Hehehe... Entri kali ini mungkin akan membuatkan sesiapa yang membacanya akan terkeluarlah muntah-muntah berbagai warna. Lalala... Saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana semenjak dua, tiga, empat menjak ni ramai yang bertanya apa rahsia saya miliki kulit yang cantik, ayu lagi menawan. (Haaa... Kan aku dah kata ada yang muntah..) Hahaha...
Tapi entahlah. Rasa macam diri ini artis aje. (Gelak). Dalam beberapa minggu ini saya diajukan soalan yang sama. Itu yang rasa nak tulis dalam blog ni. Lepas ni kalau orang tanya saya hanya perlu jawab : Lawatlah blog. Kat sana ada jawapan.(Cehhh.. Berlagaknya kau Hanny!) Tak adalah.. Tak pernah saya jawab macam tu. Saya lagi teruja nak cerita dan lagi nak suruh orang yang tanya tu cuba apa yang saya dah pakai dan nampak hasilnya. Hehehe... Saya tak kedekut okey..~
Marilah berkongsi tips-tips menjadi cantik. Sebenarnya semua orang Allah ciptakan itu cantik. Kita hanya perlu bersyukur dan jaga kecantikan yang diberi. :-) Betul tak? Saya ni pun banyak kekurangan. Taklah secantik artis-artis Malaysia ni. Kan? Hehehe... Saya pun hairan, saya ni ada aje jerawat. Ada aje whitehead. Kulit muka pun berminyak. Sama aje... :-) Cuma saya rajinlah nak cari penyelesaian dari masalah-masalah yang saya hadapi. Sebenarnya rajin tu yang penting. Kalau tak rajin satu apa pun tak jadi.
Okey! Jom tengok apa saya pakai.
Produk Sri Mawar. Saya jatuh cinta sangat. |
![]() |
Ini BB Cream. Blemish Balm Cream. |
![]() |
Pixy. |
Haa.. Lepas pakai BB Cream tu, mestilah kita akan pakai bedak kan. Kalau bedak pula, saya ni macam-macam dah cuba macam-macam bedak. Agak-agak tak sesuai saya beli lain. Sudahnya, berlambaklah bedak yang tak habis diguna. Loreal ada. Maybeline ada. Silky Girl ada. Banyaklah... Hahaha.. Last-lastnya bedak Pixy nilah yang melekat kat muka saya. Dan saya sesuai dengan bedak ni. Bedak ni saya pakai kalau ada apa-apa function dan keluar jalan-jalan dengan Cintehati
Sebab apa? Sebab bedak ini akan melekat lama kat muka saya. Kulit saya jenis berminyak, jadi Pixy sangat besttt.. Balik rumah tengok kat cermin, maintain lagi you! Tak payah touch-up2. Cara yang berkesan Pixy ni dengan basahkan sponge dia kemudian perah. Lepas tu sapu bedak ke muka. Pixy ni siap sekali dengan foundation. Kira two-way cake la. Best...![]() |
Miyami. |
Ini bedak Miyami. Sekarang ni dua bedak ni memang saya pakai. Kalau Miyami ni pulak saya pakai kalau saya nak ke uptown. Ke uptown mekap taklah beriya-iya sangat. Biasa-biasa aje. Tapi apa yang penting saya memang sangattttt sukaaaa mekappp. Bedak Miyami ni pun best. Ini pun saya beli kat Cosway.
![]() |
Eyebrow. |
Eyebrow ni saya pakai warna coklat. Saya dah takkan pakai hitam selepas saya ditegur baikk oleh seseorang. Dia kata 'siapa ajar ko pakai eyebrow kaler itam?' Hahaha... Start dari tu saya tak pakai warna hitam dah. Saya pakai warna coklat yang agak gelap. Untuk nampak natural. Hehehe. Sebenarnya boleh aje pakai warna hitam untuk kesan yang lebih dramatis. Saje aje member ni buat gempak. Hahaha.. Tapi lepas pakai warna coklat, saya jadi suka pulak. Saya akan pakai warna hitam untuk bawah mata aje. Disebabkan mata saya ni ala-ala bola golf (bak kata kawan saya) dan tersembul, saya pakai bawah mata separuh aje. Jangan pakai full sebab nanti lagi nampak besar. Hmm.. Sebab tu saya tak suka menangis. Kalau menangis sekejap pun mata saya akan bengkak dengan jayanya.~
![]() |
Eyeshadow. |
Part 'mewarnakan' mata ni sangat suka! Saya memang suka mekap bahagian mata. (Iyalah, mata nilah yang buat Cintehati tertawan) Ngek! Hahaha... Pemakaian eyeshadow ni pun kena betul. Selalu saya pakai dua warna. Separuh lain, separuh lain. Dan warnanya ikutlah kesesuaian baju. Janganlah baju merah pakai eyeshadow hijau! Terkejut mak nyah! Hahaha...Untuk eyeshadow saya suka yang shining. Nampak macam ada glitter.
