Follower Tersayang

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Datang.... 2011.

Hmm...

Rasanya saya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru... Selamat Datang 2011... Apa yang saya nak untuk tahun ni? Tak ada apa yang saya nak. Cukuplah kalau saya dikurniakan kesihatan yang baik. Dan semoga Allah mengekalkan bakat yang dia pinjamkan kepada saya, yang ak ada pada semua orang. Semoga juga rezeki saya akan bertambah murah untuk tahun ini. Oleh itu, Selamat Tahun Baru kepada semua... Semoga semua sihat-sihat dan ceria selalu tersenyum macam saya.... :-) Ngeeee...



Azam tahun baru?

Saya jarang punyai azam tahun baru. Sebab apa? Sebabnya selagi saya kuat berazam, selagi saya tangguh-tangguhkan apa azam saya itu. Itu pada sayalah... pada orang lain saya tak tahu. Macam orang berazam nak berhenti merokok. Selagi dia punya niat mahu berhenti merokok, selagi itulah dia kuat menghisap rokok. Dengan niatnya di dalam hati, alah... hari ni je. Tak pun, bulan ni aje.. bulan depan dah tahun baru. So bulan ni hisap banyak2.. hahaha.. Sebab itulah kalau ada niat mahu berhenti tabiat buruk seperti itu biar dia surut secara natural. Masih punya niat nak berhenti tapi biar perlahan-lahan. Pasti boleh. Macam itulah saya. Orang lain mungkin lagi berazam, lagi semangat nak capai azam tersebut. Tapi saya tak... Saya memang macam tu. Hahaha...

Apa yang saya nak untuk tahun baru ni? Cukuplah sekadar saya dikurniakan kesihatan yang baik. Lagi satu, minta Allah bagi pinjam lagi bakat menulis yang saya ada, yang tak ada pada semua orang. Harap rezeki saya dimurahkan dan diberkati. Insya-Allah. Saya juga harap kebahagiaan yang saya kecapi dalam pelbagai aspek, akan terus berkekalan. Insya-Allah. Amin,

Jadi, pada kawan-kawan semua. Saya doakan korang semua berjaya capai apa yang korang impikan. Berazam itu bagus untuk menaikkan semangat, betul tak. Walaupun saya tak suka berazam, tak semestinya saya nak KONDEM orang lain yang ada azam. Kita kena hormat hak orang lain. Jangan perlekehkan. Tak baik... :-) Good Luck untuk semua...

No comments: