Follower Tersayang

Wednesday, June 27, 2012

Lelaki Cadangan - Bab 8


8
AFFIRINA leka memakaikan gaun labuh rekaan Aunty Zaza pada salah sebuah patung. Dia tersenyum-senyum sendiri. Baju tersebut memang menawan kalbu. Dia pasti rekaan itu akan menjadi pilihan pelanggan butiknya. Meletup sungguh rekaannya! Affirina membetulkan bahagian lengan gaun labuh yang berwarna putih itu. Fuh! Terasa nak kahwin pulak!
            “Fir…” lembut suara Aunty Zaza memanggilnya.
Affirina menoleh dengan senyuman di bibir.
            “Pinkan bahagian belakang patung tu, ya. Biar nampak kemas sikit.” Aunty Zaza kelihatan tergesa-gesa.
            “Beres!” Affirina tersenyum. Dia memandang Aunty Zaza yang sedang memakai kasut tumit tinggi hampir 3 inci. Aunty Zaza ni bergaya betul. Businesswoman yang berjaya katakan. Untung Uncle Nordin dapat aunty.
            “Aunty jumpa client, kejap.” Ujar Aunty Zaza seraya keluar dari butik.
            “Okey!” Affirina meneruskan tugasnya. Manalah Jasmin ni! Dah pukul 10.00 pagi tak nampak-nampak lagi batang hidung. Mentang-mentang ini kedai mak cik dia. Suka hati dia aje nak datang pukul berapa.
            Bunyi dentingan di pintu membuatkan Affirina tersenyum.
            “Oi, cik kak! Lambat kau datang hari ni? Kau ingat dengan adanya aku, kau boleh bersenang lenang? Tolong sikit… Banyak benda kita nak kena buat. Aku dari tadi duduk bangun buat kerja tau tak? Kalau badan aku ni banyak lemak, aku rasa semua lemak-lemak aku dah banyak terhakis.” Affirina terus membebel. Seseorang yang setia mendengar mula tersungging sebuah senyuman di bibir.
            “Kau dengar tak Min? Jadi patung pulak kau kat depan pintu tu! Aku taulah ni kedai mak…”Affirina tercengang tatkala dia menoleh ke arah pintu.
Seorang lelaki berkemeja segak berdiri di situ sambil kedua-dua belah tangannya terbenam ke dalam poket seluar. Serta-merta wajah Affirina bertukar merah.
            “Anything I can help you?” Affirina berdiri menghadap Syah. Kedua-dua belah tangannya pula diletakkan di belakang punggungnya sambil meramas-ramas jemarinya sendiri. Wajah Affirina cuba dikawal setenang yang mungkin. Dia masih merenung Syah. Alahai… apa lagi malapetaka yang datang ni?
Syah berjalan lambat-lambat dan duduk di meja bulat.
            “Tea please.” Syah tersengih.
            “Sini bukan kedai mamak! Harap maklum!” Kurang ajar punya budak! Dia betul-betul ingat aku ni tea lady dia ke? Affirina meneruskan kerja-kerjanya.
            “You ni makhluk spesis apa? Tak tau bergurau.” Syah tersengih lagi sambil menggeleng kepala.
            “Nak bergurau pergi Batu Kurau.” Ujar Affirina selamba sambil menyusun letak atur album-album di situ.
Syah ketawa panjang. Affirina menoleh dengan riak wajah hairan. Biar betul mamat ni? Aku tak buat lawak dia gelak pulak! Tangan Affirina lincah membuang habuk-habuk dengan menggunakan bulu ayam. Wajahnya masam kelat.
“Muka tu senyum sikit, masam macam tu, macam mana rezeki nak masuk.” Nasihat Syah.
Affirina tak kuasa mahu melayan. Dia biarkan sahaja Syah membebel ikut suka hatinya. Dari satu rak ke satu rak Affirina menyusun segala album yang berterabur.
Syah pula membelek surat khabar yang memang tersedia setiap awal pagi. Affirina semakin rimas apabila melihat Syah masih lagi duduk di situ tanpa beritahu hajatnya singgah ke butik itu.
“Hei, cepatlah! You nak apa?” Affirina bercekak pinggang.
“I’m your customer. Salah ke I datang sini?” sinis suara Syah. Sesekali juntaian rambutnya dibetulkan sambil matanya tidak lepas memandang Affirina.
“I tau kerja I, you tak payahlah jadi spy. Kalau future wife you nampak you datang sini, tak pasal-pasal aje!” balas Affirina. Matanya tidak mahu bertembung dengan anak mata Syah yang setia memandangnya. Hisy! Cepatlah pergi. Rimas saya tau tak! Tak boleh buat kerja.
Syah tersenyum. Dia tahu Affirina sudah salah sangka tetapi sengaja dia tidak mahu memperbetulkan sangkaan Affirina yang Nabila itu adalah kekasihnya.
“Kenapa?” soalan Syah membuatkan tangan Affirina terhenti dari melakukan kerja.
“Kenapa you tanya? You datang sini tanpa dia. Perempuan mana yang tak syak? Sudahlah kita berdua aje dalam butik ni.” Affirina memerhati sekeliling butik.
 “Dia okey. Tak garang macam you.” Selamba sahaja wajah Syah.
 “Kalau tak ada apa-apa, pintu di sana ya.” Affirina tersenyum seketika.
Actually, I datang ni sebab Belle yang suruh. Memandangkan tempat kerja kita tak jauh mana, I sudi-sudikan jugalah singgah butik ni.” Jawab Syah.
Affirina memasang telinga. Mendengar setiap bait kata-kata Syah walaupun tangannya lincah menyusun-nyusun majalah Pengantin di atas rak.
“Kenapa?” soal Affirina sepatah.
“Dia nak tukar warna. Tak nak yang pink pucat. Dia nak Shocking pink.” Affirina diam. Angguk pun tidak. Geleng pun tidak. Dia masih meneruskan kerjanya tanpa sedar Syah sudah berdiri.
“Pergi dulu.” Syah keluar dari butik tersebut.
Affirina baru sahaja mahu berpusing. Dia terpinga-pinga apabila melihat Syah sudah keluar dari butiknya. Tidak lama kemudian, Jasmin masuk. Wajahnya berkerut-kerut sambil menunjuk ke arah luar butik.
“Syahkan?” Affirina mengangguk. “Apa dia nak? Aku senyum kat dia, dia tak balas, dol! Malu betul aku.” Jasmin duduk di kaunter. Affirina hanya tersengih.
“Dia nak tukar warna.” Jawab Affirina sambil membelek kasut-kasut yang tersusun di para.
“Warna apa pulak?”
Shocking pink!” Affirina mengajuk gaya Syah bercakap. Jasmin ketawa.
“Yang kau lambat ni kenapa?” Affirina sudah tukar topik.
“Alah… Aku pergi bank kejap. Bank in cek deposit untuk majlis Belle nilah.” Jasmin tersengih. “Tapi jangan risau, aku dah belikan sarapan untuk kita berdua. Jom makan!”
“Wah… ni aku sayang kau ni.” Mereka berdua ke bahagian pantri.

