Follower Tersayang

Wednesday, July 4, 2012

Bantu Hamba-Mu Menggapai Redha...

Hai kawan2..
Salam Nisfu Syaaban. 
Ramai sangat pos status mengenai apa itu malam Nisfu Syaaban.
Di mana malamnya selepas maghrib (Rabu malam Khamis) buku catatan amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku yang baru. 
Huhuhuuu.. 
Sayupp aje membaca.
Sebab apa?? 
Sebab diri ini terlalu banyak dosa yang entahlah sama ada diampunkan atau tidak. 
Hmmm..

Berbalik kepada tajuk entry. 
Kenapalah ya??
Selepas kejadian, saya nasihat diri sendiri, untuk redha.
Redha dengan apa yang berlaku. 
Tapi..
Saya merungut. Saya mengeluh. Saya menyesal dengan musibah yang telah menimpa saya. 
Dalam hati ini..
Kalau aku tak ikut, tak jadi macam ni.
Kalau aku tak lari, tak jadi macam ni.
Kalau aku menahan, tak jadi macam ni. 
Sedikit nikmat telah tercabut dariku. 

Ya Allah.
Bantulah hamba-Mu ini untuk menggapai Redha Ya Allah..
Aku tahu kalau masih dalam hati berkata-kata, maknanya aku masih belum Redha lagi. 
Aku tidak menerima qada' dan qadarlah maknanya. 
Gagallah aku menurut Rukun Iman yang ke-6 itu. 

Astaghfirullah..
Aku rayu pada-Mu Ya Allah.
Aku ingin Redha.
Tapi bagaimana caranya???
Aku mahu buang segala pahit kenangan itu Ya Allah.
Kerana aku tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Yang berlaku itu untuk menyedarkan aku tentang apa yang sudah aku lakukan sebelum ini sama ada sedar atau tanpa sedar.

Tolong Ya Allah.
Ujian yang kau beri ini kecil sahaja. 
Tetapi kenapa aku begini??
Aku tahu, seharusnya aku bersyukur. 

Aku mahu REDHA. 
Bantu hamba-Mu ini Ya Allah.

2 comments:

JeeMacey said...

sama2 lah kita perbykkan amalan cik hanny....

Hanny Esandra said...

aminx3... :)