Follower Tersayang

Monday, March 15, 2010

Dua Cerita Dalam Satu Hari...

Eheh!! Siang tadi ke KLCC.. Saja la lepak2 jalan2.. Kami bertiga pada mulanya, lepas tu adalah seorang lagi dari P******. Dia pun datang. Mr.L ni barulah first time jumpa.. Dia kawan kepada tunang kawan baik aku. Mr.N.

Punyalah nak pecah perot dgn Mr.L ni... Loya buruk dia masya-Allah... Aku ketawa sampai terkeluar air mata. Pipi naik kejang dengan orang yg suka buat lawak macam ni. Tapi... kalau yang tak paham dengan dia ni, gerenti blur~ Mesti cakap, 'ape die merapu ni?'

Huhuiii.. Apa-apapun, salam perkenalanlah Mr.L. Dia siap bagi tau dia segan dengan aku. Aku tatau plak aku adalah seorang yang disegani...(putar belit ayat~) ekekeke...~ Bestlah... Sampai skang ni aku asyik teringat sume ayat2 merapu dia.. adehhh.. Klu tension, bley ar carik dia~

Ini sekor lagi... Haduiii.. Mr.S mengadu kata, aweknya telefon tadi, cakap mak aweknya ni tak suka Mr.S dgn alasan dia tak suka anak dia masuk Islam.. Adehhh.. Itu aku takley wat pe la.. Takkan kita nak paksa orang masuk Islam kan.. Aku ckp kt Mr.S, so apa nak buat sekarang? Dia juz angkat bahu cakap, 'kerja!' Muka memang sedih gile.. Aku pon wat ar lawak, 'Sedihla ni?' Dia jawab, 'Kecewa...'

Adooii.. Aku terus berhenti dr ketawa. Aku nasihat la elok2.. jangan sedih2.. kalau dah jdh mesti tak lari mana.. hari ni mak dia tak suka, mana tau esok lusa ada sumthing yg Mr.S buat sampai mak awek dia suka? Siapa tau kn?

Aku tatau la pujuk oranggggggg... Bagi nasihat tau la.... dh buat muke seposen.. Aku dh bgi nsht terbaik dh.. Sebagai kawan, aku simpati dgn Mr.S. Sory, saya tatau lagi nk ckp mcmana. Ini melibatkan family dengan agama kita. Pilih la.. nak pertahankan agama? Atau cinta?

2 comments:

Diari Kampung Tengah said...

Kedua2 nya asalkan.. cinta tu tak melanggar batas agama dah la. Tul tak akak kecik? he3

Hanny Esandra said...

bercinta bagai nak rak jiha, tapi sorg ke barat, sorg ke timur? caner?? sampai bila2 pon takley kawen kan klu salah sorg tak nak masuk islam? ehehehe...