JASMIN memandang Affirina yang tekun melakar gaun labuh yang dipinta oleh Nabila. Fir ni kalau bagi drawing block, pensil, pemadam, memang menjadi-jadilah senyapnya tu! Tak pandang kiri kanan dah. Jasmin menggeleng kepala.
            “Fir…”
            “Ehm..?” Tangan Affirina masih lincah melakar.
            “Kau masih ingat lelaki yang panggil kau Rina tu?” soal Jasmin berhati-hati. Takut pula dia nak menyebut nama Agus di hadapan Affirina.
Tangan Affirina terhenti. Dia menarik nafas, kemudian menyambung kembali lakarannya. Terhenti lagi. Affirina merenung Jasmin. Dia tahu Jasmin takut-takut untuk bertanya perkara itu.
            “Aku automatik teringat bila Syah panggil aku Rina. Sebab tu aku tak suka dia panggil aku dengan nama tu!” Masing-masing diam.
            “Macam manalah Agus sekarangkan?” soal Jasmin perlahan.
            “Entah, mati dah kut.” Jawab Affirina selamba. Dia mencapai pensel semula dan menyambung lakaran yang terhenti tadi.
            “Tapi memang padan dengan muka dia kena belasah dengan abang kau.” Jasmin mencuit bahu Affirina. Affirina hanya tersenyum.
            “Kau tau apa jadi kat dia lepas tu?” Soal Affirina.
Segera Jasmin mengangguk. Mana boleh lupa.
            “Dia datang merayu kat kaukan?” Affirina pula mengangguk.
            “Silap besarlah aku nak terima!” Di layar minda Affirina mula terbayang wajah Agus.

