Hai kawan2..
Hmm..
Tajuk kat atas sekali baca macam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita pulak.
Haih..
Tapi itulah yang terjadi kepada kawan saya.
Saya dan kawan-kawan yang lain sangat misteri dengan kehilangan Mahfuzah a.k.a Uja.
Manalah dia agaknya.
Blog?
Sudah lama bersawang. Sudah lebih 8 bulan.
Facebook?
Dia dah deactivated account sebelum dia hilang lagi. Tapi ada create satu account atas nama dia dan boyfriend dia. Pun dah tak berupdate.
Hanphone?
Sudah lenguh kut tangan ni mendail nombor dia.
Mesej pun sama.
Email?
Tak terfikir pula sampai nak ambik email address dia.
Haila.. Uja..
Mana kau menghilang ek?
Raaamaaii cari dia.
Kawan2 dia yang rapat dengan dia pun duk tanya saya.
Padahal saya tak adalah rapat sangat.
Cuma selepas dia rapat dengan Nabila baru saya rapat sikit2 dengan dia.
Saya senang berkawan dengan dia.
Banyak jugak perkara yang dia share dengan saya.
Tak kira kisah sedih ke gembira, saya sudi sangat pinjamkan telinga untuk dia.
Saya suka kawan dengan dia.
Tapi saya tak tau mana dia pergi sekarang.
Sihat tak?
Okey tak?
Pelik.
Sebab hilang macam tu aje.
Sampai saya dengan Nabila nekad nak cari dia sampai ke rumah dia kat Meru.
Tapi dalam kekangan masa, saya belum lagi dapat jejak ke sana.
Tak sabar nak plan balik dengan Nabila.
Sedih sangat.
Last saya dapat bercakap on phone dengan dia pada tanggal 2.2.2012.
Lepas tu sampai ke hari ini, tak dapat jejak kesan dia.
Sudah kahwin ke dia?
Tak kisahlah kalau dia dah kahwin dan hidup bahagia dengan pilihan dia, tapi saya cuma harapkan dia selamat dan baik2 saja.
Mana ek ko uja.
Uja.
Kalau ko baca blog aku ni.
Aku rindu sangat kat ko.
Bukan aku je, Nabila pun carik ko.
Bukan Nabila je.
Owen, Ad, Epa semua cari ko.
Harap aku dapat jumpa ko sebelum Majlis aku.
:-)
Miss u Uja. |
:-) |
Dulu mana2 berpoya2 pun pasti bertiga ni. Rindu saat2 ni. |
Nab...
Jom carik Uja!!
:'(
No comments:
Post a Comment