![]() |
Eyeliner. |
Okey! Eyeliner tak mungkin tertinggal. Sebab saya suka pakai. Kalau saya malas pakai eyeshadow sekalipun saya akan pakai eyeliner. Dan eyeliner saya pakai hanya jenis liquid. Saya tak suka pakai eyeliner pensel. Teringat zaman kolej dulu, ada kawan saya suka tengok saya pakai liquid eyeliner ni. Dia kata saya pakai tak sampai seminit. Kalau dia pakai, berjam-jam. Lepas tu nampak comot. Rahsianya, bila pakai eyeliner ni jangan separuh-separuh. Terus pakai sampai ke hujung. Jangan angkat-angkat mata liqiud eyeliner tu. Nanti bila nak sambung mesti comot. Tapi alasan dia, 'Ala.. mata ko besar, senanglah pakai.' Hahaha.. Ada ke salahkan mata saya. Huh... sebenarnya teknik. Lepas tu kalau mahir senanglah.
![]() |
Mascara. |
Mascara ni pakai lepas siap pakai liquid eyeliner tu. Saya suka yang volume. Nampak menyerlah bulu mataku.. Hikhik... Kalau tak nak mascara bergumpal lepas pakai tu, seeloknya sebelum pakai mascara sapu bulu mata tu dengan petroleum jelly macam vaseline tu. Tak pun baby oil. Lepas tu baru pakai. Pakai tu dar dasar bulu mata terus ke hujung. Kalau nak ulang, jangan celupkan batang mascara tu balik dalam tempat dia, sebab nanti mesti mascara bergumpal. Terus aje aplikasi lagi kalau nak nampak tebal. Sebenarnya dua item ni (liquid eyeline & mascara) kena banyak kali prektis (bagi yang tak biasa). Jangan gatal nak buat time kelam kabut dah lambat. Alamatnyaa.. Hahaha..
![]() |
Blusher. |
![]() |
Lipliner. |
Lipliner ni saya pakai hanya satu warna seumur hidup saya pakai mekap. Warna coklat. Lipstick warna pink pun saya pakai lipliner warna coklat. Ala... bukan nampak pun. Lipliner ni just panduan untuk mengaplikasikan lipstick. Selain tu untuk kasi warna lipstick tahan lama. Tak pakai pun tak menjadi masalah bagi saya.
![]() |
Lipstick/Gincu/Bincu. :-) |
Cantikkan Mac punya lipstick kat atas ni? Hahaha... Ni gambar aje ye. Lipstick saya biasa-biasa aje. ;-) Lipstick ni dulu saya takkan pilih warna lain selain coklat. Tapi bila Cintehati kata saya nampak pucat, saya pun pakailah warna lain. Saya pakai warna pink. Merah pun pernah aje pakai. Tapi kejap aje. Bila Cintehati puji lepas tu duk tengok aje bibir saya yang merah tu sampai saya cakap pun kekadang tak dengar, saya takmoh dah pakai. (Seram betul aku). 'Teruja' sangat dia...Untuk para wanita di luar sana, ingat ya, jangan pakai warna merah. Nanti boyfren2 anda teruja susah. Lepas kahwin pakai tak apa. Hahaha... Lastnya saya pakai pink dan coklat. Kadang-kadang saya suka combine. Nampak okey ajer. Hehehe...
![]() |
Loose powder. |
Ini Loose Powder Silky Girl. Loose Powder ni pun pemberian kawan saya. Thanks Uja. Dia kata dia tak pakai dah then bagi saya. Saya okey aje. :-) Lagilah suka! :-) Ini saya pakai lepas habis saya pakai semua-semua di atas. Tujuannya? Untuk mekap kita kekal lebih lama. Dan sesuai untuk kulit berminyak macam saya.
Supliment. |
Akhir sekali, supliment. Amal makan supliment bagus untuk dalaman tubuh korang. Ini yang saya amalkan. Minyak ikan, E-Trienol (khas untuk kulit), Detox Trimm, Spirulina, Chlorella. Plumballs tu saya makan waktu saya sakit perut. Saya hanya akan ambil supliment yang tak memudaratkan saya di masa hadapan. Ini semua untuk kesihatan. Tak mengganggu organ dalaman ya. Jamu sahaja saya tak berani sebab saya belum kahwin. Mak saya kata jangan sekarang. Takut problem pulak untuk mengandung. Lepas kahwin kita memang digalakkan ambil jamu.
Okey!!! Silalah ambil nota-nota penting. Saya kongsikan ikhlas untuk semua. Letih mak nak jawabbbbb soalan-soalan korang. Hehehe...
5 comments:
adik aku pon pakai pixy tuh...hmm, gilalah makeup ko, complete..huhu
pasni bagi tips cara mekap plak..kihkih
ct,
ye ar.. dah aku suka mekap.. hehe..
tips cara mekap yer.. hehe.. nnt la ada masa aku wat..hikhik..
lama tak singgah blog nie tau..huhu
ayumi,
baru je mggu lepas sy singgah sana..;p
Wah nice
Post a Comment