Follower Tersayang

Monday, July 2, 2012

Pencuri!!



Salam kawan-kawan semua.
Hari ni saya dapat berita.
Sejak pagi sampai tengah hari macam-macam mesej yang masuk ke handphone saya.
Satu mesej dari seorang teman juga penulis menyentak perasaan saya. 

Katanya baru-baru ni ada kes plagiat karya di mana seorang hamba Allah ambik hasil karya seorang penulis dan hantar kepada penerbit sebagai karya sendiri. Dia tanyakan pandangan apa yang patut dibuat dengan blog Layanz@Santai.

Saya ingatkan kes ni adalah kes di mana penulis Ratu Bulan menjadi mangsa plagiat. Kesian sungguh dengan penulis ni. Bukan orang lain pun, rakan seperjuangan juga di bawah satu bumbung Fajar Pakeer. Saya dah beli dan baca novel Prince Charming. Novel tersebutlah yang menjadi mangsa plagiat. 
Tak bertanggungjawab betul.
Orang yang plagiat tu bukan dari Malaysia, tapi Indonesia.
Huhuhu.

Saya bagi cadangan untuk disablekan copy paste. Tapi sudah dibuatpun. Katanya kalau peniru nak print screen boleh aje. Saya terfikir. Iya tak iya. Cis! Kalau dasar pencuri tu. 
Apa yang saya faham, saya ingatkan kawan saya bercerita hal Ratu Bulan. 
Rupa-rupanya ada KES BARU!
Amboi.. Semakin berleluasa pulak sekarang ni. 
Apalah nasib penulis tu agaknya. 
Lagi nak kasi ironi cerita saya ni,
peniru itu adalah PENGIKUT SETIA cerita dia.
Inilah kes2 E-Novel.

E-Novel memang ada pro & cons.
Yang baik kita ada pembaca setia sebelum karya kita dibukukan.
Tapi yang buruknya macam inilah!
Kalau ada orang yang tak bertanggungjawab, dia ambil dan tiru sebiji2 lepas tu dengan tak malunya hantar kat penerbit dan mengaku karya itu sebagai karyanya sendiri.

Hadoi..
Nasib tak kena pada saya.
Sebelum terkena saya nak beritahulah kat sini.
Siapa yang selalu terserempak dan baca cerita Lelaki Cadangan tu, setakat itu sahajalah ya.
Saya sudah hentikannya. 
Takut!!

Blog Layanz@Santai pun sudah tutup buat sementara.
Huhuhuhu.
Kalau perkara ni berleluasa, sepatutnya kita boleh ambik tindakan. 
Tapi tak apa, sebelum karya dihasilkan, mereka kena sign aggreement. Dalam tu semua ada. 
Kalau dia tipuuu
Saman aje yobbb..
Bahahhaa..

Kepada mereka yang tak bertanggungjawab.
Tolonglahhh hentikan. 
Penat penulis tu bersengkang mata, memerah otak, kadang2 sampai muntah hijau menghasilkan novel yang beratus2 muka surat tu, senang-senang saja kamu ambil hak mereka. 
Kesian dia..

2 comments:

JeeMacey said...

mencuri hasil kerjaya org lain tak kira la dalam bidang apa sekali pon adalah sesuatu yg tak baik..ibarat makan hasil haram......emmmm...biar tak pandai tak ape..tp jgn la curi karya org lain.

Hanny Esandra said...

tu la pasal..
tapi nak buat macam mana.. rambut sama hitam, hati lain2.. huhu..