Follower Tersayang

Friday, November 9, 2012

Saya Jumpa Ini...


Hai, assalamualaikum kawan2 sekalian.

Novel ni dah lama berada di pasaran. Tapi saya taj putus-putus mendapat review dan nasihat yang membina mengenai novel ini.. 

Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan rezeki dan bakat kepadaku. 
Kali ini review ini secara tak sengaja saya terjumpa.
Pujian dan nasihat mereka ini saya terima dengan hati terbuka. Malah salah seorangnya meminta (secara tak langsung) kepada saya supaya menyambung kisah Syed Bakri yang di;kenen'kan dengan 'Anuar' versi perempuan. Hahaha.. Bermakna ada juga yang prihatin dengan watak ini. 
Satu penghormatan saya kira...

Jom baca reviewnya! 

From Intan M

Anuar cinta mati dengan Erzalina. Penampilannya yang berserabut serta jahil dengan ugama tapi kerena keikhlasannya untuk dekat Erzalina dia cuba untuk berubah. Erzalina anak yang bersopan-santun dan akur dengan orang tua. Dia tidak pernah bercinta dan kehadiran seorang lelaki bernama Anuar sangat janggal dalam hidupnya. Tapi kerana Anuar menghiburkan, dia sedang belajar untuk menerima seorang teman yang bernama lelaki. Tiba-tiba umi mahu jodohkan dia dengan Rafiyudin. Dia adalah seorang lelaki yang sempurna. Tapi sikap Anuar yang tidak mahu mengaku kalah itu membuat Anuar terus ke rumah Erzalina untuk mendekatkan diri dengan Erzalina sekeluarga. Umi dan abi Erzalina mula-mulanya tidak dapat menerima Anuar tapi kerena dia gigih dan ikhlas, mereka perlahan-perlahan membimbingnya. Akhirnya bila Anuar dapat tahu Erzalina akan disunting, dia terus minta pertolongan kakak serta ibu-bapanya. Akhirnya, Erzalina diberi kebebasan untuk memilih yang terbaik untuknya. Dia memilih Anuar yang telah berkorban dan berubah untuk dirinya.
Watak Anuar sangat menghiburkan! Tak sangka Rsfiyudin boleh rasa tergugat dengan kehadiran Anuar. Kali ini, saya suka kerena kedua-dua watak lelakinya tidak pula ada cacat-celanya. Cuma yang ditekankan ialah keikhlasan seseorang itu untuk usaha mendampingi dan menolong serta keikhlasan seseorang itu untuk menerima. Sooo sweeeet!

From Juliza

TAHU RASA CINTA ialah novel terakhir keluaran Fajar Pakeer di atas rak hamba yang masih belum dibaca maka hamba memutuskan untuk cepat-cepat membacanya. Habis baca, habis 'sengsara'. Begitu fikiran hamba yang mula skeptikal dengan novel-novel keluaran syarikat penerbitan ini (ampun!) namun hanya kerana seorang lelaki bernama Anuar, hamba tunda dulu pandangan skeptikal itu. (^_*)

Mungkin novel ini agak tipikal di sana sini tetapi secara totalnya hamba dapat merasakan kelainan jalan ceritanya dan semuanya kerana watak Anuar. Seorang hero novel yang cukup berlainan dari kebiasaan novel Melayu. Watak dan fiilnya memang berbeza. Dia lepas laku, lepas kata, laser, dramatik dan paling tak boleh blah fanatik yang amat. Dia boleh jadi sangat kelakar dan menyakitkan hati pada masa yang sama (^_^).

Hamba suka cara penulis membawa kisah Anuar dari mula sehingga ke muka surat terakhir walaupun ada ketikanya agak berlebihan tetapi sepanjang anda mengenali watak bernama Anuar ini, anda akan tahu bahawa Anuar sudah sememangnya OVER! Hehehe.

Namun, hamba fikir titik bermulanya perubahan Anuar agak pendek, ringkas dan kurang mendalam yang mana membawa kepada kurangnya perasaan juga. Hamba berharap detik-detik perubahan Anuar dari seorang yang nakal kepada yang lebih baik itu boleh dikisahkan dengan lebih terperinci. Permulaan Erzalina membalas cinta peminat fanatiknya juga tidak diceritakan selayaknya. Hamba kurang selesa dengan permulaan yang agak mendadak itu.

Secara totalnya, hamba suka novel ini. Gaya bahasa yang mudah hadam, penceritaan yang santai dan sebuah naskhah yang menghiburkan. Untuk pembaca yang menggemari novel-novel berat, novel ini bukan untuk anda.

p.s Tidak semena-mena kejayaan hamba menghabiskan bacaan novel ini terasa sangat bermakna. Mungkin dengan 'kehuru-haraan' (-_-") jadual harian hamba, hamba mampu juga mendarat ke muka surat terakhir dengan aman. Lega! Dan lagi satu, hamba harap Hanny Esandra akan membuat kesinambungan kisah Syed Bakri yang cuba dikenenkan dengan 'Anuar' versi perempuan itu. Macam menarik :-).
 

Saya pun tak tahu mudah saya dapat jumpa review mengenai novel saya. Alhamdulillah dan sangat bersyukur bagi penulis picisan seperti saya. Huhu..

Selepas membaca review kedua, saya terfikir. Adakah saya seperti sudah menyelamatkan 'sesuatu?' Saya sangat berharap pembaca ini akan terussss membaca novel-novel daripada Fajar Pakeer.  

Peace!

3 comments:

CintaZulaikha said...

wahhhhhhhhhh....kan. tahniah nadddd...

eitcha,IM said...

wah macam best jer..hihi :)

Hanny Esandra said...

eitcha,
apa yg best dear.. komen atau novelnya? ahaks..