Follower Tersayang

Saturday, July 16, 2011

Si Pengambil Kesempatan!

Hai...

Lama dah rasanya tak kongsikan entri yang agak berilmu. Hahaha.. Saya semakin malas berfikir. Tapi kejadian baru-baru ni buat saya teringat sesuatu. Sorie entri ni panjang sikit.

Sebenarnya sejak dari minggu lepas ada sorang peniaga kat depan kedai saya ni. Nama dia saya tak tau. Dan saya taktau apa2 pun pasal dia. Tapi disebabkan dia ni peramah yang terlebih, jadi ada jugaklah berbual sikit2. Tapi tak sangka dalam berbual sikit2 tu dia mula buat saya rasa annoying. 

Mula2 okeylah dia yang saya taktau nama ni kata, 

Dia : Eh, ko  pakai broadband ekh?
Saya : Ada.
Dia : Eh, boleh aku pnjam kejap tak. Ada benda jap nak tgk. 
Saya : (yang tak tau apa2) Boleh. 

Oh.. Saya ingatkan kejap dan hari ni ajelah. Saya pun tnggu dia online. Macam orang bodoh ya. Saya tengok, oh.. tengok website Mudah.Com rupanya. "Penting betul!" 

Dan boleh pulak sebelum saya balik, dia kata, Weh.. besok CC bukak awal sikit ekh. Saya cakap, Ah.. Takde. I mean it! Memang takdelah kan. Anggap aje hari tu hari bertuah ngko! Tapi rupa2nya dia ni jenis spesis yang tak faham bahasa.

Esoknya dia pinjam lagi! Saya dah mula berapi. Tapi saya boleh sabarlah. Boleh pulak dia mengatur saya. Kata dia "Ko bukaklah webiste macam semalam, jap lagi aku nak tengok barang." (Lebih kurang~) Saya tercengang dengan dia. Ewah? Ini dah mencabuli hak privasi saya. Rupanya dia ni juga jenis 'Bagi betis nak peha.' 

Hei.. Ingat broadband saya tu betul2 CC ke. Kalau nak sangat jadikan CC. Baik! Kau bayar! Tapi ni pakai nak free. Lepas tu dah tahu nak bisnes dalam Mudah.Com tapi internet pakai orang punya! Tak ke berapi? Dah tahu bisnes macam tu modalnya laptop dan broadband, jadi belilah. Boleh pulak jawapan dia macam nak makan pelempang. "Dulu aku ada broadband, tapi aku dah potong dah. Malas aku." hah! Lepastu pakai orang punya. Menyusahkan orang! 

Oh.. saya sungguh sakit hati. Masuk hari ke3, bila saya dah bukak laptop, dia ckp nak pakai. Saya cakap, saya ada kerja. Sibuk. Memang betul saya sibuk. Deadline saya bulan 9 ni. Dia boleh cakap, "Ala.. kau bukak mcm biasa, lepastu kau buatlah kerja kau. Kau ni asyik sibuuukk jee.." Oh.. rasa nak sepak muka dia. 

Bila dia mula cakap macam tu, eh.. mamat ni mengambil kesempatan atas kebaikan aku. (Eceh~). Lepas tu, saya tak bagi muka dah. Saya sound sekali, "Pergi CC ye! Nak bisnes ke, nak online ke, pergi CC!" Dia pun kata dengan nada sedih, "Hmm..yela..ok..takpela.." Ingat aku nak kesian? Sorie skett! Saya ingat saya dah selamat. Dah boleh tarik nafas lega. Rupanya tak lama lepas tu, mintak lagi. Mak Ai.. menguji kesabaran aku ni! Saya diam, geleng dan teruskan kerja saya. Sebelah mata pun tak pandang. 

