Follower Tersayang

Wednesday, August 5, 2009

Kasih Merah Jambu ~ Akan Datang.. yeay!!


Pertama kali Geng Panda bertemu Pinky Girls, mereka mula melancarkan perang. Masing-masing berazam akan membalas dendam antara satu sama lain. Shark takkan lupa bila dia bermandikan jus tembikai ketika dia berlagak macho mahu memikat si gadis merah jambu.

Pertemuan mereka tidak terhenti di situ. Mereka ditakdirkan bertemu lagi di Success Institute. Hobi mereka hanya tahu mengenakan antara satu sama lain. Pinky Girls takkan tenteram selagi misi mengenakan Geng Panda tak dijalankan. Geng Panda takkan duduk diam bila Pinky Girls mula buat hal. Segala pembalasan dendam tahap maut punya!

Kata-kata yang keluar daripada mulut Geng Panda ibaratnya macam keluar api daripada mulut naga. Pinky Girls pula takkan biarkan Geng Panda sesuka hati menyakat mereka.

Masing-masing besar kepala. Dua-dua tak nak mengalah. Mereka tak pernah cuba untuk berbaik. Tapi… siapa kata Geng Panda tak ada hati perut. Satu peristiwa boleh melenyapkan segala sakit hati yang berbuku di jiwa. Lalu, berbekalkan penyesalan yang beraja di hati, masing-masing bertemu muka, sambil di kepala mula bermain dengan perkataan ‘maaf.’

6 comments:

farah@nina said...

Nadia!!! Nak! Nak! Nak! hehe.. dengan x malunya.. bl nak publish ni.. jgn lupa untuk i satu tau.. tgk cover pun cute jer.. mesti cerita ala2 remaja kan.. I can't wait.. hehe!

UMAIRA DZUL WIDAD @ NAZ AREESYA AMEEN said...

dear hanny,
congrat 3x :)

Hanny Esandra said...

kak farah,
mestilah dah asingkan utk K.farah satu.. ;-)
tapi, klu publsher ade bg utk penulis la ek.. hehe..
mmg ala2 remaja sgt.

Hanny Esandra said...

k.umaira,
thanks akak syg...
rindu you lah! ;-)

romibaiduri zahar said...

hai adikku Hanny...
tahniah...
akak suka sangat cover buku ni...
nampak cute

Hanny Esandra said...

kak romi,
thanks kakak!
really apprcte it!
miss ya!