Follower Tersayang

Friday, April 13, 2012

Tahi Kuda Sungguh! :p


Wahhh...
Tak menahan betul tajuk di atas! Maaflah ya! Apa yang nak diceritakan ini bukanlah berkenaan dengan tahi. Tetapi orang2 yang layak saya gelar tahi! Tahi kuda betul! 

Nasiblah apa yang berlaku ini hanya dalam mimpi. Orang kata kalau kita ceritakan mimpi kita kat orang, mimpi tu tak akan jadi kenyataan. Ha! Memang tak nak jadi kenyataan! Sebab tu saya nak cerita. 
Tapi ada orang kata pulak, Kalau kita mimpi seseorang tanpa kita mengingatinya sebelum tidur, bermakna orang tu rindukan kita.
Ngaa! Ngko rindu aku ke Mr. K??? Mati kau bah! Aku rasa mao tembak aja kapala kao!~ 

Jangan tak tahu ya, ex terakhir saya adalah orang sabah yang sekarang ni masih hidup lagi dan futher study in degree kat UiTM shah alam, kampus induk! Saya rasa dia tak berani masuk uptown. Cubalah kalau berani~~

Wahh.. pestaim rasanya HANNY ESANDRA mahu cerita kisah peribadinya di sini. Tapi yang biasa2 ajelah ya. Yang luar biasa tetap tersimpan di dalam hati.. :) Mari kita bermukadimah. 
Dalam seumur hidup saya, saya hanya bercinta sebanyak 3 kali. Dua menemui kegagalan dan yang terakhir ini barulah Mr. right saya. (Insya-Allah).
Memang saya tak pandai bercinta atau bertukar2 pasangan. Orang minat saya, saya minat orang itu perkara normal. Setiap manusia dikurniakan perasaan, kan? Itupun cinta pertama saya bermula di dunia kampus. Mereka yang datang kepada saya, tetapi akhirnya mereka yang meninggalkan saya.. :)

Apa yang saya nak cerita ini adalah ex saya yang kedua.Saya mimpi waktu itu kami dah besar.. (Macamlah selama ni kecik?) bahahaa.. Dia dah kerja dan errr.. mungkin dah kawin?? Sebab dalam mimpi tu dia ada anak lelaki. Comel!! Tembam dan sebijik muka bapaknya. 

Dia jumpa saya. Dan dia kurung saya. Motif?? Dia tak nak saya terlepas lagi. B*llsh*t sungguh kan. (Eh..eh.. sopan Hanny Esandra! Stats kamu boleh tahan)~ Tahi kuda sungguh kan! Keadaan cemas dalam mimpi tu macam real aje.. Saya berusaha untuk keluar dari rumah itu. Dari tingkap bilik saya ke ruang dapur. Akhirnya saya dapat loloskan diri. Saya bersembunyi kat dalam tandas lelaki. Ok, Ya saya tau, kelakar! Tapi itulah hakikatnya. 

Tapi... Entah macam mana saya kembali ke satu rumah. Mak saya, ayah saya dan seorang budak lelaki dalam lingkungan 2 tahun ada dalam rumah tu. Tiba2 dengar bunyi orang buka pintu bilik. Alangkah terkejutnya saya dia ada dalam bilik tu! 

Dia sangat gembira saya kembali! Dia cium tangan mak dan ayah saya. Kemudian dia cium anak dia. Saya pura2 tidur. Dia bagi duit kat mak saya. Kata dia, minta tolong beli lauk dan masakkan untuk anak dia. Sebab waktu tu dia nak pergi kerja. Smart pulak tuh! Bahahahhaa.. 

Mimpi saya setakat itu~ Hahahha.. sudah nama mimpi, mana ada kesudahannya. Tapi sangat pelik kenapa dia datang dalam mimpi saya. Bangun2 dapat morning call. Fuh! Nasib baik tersedar. Ngeri betul! Sampai mak ayah aku pun terbabit. Hahaha..

Kenapa masuk dalam mimpi saya? Mahu bayar hutang sayakah?? Silakan.. Sebab saya belum tergerak hati mau menghalalkan duit tu kerana kamu kata PINJAM. Nanti tunggulah kalau tergerak hati hutang kamu tu saya halalkan. :) Mampukah kamu bayar? Saya dengar desas desus kamu pinjam duit orang lain dah sampai rm 9000??

Kamukan kaya. Ada BMW 5 series. (ya ke? ini lawak!) Kamu ada bisnes. Kamu pertikaikan karier saya sebagai penulis. Boleh ke saya cari makan?? Tapi dengan orang yang kamu tak yakin inilah kamu meminta2 wang. Nak bayarkan tiket kawan (awek kut?) kamu balik sabah pun tak ada duit??? Malu kamu jadi lelaki! Duit makan keluar dengan saya pun saya bayarkan. Tiket wayang pun saya bayarkan. Kamukan kaya~

Hmmm.. Baguslah saya tak bersama kamu. Bersyukur dengan jalan yang Allah tuliskan untuk saya. Banyak hikmahnya. Mencintai MOHD. SHAHFIZA (MR.S) sangat berbaloi. Menangis tertonggeng bengkak mata waktu frust dulu sudah terbayar dengan kasih sayang yang dia beri kepada saya. Alhamdulillah. Terima kasih YA ALLAH.

2 comments:

CintaZulaikha said...

mak aihhh, dy pinjam duet ko ke noks, harus kena sabit tuh...seb baik dah ada tunang yg tercinta, kira terubat gak luka di hati ko kan..hummm

jom bercontest...hahha

http://cintazulaikha-ummi.blogspot.com/2012/04/contest-walid-dan-ikha-bubble-dialog.html

Hanny Esandra said...

hahahaha..
yolah ct.... kalau terer aku join contest ko nih.. hihi.