Follower Tersayang

Thursday, April 19, 2012

Tahi Bintang, bukan Tahi Kuda oteeyy..~


Ehem..
Hai, assalamualaikum blogger2 sekalian..
Hehehe.. Hari ni terasa nak cerita satu pengalaman yang paling saya tak dapat lupakan. 
Saya pun tak ingat saya dah pernah cerita ke belum dalam blog ni?? Yang saya ingat saya ada cerita kat dalam myspace. Masa zaman myspace dulu ada satu kolum macam boleh tulis blog jugak. Entah, lupa dah apa nama dia. Dah lama saya delete account myspace dah. 

Saya nak cerita perihal shooting star. 
Dulu masa saya kecik2 saya selalu cakap mcam ni. 
"Bestnya kalau dapat tengok shooting star.'
Ya, Allah tu kan Maha Mendengar. 
Akhirnya doa saya termakbul. Allah tunjukkan kekuasaan-NYA. 

Tapi lamaaaaaa baru saya dapat tengok. 
Saya dah masuk kolej pun. 
Waktu tu saya dan housematte keluar malam2 pergi carik kedai mamak yang berdekatan dengan rumah sewa kita orang kat Pandan Indah. 
Lepas kenyang anak2 dara ni bukan terus nak balik rumah padahal dah dekat pukul 1.00 pagi. Boleh pulak melepak kat playground sambil main buaian. 

Tengah seronok hayun buaian laju2  tengah malam2 buta sambil bergelak ketawa, mata pulak pandang ke langit.
Tiba2 aje timbul satu cahaya laju gila! 
Rasanya hanya dalam sesaat dua. 
Betullah kata orang, kalau nampak shooting star jangan kelip mata. 
Sebabnya shooting star tu sangat laju. Kalau kelip mata mesti dah takde.
Hehehe.

Waktu tu teruja tak ingat. Rasa nak menjerit. Tergamam kejap sebab saya tak terfikir saya antara yang bertuah dapat tengok shooting star. Saya cakap kat member semua, tapi sorang pun x dapat tengok. Hhahaha.. Padan muka korang. 

Sume suruh saya wish something. Saya pun kengkononnya terpengaruh dalam TV la ni, wish dalam hati apa yang saya hajatkan. Jahil sungguh! Bahahaha..
Nak tau apa saya wish??
Ehhh.. Mana boleh bagitau. Hahahhaa.. Saya tak minta banyak, saya minta satu aje. 
Dan Allah telah makbulkannya. Tapi bukanlah sebab saya nampak shooting star then saya wish, lepas tu Tuhan makbulkan. Tak. Bertahun2 sebelum kejadian shooting star saya dah berdoa pada Allah setiap kali selepas solat. :-) 

Moral of the story :
Bersangka baik terhadap Allah. Dia tahu segalanya. Dia tahu bila masa yang sesuai untuk makbulkan doa2 hamba-NYA. Doa akan termakbul cepat dan adakalanya Allah tangguhkan seketika. Bila kita dah cukup ready, baru Allah makbulkan. Kalau tak, janganlah persoalkan kenapa doa kamu tidak terpilih. Mesti ada sebab. Saya juga banyaaakk doa2 yang Allah belum makbulkan. Dia Maha Mendengar. Maha Mengetahui. Dia tahu yang terbaik buat kita. :-) Sekarang kita tak nampak apa hikmah di sebaliknya. Tapi once doa kamu sudah termakbul, baru kamu akan sedar, ohhhhh.. patutlah sebelum ni doa saya belum dimakbulkan. Patutlah begitu, patutlah begini... Ada sebab. Allah dah tuliskan jalan cerita yang cantik untuk semua hamba2Nya. :-) 

Wah! Tazkirah ini dibawa oleh ustazah Hanny Esandra. Hahaha.. 
Bye, kawan2. :-D


1 comment:

CintaZulaikha said...

iyer, setuju tuh. tp aku lagi takleh igt ceta ko ngn panum n kak ida kena kejor ngn anjing kat padang merbuk tuh..hadoii, spi leni aku dok tergelak bila pikir2..hahhha