Follower Tersayang

Wednesday, October 12, 2011

Chiki Kesayangan Saya...

Hai korang...:P

Lamanya tak update blog. Rindu sangat2 nak menulis kat sini walaupun tak seberapa pun yang sudi nak baca. Harharhar...Tak apa, janji saya puas luahkan di sini. Kali ni ada cerita menarik walaupun sebenarnya banyak cerita menarik yang lain tapi saya nak tunjukkan kat korang semua dengan sesuatu.

Oleh kerana kami berdua (dengan Cintehati) tak sabar mahu mempunyai anak. Jadi kami telah mengambil Chiki sebagai 'anak' kami. Kami berdua sangat sayangkan dia. Chiki punya pak sedara pun sayang dia. Pak sedara dialah tukang bagi makan. Hikhikhik... Tapi Chiki tak manja dengan saya. Dia manja dengan papa dia. Siap boleh cium2 & laga2 hidung lagi.. Oh..sayang, mama sungguh jeles melihat keakraban kamu berdua. Takpe, kamu berdua sangat penting dalam hidup mama. 

Dengan adanya Chiki, hujung2 minggu kami sangatlah ceria. Bawa Chiki berjalan2 dan melepak sambil Chiki usha2 line kalau ada mat rempit yang masih solo. Ahahaha... Gila!

Saya sangat terharu dan menerbitkan air mata di tubir apabila melihat Chiki bergurau senda mencium dan gigit2 manja hidung mancung papanya. Mentang2 la mama hidungnya pesek! Huh...

Nak tau siapa Chiki tak??? Jom layan gambar pulak...

Chiki 'usha line' clear ke x clear sebelum keluar dr pouch.

Chiki yg sedang nyenyak tido.

Chiki yg kerjanya asyik tido. Ni baru lps pekena ayam KFC.

Chiki sdg curi2 makan nestum. Pdhl ada syringe kt belakang tuh.
Selepas saya bagitau, diet Chiki ni kena jaga. Jangan main bg aje makan sebab nanti kalau dia obesiti, dia akan malas dan tak aktif. Chiki ni bg 1ml syringe nestum tu pun x cukup. Dia hentam mkn buah pulak. Kang tido... Huh..Cintehati mula jaga makan dia.

Biar kita kontrol makan dia, asalkan dia sihat dan aktif dengan cemerlangnya. Yeeha..

p/s : Ada sesiapa nak bela Sugar Glider ni tak? hehehe.... <3

4 comments:

Mahfuzah said...

ingatkan anak angkat yg btol2..kui3

Hanny Esandra said...

hahahaa..
comel la SG ni uja..:)

JeeMacey said...

sugar glaider..sorry kalau salah eja..heheh.rajin2 la main2 dgn die..kalo tak nanti die cpt mati...

Hanny Esandra said...

cik jee,
ha ah.. kena main2 dgn dia.. memang selalulah main2 dgn dia..huhu..