saya dia cakap, "Dah? Abeh mengidam dah?" Hahaha... Malu betullah!

Itulah memori paling indah dapat dicoretkan. Tapi.... Sayangnya... Saya tak teringat langsung nak ambik gambar disebabkan terlampau seronok. Dah dalam air baru saya cakap kat Cintehati. Lepas tu dia cakap, "Dah duduk berendam dalam air ni nak tangkap gambo macam mane?" Hahaha... Saya ketawa kuat aje dengar dia jawab macam tu. Jadinya, tak adalah ya gambar-gambar aksi profesional saya berenang dalam pelbagai gaya. (Iyelah sangat!)~

Okeylah.. Itu aje cerita yang ada. Lain kali saya tulis lagi kalau ada cerita yang menarik. :-)

No comments: