Follower Tersayang

Wednesday, December 8, 2010

Wedding Of Da Year...~

Yeayy!!!

Pertama sekali nak ucapkan tahniah banyak-banyak kepada kawan baik saya yang telah pun selamat ke jinjang pelamin. Semoga mereka kekal bahagia dunia akhirat. Dikurniakan anak-anak yang comel dan sihat. Semoga mereka juga dilimpahkan rezeki selepas perkahwinan ini dan juga dirahmati serta dilindungi oleh Allah SWT. Banyak sebenarnya dugaan dalam perhubungan mereka ini. Itu, biar saya aje yang tahu. Yang penting mereka telah selamat pun. Alhamdulillah... Aku tumpang gembira Nab.. Doakan aku pulak yer.. Itu aje ucapan yang tak henti-henti saya cakap kat dia. :-)

Jom kita layan gambar :-

Pengantin dirai... Kamilah pengapit yg paling vogue! Auww...~
Comel kan!!! Suke sangatttt... Jelesss...

Ini pelamin nikah yang pihak Intekma Resort sediakan...

Hantaran daripada Nabila.. Snap jgn tak snap! Boleh buat rujukan.. Hee~

Berserinya Cik Nab kita... Ini sedang berdebar menunggu akad nikah yg akan berlangsung lepas Asar.

Time ni malam... Cintehati duk borak dgn pengantin lelaki. Apa la yg diborakkan tu agaknya~

Ini belah lelaki. Tema merah + hitam. Tema yg pernah aku impikan suatu ketika dulu...~

Kami pun turut serta... hihihi...

Hehehe... Nak menyibuk gak saya nih! ;p

Kek!!! Best2~

Alalalala... Meh i suap u... kikiki~
Haaahhhhh....

Lepas aje selesai semuanya, dengan-dengan saya turut lega. Seronok sangat saya dapat ikuti semua aktiviti Nabila... Dari dekat rumah dia saya berkampung tidur sana, main pakai-pakai inai. Bergurau senda bergelak ketawa di malam hari sebagai anak dara sebelum dia bergelar isteri orang sampailah ayah Nabila keluar dan suruh kami tidur! Hahahaha... Semuanya kenangan manis untuk saya. 

Si Nabila ni, masa lepas bersanding kat belah dia, waktu ambik-ambik gambar, peluk-peluk sakan, banjir pulak dia kat situ. Kat belah Nordin pun sama! Peluk-peluk lepas tu nangis. Dan saya sangat bangga saya tak mengalirkan air mata depan dia... Saya nak nampak kuat dan hebat! Hahaha... Tapi belakang dia jangan ceritalah... Biasalah... Bila kita berkawan dari kecik, sekarang kenalah terima, yang kawan baik kita ada kehidupan dia sendiri. Allah maha kaya. DIA datangkan Cintehati lepas Nabila sedang meniti hari bahagia. Jadinya, saya mungkin tak akan bersedih sangat kalau lepas-lepas ni Nabila tak ada untuk saya.

Saya tak ramai kawan. Jadi saya sangat menghargai kawan. Kenapa saya tak ramai kawan? Sebab saya bukan jenis mahu berkawan dengan semua. Kalau serasi dengan saya, itulah kawan-kawan saya... Pilih bulu dalam berkawan? Tak.... Tapi saya ni lambat sikit. Lambat mesra kut? Entah... Kawan-kawanlah menilai saya. Tapi saya suka berkawan! :-p

Waktu balik, keluar dari dewan kat Rawang, saya pandang cintehati, cintehati pandang saya... Dia pegang tangan saya. Air mata dah bergenang dah. Cuma tak mengalir aje..

Nab,

I luv u forever... Kita akan kawan sampai bila-bila kan? :-)


3 comments:

CintaZulaikha said...

comey r kek dy....

Hanny Esandra said...

hahaha.. tau xpe

Hanny Esandra said...
This comment has been removed by the author.