Follower Tersayang

Thursday, March 10, 2011

Apa Nak Buat?

Impian~Nak ada satu bilik yang penuh dgn rak buku. Tunggu ada rumah sendirilah~
Hai...
Selepas saya hantar manuskrip kepada pihak FP untuk dinilai kira-kira awal bulan Januari, sehingga kini saya duduk aje tanpa buat apa-apa. Sementara menunggu pihak penerbit memaklumkan apa-apa mengenai status manuskrip saya, saya berkira-kira nak rehat dalam sebulan untuk refresh balik otak saya  yang dah hang dengan pelbagai benda. Hahaha... 

Tapi sampai sekarang natijahnya saya jadi malas pulak. Nak berfikir pun lembap aje macam lappy hijau katak saya ni~ Huhaha... Tengok orang lalu-lalang pun tengok2 kosong aje. Mungkin juga sebab saya sekarang ni dilanda macam-macam 'mini problem.' (Maksudnya problem yang saya reka sendiri, problem yang saya fikir sampai ke tahap tertinggi, tak mcm org normal yg lain, problem yang hanya duduk dalam fikiran saya aje.) 

Dalam pada duk menunggu tu juga, saya ada edit2 satu manuskrip  yang dah siap sepenuhnya tapi tak tahu nak hantar ke mana. Ada dua tempat saya fikir molek untuk saya hantar. Tempatnya adalah... rahsiaaaaa... hahaha...

Dan sekarang ni saya rindu nak membaca. Dah lama saya tak beli dan baca novel. Mungkin Popular kat Bukit Tinggi tu dah kurang keuntungan sebab saya tak membeli-belah kat sana. Huhaha... Sebab apa? Sebab saya sedang tunggu Pesta Buku Antarabangsa tahun ni. Setiap tahun pun ada. Dan selalunya pada bulan April. Time tu boronglah satu lori pun. Hahaha.. 

Tapi ni dah tahap kritikal. Saya mesti beli satu~!



Ketiga-tiga gambar di atas ni adalah rancangan kegemaran yang saya tonton hampir setiap hari. Saya memang suka rancangan yang berbentuk game macam ni. Memang leka saya nak tengok. Adakah membantu saya menjana idea untuk mansukrip sepenuhnya? Hahaha... Kau orang jawablah sendiri.


Okeylah... Hujan lebat gila... Nak tidur memang bukan sayalah nak tidur siang. Lagipun saya bangun pun bukanlah pagi sangat. Paling lewat pun pukul 11.00 pagi. Ada urusan yang perlu diselesaikan sampai pukul 1.00 Tengah hari. Huhu..

Jumpa  lagi... :-)

6 comments:

Diari 929 said...

wAH... sukses betuk Cik Hanny ni menulis. Slamat berjaya :)

Hanny Esandra said...

Hahaha...
mekasih wahai Puan Jiha.. baby sihat?? ehehe...

*SaBRiNa * said...

top chef tu best ke?sab tak pnh tgk lg..

Hanny Esandra said...

best sgt... bagi kite la... game kan.. same je mcm the biggest loser.. cume main masak2.. hehe..

CintaZulaikha said...

hamboi jadualll...naf malam nih kita gonjeng chat yer..

Hanny Esandra said...

ct,
marilah bergonjeng~ aku dh on.. tuah sedang online.. aku tanya dia tun teja online tak.. dia kata tun teja sedang tidurkan hang li po.. ahaks..