Follower Tersayang

Saturday, June 18, 2011

Seseorang akan jadi 'Hot Mama!' Yeay!

Hai kawan-kawan! Hari ni saya banyak masa nak update blog. Saya dapat tahu berita ni beberapa hari yang lepas. Bila saya dapat aje mesej dari dia, saya teruja yang sangat-sangat. Sampai rasa sesak nafas sebab terlalu gembira. Sebab apa? Sebab saya tahu sebelum ni dia betul-betul nak baby. Dia cemburu bila ada kawan-kawan di kalangan dia yang berkahwin selepas dia, tetapi sudah pun 'berisi.' Jadi, bila dia bagitau perkara ini, saya tentulah gembira yang teramat sangat.

Hanya selepas 6 bulan perkahwinan dia, dia sudah disahkan hamil 6 minggu. :-) Gab yang sangat cantik saya rasa. Allah beri masa dia berdua-dua dengan suaminya selama 6 bulan. Bukankah itu tempoh masa yang cantik? Tidak terlalu awal dan tidak terlalu cepat. Kalau cepat sangat nanti tak puas bermanja pula. Kalau lambat... nanti boring pula. Apa-apapun itu semua atas kuasa Tuhan. Kalau dah rezeki terima saja. Kalau belum, cuba, cuba dan cuba lagi. 

Nak tau siapa dia.. Dia.. Kawan baik saya sejak dari kecil lagi... Sangat2 baik sampaikan setiap apa yang dia rasa, saya turut merasainya.


Inilah kawan saya. Nabilah dan pasangannya Nordin. Yang dua orang baju biru tu gedikss aje bergambar dengan pengantin. Al-maklumlah, dah nama pun pengapitkan. Hahaha.. 

To Nabilah :-

1) Jaga diri baik-baik. Jaga kandungan yang masih muda tu. 
2) Ikut nasihat doktor. Makan segala ubat dan vitamin untuk kesihatan kau dengan kandungan.
3) Berehat cukup-cukup. Jangan buat kerja berat-berat tau! 
4) Selalu update story kat aku yer. Yang penting bagitau baby girl ke boy kalau dah nampak ehem2 nanti.
5) Hutang jangan lupa bayar! Kau janji dah nak datang rumah ceritakan! :-)
6) Pasal kaulah aku pulak berjangkit jelesss! Aku mesej Shah cakap nak beby sekarang jugakk! Last2 akulah yang kena marah dah kata mintak bukan2... >_< Dia kata boleh bagi, tapi anak kucing la.~
7) Anak kedua tunggu aku! Nak sama batch jugak!
8) Besan ya? Jangan lupa tu!
9) Setiap hari aku tunggu kau mesej.
10) Always luv ya, bestie! 

Saya tahu dia silent reader saya. Saya  tahu dia ikut perkembangan saya dari blog saya. Kami sudah ada tanggungjawab masing-masing. Jadi tak boleh selalu berkepit dah. Yang penting saya tak lupa dia dan dia tak lupa saya. 

p/s : Kalau dia boleh, saya pun boleh. :-)

6 comments:

Atie iskandar said...

wah! bestnya dpt kwn baik yg cmni.. jeles.. suahlah kak nak dpr kwn baik yg btol2 kwn.. disappointed je tibe2.. hee...

Hanny Esandra said...

atie,
yer.. skang ni mmg susah nk cari dah.. ramai kawan ketawa aje, nk cari kawan yg sama2 menangis tak ramai dah...

hehehe...takpe, berkawan selagi boleh ya.. :-)

CintaZulaikha said...

pasni cik hanny plak...kuikui...

Hanny Esandra said...

yer la.. udah kawin msti ler mau anak.. hahaha.. :)

cik dila said...

ingatkan diri sendiri yang mengandung tadi. heee,eksaited gak dgr org nak dpt baby.

Hanny Esandra said...

cahayabintang,
aisshhh.. diri sendiri blum kahwinn.. hihihi..;p