Assalamualaikum bloggers sekalian..
Hmm..
Mencuri2 masa update blog sebenarnya.
Lepas baca blog kawan2,
turn saya pulak update.
Macam sepi sangat blog ni terbiar.
Nak kata sibuk, entah apa yang disibukkan.
Tapi ada sibuknya jugaklah.
Bahahaha..
Sekarang ni tangan asyik2 masukkan cek dalam bank.
Acececehh..
Rezeki saya tahun ni,
Alhamdulillah. :)
Nak tau apa berita baik??
Ini dia..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
AKAN DATANG MAC!
ISBN 978-967-365-110-8
Sem. Malaysia RM17
Sabah/Sarawak RM20
“Sorry, bang!”
“Apa abang-abang? Saya nak awak basuh kasut saya yang awak pijak ni! Esok petang saya nak kasut ni kering!”
Entah kenapa hanya kerana sepasang kasut Vans berwarna putih, Shafwan Zakuan mula melancarkan perang dengan Aina Azzalea.
“Hei! Saya tak terima ni! Baju tu dah jatuh, dah kotor. Basuh balik!”
Selalunya apa yang akan terjadi apabila senior bertemu junior? Ya…
Buli! Hanya kerana satu kesalahan, memijak kasut putih Vans Shafwan,
merebak pula ke kesalahan yang lain. Bertubi-tubi denda yang dikenakan
oleh Shafwan si pelajar tahun tiga. Azzalea harus menurut perintah
kerana dia masih di dalam minggu orientasi dan Shafwan itu Ketua Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) di kolejnya.
“Kaki encik yang tendang, jadi suruh kaki encik yang basuh balik baju-baju encik yang bau luluk ni!”
Dalam menurut perintah, Azzalea melawan juga. Itu yang membuatkan
Shafwan sengaja mahu menaikkan darah Azzalea kerana dia geram pula
apabila Azzalea boleh menjawab dan wajahnya selamba. Bagi Azzalea,
segala protesnya biar Cik Diari Hati sahaja yang tahu.
Hubungan
mereka tidak berakhir selepas tamat minggu orientasi. Bermula dengan
nota misteri, gaduh-gaduh manja antara mereka, semakin parah dan
berantakan pula jadinya. Semua itu angkara Ferdi. Ferdi tidak mahu
hubungan mereka tamat di situ sahaja. Sebelum apa-apa terjadi, dia mahu
melunaskan satu misi. Lalu, rancangan mula diatur.
Bila
bunga-bunga bahagia kelihatan, ada pula yang tidak senang. Rihana
mengatur rancangannya pula, untuk memisahkan mereka berdua. Bila kecewa
menguasai Azzalea, dia terlupa diari kesayangannya tercicir di laman.
Semua rahsia hati sudah terjawab kini. Diari itu sudah tidak boleh
dipanggil diari lagi. Si pembaca tersenyum dan cuba menawan kembali hati
si pemilik diari. Mungkinkah episod cinta bermula? Atau yang belum mula
akan berakhir? Cik Diari Hati ada jawapan...
Di facebook dah bersepah2 gambar buku ni aje. Mesti orang dah naik bosan. Hihihi.. Jutaan terima kasih kepada yang rajin like gambar buku ni. Dah lebih 50 like saya terima. Harap begitu juga feedback selepas baca ya.
Tapi jangan salah faham. Ini bukan novel solo saya sepertimana Tahu Rasa Cinta. Novel ini adalah khas bertemakan CINTA REMAJA. Kalau omputihnya Teen Novel. Hiksss.. >_<
Harap sudi dapatkan di kedai2 buku berhampiran anda. Nak tandatangan? Datang di PBAKL, PWTC pada 27/4-6/5. Jumpa anda di sana.
Salam sayang buat peminat,
Hanny Esandra.
4 comments:
"saya suka, saya suka"- tiru gaya mei mei, bahhahhahha
huhuhu..
suka ya..
kak, da kluar lom? mggu nie balik ngat nak g beli.
insya-allah dah syg... try cari ye..
Post a Comment