Follower Tersayang

Friday, November 18, 2011

Entri Lapuk.

Hai. Assalamualaikum semua...
Heheheh...
Ini entry lapuk.Saja nak memeriahkan karpet blog ni~ Eceh...

Awal November hari tu jumpa kawan ku yang kiut comel lote ni. Kalau sesiapa yang kenal saya. Dah bersama-sama saya mesti akan kata sayalah budak paling rendang dalam grup.~ Budak paling kecik dan tak berapa nak tinggi. Hahaha.. Okey, saya akui.. >..<

Tapi kalau kamu2 kawan2 saya jumpa Cik Uja, dialah juara yang paling kecil sekali.. Selalu bising2 kat saya yang dia xleh nak beli baju yg labuh2. Huhuhu.. 

Lama tak jumpa dia. Tiba2 pagi Jumaat dia call saya ajak keluar. Huhuhu.. Lama jugak tak berpoya-poya dengan dia. So berjumpalah kami tengah hari tu. 

Bila dah lama tak jumpa, macam2 cerita hot keluar, Syok betul duk lepak Big Apple & Donut sambil makan 3 biji donut yng sedap2..Heee.. Macam2 cerita cik Uja kita ni.. Syok saya dengar. Dia ni pun tak lama lagi berdarah manis.. Yeehaaa.. Bakalnya pun satu kampung denganCintehati saya. Nanti dah kahwin boleh konvoi balik raya.. Acecececehh.. Veranganzzz..

Ni aksi gado2 manja dgn BF dia kat tepon. :)
Inilah Uja a.k.a Mahfuzah.

Lepas makan kita orang jalan2. tiba-tiba kat Jusco Bukit Tinggi ni ada kedai baru. Nampak sangat dah lama tak pergi sini. Sampai tak tahu dah ada kedai baru. Syoknye masuk kedai ni. Semua barang berharga RM5. Dah lah sebelah kedai ni kedai Hinode Shop tu. Yang kedai setiap barang RM5 jugak tu. memang sengaja mencaras ni.. Huhuhuhu..

Tapi Daiso ni besar gila sampai belakang. Macam2 barang ada. Nak jalan pun luas. Taklah sempit macam Hinode Shop. Sempatlah kami menyoppingkan diri kat sini.. Huhuhu..

Kalau pergi sini memang saya wajib singgah.
Itu ajelah nak cerita. Okebai..~

3 comments:

CintaZulaikha said...

kat mana kedai nih weh?? klang gak ker??

Hanny Esandra said...

ye,
kat jusco bkt tnggi klang.tpt lain aku xtau la ade ke x.

Mahfuzah said...

pergh..dah lame aku x msk blog ko..ade plak entri psl aku ek...hehehe...weh..ahad ni aku xde klas..so leh la konvoi ke wedd owen...