Follower Tersayang

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha






Hai, assalamualaikum.. Hehe..

Pertama sekali nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat Islam. Malam ni malam raya. Malam raya saya masih di sini. Uptown Shah Alam. :-) Kepada yang balik kampung tu, selamat pulang dan selamat kembali semula ke sini. Semoga perjalanan anda2 semua diberkati. Eceh.. 

Bercerita mengenai Hari Raya Haji atau Qurban ni, saya nak berkongsi rahsia saya. Rahsialah sangat kan..~ Hmm.. Saya dah lama tak pergi tengok orang sembelih lembu. Walaupun surau kat taman saya tu jalan kaki pun boleh sampai, tapi saya tak pergi pun. Duduk terperap kat rumah. Kemas rumah dan kalau ada saudara-mara datang, sayalah yang layan. Sebab mak & ayah saya ke surau melapah lembu. Hihihi.

Saya tak taulah kenapa saya 'tak kuat' nak tengok tu semua. Orang kata tak baik kalau kita kesian kan? Jadi saya ambil keputusan untuk tak pergi tengok. Tau2 mak saya dah balik dan bawak sup tulang. Huhuhu.. Sedappp.. Cuma saya tak pergi join the club tengok orang tumbangkan lembu.

Kenapa ya? Agaknya saya tak boleh tengok darah kut? Cukuplah masa kecik2 dulu, masa berhingus, dah pergi surau tengok orang sembelih lembu. Dah beso panjang ni, idokk leer.. 

Jadi, bila sudah ditakdirkan jodoh saya dengan Cintehati (Insya-Allah), saya terfikir sendiri. Memang ada hikmah saya dijodohkan dengan lelaki yang tempat lahirnya di Kelantan. Dekat sana raya hajinya lebih meriah berbanding raya aidilfitri. 

Saya ada berterus-terang & jujur dengan Cintehati, macam mana ni? Macam mana kalau saya tak kuat nak tengok? Dia kata tak apa, dia ada untuk teman saya... Hmm...we'll see.. heheheh.. 

p/s : apa dia tengah buat kat sana ya? mesti jaga lembu. Hikhik..

2 comments:

CintaZulaikha said...

salam aidiladha nad...

Hanny Esandra said...

salam aidiladha juge..:)