Saya dah fikir, sekali lagi dia tanya, saya terpaksa cakap kasar2 dengan dia supaya dia reti bahasa sikit. Tapi, mungkin dia dah serik kut. Hahaha... Hmm.. Macam ni punya orang pun ada. Cubalah fikir logik, kita kalau nak pinjam, mesti malu tahap gaban kan? Tapi ni tak! Sudahnya, saya tak akan mesra alam dengan orang macam ni lagi. Oh, FYI, dia lelaki. Dan pernah terserempak dengan Cintehati, dia duduk di kedai saya. Berdua dengan saya. Oh.. bayangkan macam mana kecutnya perut saya lihat wajah sayang saya berubah 100%. Lastly, saya cerita A to Z. Dan dengan dia2 pun buat plan, kengkonon nak buat2 tertangkap, tapi misi gagal. Huhaha.. 

Cerita ini...

Mengingatkan saya pada seorang lelaki bernama A. Di kalangan kawan2 kami jugak. Dia ni saya tak tau la jenis slamber agaknya. Habit dia suka menghabiskan sisa makanan orang. Aduhh.. Tak elokkan bunyinya? Dia bukan seorang yang ta berduit. Tapi memang habit. Kalau keluar ramai2, kadang2 saya tak habis, "eh, Nadia, ko tak habis ekh? Aku habiskan ekh." Saya serba salah. Itukan sisa saya? Tapi dia selamba makan. Bukan nak mengaibkan dia. Cuma berkongsi. Ada jugak kawan2 yang dah tau perangai dia, jadi dari berlaku pembaziran, mereka bagi pada A. 

Pernah sekali, dia hanya pesan nasi kosong dan lauk telur kut. Kawan saya tengah makan. Kawan saya tu ada order sup/tomyam (lupa dah). Dia slamber duduk sekali dengan kawan saya yang makan dengan boyfren dia tu, then dia cakap, "Weh, aku tumpang ambik kuah ko ye." Dan dia pun makan dengan lazatnya. Kawan saya tercengang. Bukan rapat mana pun, tapi boleh berperangai camtu. 

Hmm... Itulah serba sedikit kisah yang saya ingat. Kesian dengan orang macam ni. Kalau perbuatan dia selalu sangat, mesti mereka jd bahan umpatan. Tak best! 

p/s : Saya jenis tak berkira. Tapi kalau ambil kesempatan, memang 'kepantangan' (ada ke word ni dlm kamus?) saya.

5 comments:

jee yunus said...

cik hanny sy dh biase dengan org2 mcm nie. ingt dulu sy beli broadband.sume ckp tak nk pakai sbb broadband lembab. tpa atleast lembab2 pon boleh jugak guna untuk cari info kan. last2 asik nk pinjam.lps tu bile kite mintak tarik muka. brg sy,hak sy,sy yg baya,so mst la sy mintak..tension btol... kalo pasal bab makanan pon sm. bila ajak makan tak nk. tp bile sy tapau masuk blik n makan dalam bilik, makanan yg sy tapau tak habis, then selamba jee ckp, "jee kalo tak habis bg kt aku tau"..manusia mcm ni pun ade ke.dgn diri sendiri pun berkira..emmm...

Mamachia said...

ada juga orang cam gitukan...aduh!! makanan pun nak kongsi...jangan sja kongsi pasangan suda hehehe..

Hanny Esandra said...

cik jee,
yesssss.. betul tu.. sy boleh fhm dgn sefhm2nye apa yg cik jee alami..huhuhu..

tp manusia kn.. ada jenis bukan kisah dgn perangai snri yg bakal jd bhn org lain.. ssh nk ckp..

Hanny Esandra said...

mamachia,
ada... yg pinjam broadband tu pertama kalilah saya jpa org cmtu..bab makanan tu ramai dah..hmm.. klu kongsi pasangan alamatnya jd 'hijau' la saya..hihihi.. ;p

CintaZulaikha said...

ko kn baik nad...sb tu ada sesetengah org cam nak amik kesempatan kat ko..aku pikirlah