Follower Tersayang

Saturday, July 28, 2012

Malunya Mak Noksss!

Hai, assalamualaikum kawan2..
Salam Ramadhan ya semua.
Uhuhuhu...

Hari ni ada satu perkara yang nak dikongsikan kepada blogger2 yang setia. 
Kikiki..
Malu tak terkata ni.
Kejadian ni berlaku dua hari lepas.
Itulahh padahnya kalau beramah mesra tak kira tempat.

Memang lepas ni kena brek sikit mulut ni.
Saya ni bukanlah peramah sangat.
Sebab saya ni jenis lambattt sangatt nak mula satu persahabatan baru. 
Tak hairanlah kalau kawan2 sekarang ni, sebelum kenal saya, semua kata saya sombong. 
Tapi kalau dah hari2 jumpa, tak mungkinlah saya nak sombong. 
Bukan sombong, tapi pemalu dan tak tau macam mana nak mulakan persahabatan. :)

Tapi kalau dah lama kenal,
haaa.. bedegar-degar la ketawa masing2..
Sebab ada yang kata saya ni kelakar orangnya.
Sorang kawan kata pulak, rindu nak dengar 'gelak busuk' saya. 
Dia buat permintaan, sebelum saya kahwin, sekali aje lagi dia nak dengar.
Bahahaha...
Gila kau nyah! 

Okeh, berbalik pada cerita sebenar,
Di Uptown, Shah Alam tempat saya bekerja.
Saya jumpa seorang 'kawan'
Memang pada mulanya saya tengok sekilas aje,
Saya pegang lengan dia. 
Dia pun pandang saya dan tegur. 
Saya pun tegur dan berbual macam biasa.
Sebab kawan lama kan, lamalah tak jumpa.
Jadi excited pulak dah jumpa. 

Yang paling tak tahan
saya usap perut kawan saya yang sudah mengandung 5 bulan
Saya tanya bila due.
Dia kata bulan 11.
Saya pun cakap, ohh.. sempatlah kau datang kenduri aku.
Dia pun cakap bila?
Saya cakaplah bulan 9 ni. 
 Dia kata sempat.

Hahahaahaha..
Dah habis berbual saya masih tak sedar lagi. 
Saya pun balik ke kedai saya. 

Keesokan harinya. 
Saya jumpa mak ayah dia pulak. 
Mak dia pun macam blur bila saya borak dengan mak saya.
Saya cakap, Ezlin perutnya dah besar. 
Mak ayah dia pulak kata,
Hah?? Yeke?? Bila besar? Dah ada ke?? 
Saya pun pelik dan berkata2 dalam hati.
Ahhhaaiiii macam dah salah orang aje. 

Tiba2 mak dia kata Shikin yang due bulan 11. 
Saya terkedu sekejap.
Sahh aku dah tegur salah orang,
Sesedap tekak aje saya 'berkau-aku' dengan kakak Ezlin.
Haiyooo.. Malu tak terkata.
Bila balik rumah, mak dia cerita pulak kat dua beradik tu
Hailaa.. Malu sangat sebab diorang gelak sakan! 

Ezlin mana ada mengandung. Tahun lepas iyalah dia mengandung. 
Tapi tak ada rezeki. 
Kata Ezlin, kalau tak anak dia dah 4 bulan sekarang.
Sian dia.. Sabarlah Ezlin. Nanti2 adalah rezeki ko.
Aku doakan semoga ko cepat2 dapat baby keh. 
 Nak tengok gambar diorang tak?
Kalau pandang sekali imbas, memang sama.
Sumpah tak tipu.
Ini yang saya duk berborak sakan...
Sepatutnyaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Dengan dia ni saya berkawan.
hahaha..

Yang atas tu kakak dia.  - Shikin
Kawan saya ni  namanya - Ezlin

Tapi yang penting dua2 cantikkan?
cantik tau kawan2 saya ni.

Last but not least kawan saya cakap
"Senang je nanti ko nak bezakan. Kakak aku pakai tudung, aku tak pakai tudung..."
Wakakaka..
Padan muka saya! 

Dia kata tak sama pun muka macam mana saya cakap sama.
Saya cakaplah saya dah lama tak jumpa dia.
Jadi pengecaman tu kureng sikit..
Kikiki..

Oklah!
Bye!

3 comments:

CintaZulaikha said...

aku tak habes gelak lagi nad, bahahhahhaha...

Iffah Afeefah said...

hahaha memang lawak =)

Hanny Esandra said...

ct,
hahahhaa.. udoh2 ler tu.. kang batal puasa.. hikhikk..

Iffah,
hahaha.. lawakkan.. adoii.. malu..