WAKTU itu Agus pergi  berjumpa Affirina di kolej tempat mereka sama-sama menuntut dulu. Dia menunggu sehingga Affirina tamat kuliah. Keluar sahaja dari bilik kuliah tersebut, terus Agus mendapatkan Affirina. Dia menghulurkan sejambak bunga mawar dan satu bekas tin coklat. Affirina mengambil sambil matanya merenung tajam ke arah Agus. Jasmin di sebelahnya hanya diam seribu bahasa. Dia tak mahu masuk campur.
“Pertama, I suka carnations, bukan roses.” Affirina terus mencampak bunga ke dalam longkang. Agus hanya mampu memandang. “Kedua, I tak suka Van Houten!” Coklat itu juga menjadi penghuni longkang. Agus menelan air liur.
            “Sampai hati you, Rina.” Agus buat muka kesian.
Affirina berpeluk tubuh. Memandang tubuh di depannya. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menampar-nampar pipi Agus berulang kali. Biar pecah bibirnya sekalipun Affirina sudah tak peduli.
            “I hanya campak bunga dengan coklat you dalam longkang. Tapi you? You campak maruah I dalam longkang Agus. Dalam longkang! Macam mana I buang coklat dan bunga you, macam tu jugaklah dengan senang-senang you buang maruah I dalam longkang Ada you fikir semua tu?” soal Affirina.
            “I nak minta maaf.” Ucap Agus perlahan.
            “Maaf you takkan kembalikan maruah I yang you dah injak-injak.” Balas Affirina dengan perasaan yang pedih.
            “I tau I salah. I dah menyesal sekarang.” Rayu Agus lagi.
            Affirina takut mahu percaya lagi. Tak mungkin semudah itu Agus menyesal dengan segala tindakannya. Memang dia tidak percayakan lagi lelaki di dunia ini kecuali Alphy dan abahnya.
            “Youlah manusia yang takkan I maafkan sampai bila-bila.” Dingin. Affirina menahan air matanya. Peristiwa pedih itu kembali berulang di ruang matanya.
            “Tolonglah Rina. Bagi I satu lagi peluang.” Agus masih tak berhenti berusaha
Affirina ketawa. Cium kaki aku pun belum tentu aku maafkan kaulah bodoh! Affirina berlalu pergi meninggalkan Agus yang masih setia memandangnya.

KETAWA Jasmin membawa Affirina ke dunia nyata. Affirina hanya tersengih.
            “Apa yang kau ketawa?”
            “Aku teringat bila Agus masuk dewan kuliah dengan bibir bengkak macam negro!” ketawa mereka menggegarkan butik. “Semua orang pandang dia.”
            “Tebal bibir diakan? Penangan abang aku.” sambung Affirina.
            He’s my hero!” Jasmin memejamkan mata sambil tangan di kedua-dua belah pipinya. Beranganlah tu! Min, Min… dari dulu sampai sekarang tak jemu-jemu minat abang. Yang abang ni pun jual mahal! Tak sedar diri tu dah masuk kategori tak laku!
            “Senang-senang, kau ajelah jadi kakak ipar aku, Min.” Jasmin membuka mata. Dia meleretkan senyuman.
            “Aku nak aje. Tapi abang kau tu nak ke kat aku?” mereka sama-sama ketawa.

No comments: