Follower Tersayang

Wednesday, December 23, 2009

Akan datang.. yeaayy!!

Novel FP Junior.. X sbr nk tgk isi dalamnya..


Adam, kanak-kanak yang dilahirkan cacat dengan kaki kanan tempang dan tangan kirinya bengkok dan mengerekot ke dalam. Atas ketidaksempurnaannya, ramai yang menghina dan tidak mahu berkawan dengannya kecuali Amira. Dia terima keadaan dirinya walapun dia berasa sangat sedih.

Sehinggalah pada suatu hari, muncul tiga ekor pari-pari yang ingin menjadi kawannya. Adam berasa gembira malah menyatakan impiannya mahu memiliki anggota yang sempurna. Pari-pari itu menyempurnakan impiannya dengan syarat dia tidak boleh membalas segala perbuatan kawan-kawan yang pernah menganiayanya dulu.

Tapi setelah dia sempurna, janji mula dilanggar. Apakah hukuman yang akan dilakukan oleh pari-pari kepada Adam? Dapatkah Adam menjadi sempurna selama-lamanya? Mahukah pari-pari memaafkan kesalahan Adam?

Akhirnya dpt juga bergabung dgn Eizda Amani..


Mereka menanti cinta sejati, tanpa sedar cinta itu ada di depan mata. Biar bibir menafikannya, namun hati tidak dapat menyangkal. Apabila berjauhan daripada si dia, Syamin dan Fira mula rasa resah gelisah, dibelenggu rindu. Akhirnya mereka akur, hati sudah sayang.

Syamin mahu Hakimy tahu perasaannya bukan boleh dibuat main. Bukan boleh dimarah, disindir, dipaksa sesuka hati. Dia cukup bengang dengan sikap selamba Hakimy. Namun, dalam marah ada rindu. Bagi Syamin, hadir Hakimy bagai salju yang memutih. Puas hati menidakkan tetapi Hakimy tetap juga di ingatan.

Bertahun-tahun Fira setia merindui Iqbal. Namun, bila yang tersirat sudah terurai, berkecai segala rindu dan impian. Hatinya terus tertutup rapat menerima cinta lelaki walaupun dia berasa selesa bersama Amirul dan menyayangi lelaki yang telah dianggap seperti abang itu. Namun, tanpa disedari, Amirul mencintainya dalam diam.

Sudikah Syamin menerima cinta Hakimy yang ikhlas? Mampukah Fira membuka pintu hatinya untuk Amirul yang begitu setia menanti cintanya? Atau kalau hati sudah sayang, tiada apa yang mampu menghalang…?

Begitukah?

3 comments:

Unknown said...

tahniah... ooo ni la si tempang tu erk? adam nmanya... igtkn en... (fhm2 sndri la) :P

Hanny Esandra said...

wakakakaka...
jgn..
ade yg saman aku nnt.. ekeke..
adehh.. trok tol rehal ni.. wat i tergelak sorg2 kt sini.. adehh..
jaga2, dia ada blog tau~

Dari Gombak Ke Padang Merbok said...

Tahniah!!!! Wah bagus nih