Follower Tersayang

Friday, March 5, 2010

Aku mimpi lagi...~


Aku mimpi lagiiiiii...

Tapi kalau mimpi di ambang Subuh, itu kerja Syaitan yang direjam kan?? Hahaha..

Aku setiap malam memang tidur lambat, tambahan kerja waktu malam macam tu mmg jejak kaki kat umah pukul 3 pagi la.. balik2, solat isyak, kebabom atas katil... memang tak ingat apa dah...

Dalam masa tidur tu, aku mimpi yang aku bersihkan kedai kat uptown tu. Mr. S pn terlibat nih! Ada aje dlm mimpi aku, dia takde kerja ke? Pergilah masuk dalam mimpi orang lain.. Haila...~ Sedang aku bersihkan kedai, Mr. S datang sebab dia cakap nak balik dah. Dia tumpang basuh tangan. Wangi sangat bau time tu....~ (tulis kt blog ni pn dh meremang bulu roma~) Mr. S pn balik.

Lepas dia balik aku lepak lagi kedai. Aku pergilah ke kedai dia saja jenguk2..(Ahaaii!!) Tapi bau busuk sangat... Cari punya cari tak jumpa.. Aku balik ke kedai aku. Bau wangi ada lagi...

Time aku lepak2... Ada seekor kucing dari atas bumbung kedai melompat turun ke bawah. Aku ingat lepas dia turun ke bawah tu nak keluarlah dari kedai aku, tapi... dia naik kat aku then duduk atas perut aku... Tapi kuku kaki dia cengkam kulit aku. Lepas tu tiba-tiba dia gigit tangan aku!

Terus aku terjaga. Bukak mata on the spot ni beb! Jantung aku berdegup macam tak cukup nak pam dah darah aku time tu! Tercungap-cungap juga time aku terjaga. Aduhh.. Tgk jam pukul 5.15 pagi.

Yang aku pelik, apa kaitan kucing tu dengan aku pergi ke kedai Mr. S? Macam tak suka aje kucing tuh.. Belum pernah ada kucing yang bermusuh dgn aku. Sebab aku suka kucing. Inilah yang aku rasa mimpi mainan syaitan. Haihhh..~

4 comments:

Citra Delima said...

Hanny,
Mimpi yang penoh erti buat mu anakanda, kucing yang garang minta dibelai dengan urutan manja, begitulah kehendaknya. Kalau dibelai ia kan mesra dan terlerai lah gerang dari dirinya. Akan menjadi kawan yang setia dan jujur bersama mu, itu adalah ramalan dari ayahanda sahaja.

Hanny Esandra said...

ayahanda,

betul ke ni? Saya selalu anggap mimpi tak ada makna... tapi sejak akhir-akhir ni lain macam pulak rasanya. hahaha..

Errmm..
'Kucing' mana nak saya jinakkan tu ya? mari sini.. hahaha

z@dH hiRsHAm said...

Kak,
N lak selalu dengar org tua2 kata,
(Well, org tua mmg slalu berkata2!)
Huhuhu...
Mimpi waktu subuh nilah yang ada makna.
Yang bakal memberitahu sesuatu.
Betul ke tidak?
Huhuhuhu...
p/s:rindu la!

Hanny Esandra said...

anne!!
rindu kamu jugeeee...
ye ke?? akak pon konpius, yg mana satu yg sebenarnya? mimpi di ambang subuh tu mainan syaitan @ mmp di kesiangan hri ke? ehehe...

klu ikut saintifiknya, otak masih bekerja sewaktu tidur.. ahahha.. btul ke tak, men hentam jer.. ;p