Follower Tersayang

Tuesday, March 8, 2011

CONTEST - Bahagia Bersama


Hai...

Kali ni entri saya special sikit. Disebabkan saya dah berbaik-baik dengan Cintehati daripada gaduh ala-ala manja, mood saya pun dah okey, jadi saya teruskan perjuangan join contest ni.

Buat pertama kali dalam sejarah saya berblogging selama tiga tahun, saya join satu contest. Hahaha... Nak cerita sikit macam mana saya terjah blog si adik ni. Waktu tu saya nak cari sesuatu, saya tak ingat apa dia, tapi apa yang saya nak cari tu saya terjumpa dalam blog si adik ni. Sekali baca, rasa nak baca lagi, lepas tu dah stuck dan leka baca blog dia. Sampai saya tulis kat status kat FB saya yang saya dah stuck kat blog dia. Saya letakkan link untuk kawan2 saya baca. Hehehe...

Sini

Setiap contest mesti ada rules kan.. so ini rules dia :-
Rules for this Contest:

buat entri pasal contest ni (ini mesti lah kan!) Linkkan URL entri korang ke entri ini. Tajuk entri "CONTEST: Bahagia Bersama !!" letakkan banner contest ini di entri korg n sidebar jugak. (DONE)

follow blog puteri cactus ni..cam biase la kn bile wat contest..nk sng update...(DONE)

letakkan gambar kenangan korang bersama yang tersayang yang korang rasa sangat meaningful! means,gmbr tuh sgt menyentuh hati korang tiap2 kali bila tengok.. details kan ckit kenapa bagi kamu gmbr tu sgt bermakna..sng je kn? =) *1 gmbr jek taw!*(DONE)

lg 1,letakkan gambar korang dgn yg tersayang jugak yang ko rasa kinda funny n buat ko tersenyum bila tgk.hehe samada gelagat masing2 ke...atau gambar candid ke..pon boley...ceritakan sikit nape bg anda funny? hee.. *1 gmbr jek taw!* (DONE)

kalo leh bagitaw jugak nape korg tertarik pd die n dah brape lame korg knl..hikhik sje share..sharing is caring kan? heee (DONE)

dah siap, link kan korg pnye entri kat entri aku neh..sekian... (DONE)

eh eh.lupe nk ckp entry tutup bile.em em em... aku bg mase sebulan lah. dari mula hari ni, 1/3/2011 sampe 1/4/2011 ................ so jgn lepaskn peluang taw!


Nadia & Cintehati
Saya pilih gambar ini sebagai gambar yang sangat bermakna. Sebab apa bermakna, gambar ni menceritakan segala-galanya. Waktu ni kami ke Bukit Tinggi. Dekat-dekat dengan area Genting sana tu. Saya yang terniat nak pergi ke sana. Tapi mulut dia yang berkata-kata. Rasa macam ada telepati pulak. Hahaha.. 

Inilah gambar yang saya rasa sangat sempurna antara kami. Pertama kali saya lihat gambar Cintehati tersenyum manis. (Ghenyeh sebenarnya~) Dan.. ia nampak sungguh sempurna. Saya dah memang tentulah tersengih aje bila bergambar. So, dia ikut cakap saya, saya kata, 'Cuba senyum bila ambik gambar. Tunjuk gigi, macam ni... (tunjuk gigi saya kat dia)~ Dan... ini;ah hasilnya. Waktu ni kami macam pelancong asing aje. Sebab kami aje yang warga Malaysia, yang lain2 semua rambut blonde. Siap tolong kami tangkapkan gambar lagi.

Gambar ni juga bermakna apabila ia menjadi wallpaper laptop saya dan juga wallpaper handphone canggih dia. Huhaha..Bila saya merajuk ke, tak puas hati ke, bad mood ke, saya tatap ajelah gambar ni. Automatik hati panas jadi sejuk kembali. :-)
Bahagia Bersama (Insya-Allah)

Okey...

Gambar ini memang kinda funny. Sebab apa? Sebab tengoklah! Gambar ni telah diedit oleh seorang kenalan tanpa pengetahuan saya dan dia upload di Facebook.  Mentang-mentanglah saya ni sporting. Hahaha... Sudahlah dia upload, dia tagged semua kawan-kawan kolej untuk dipertontonkan.

Kau orang semua pun boleh bayangkan apa jadikan? Berpuluh-puluh komen saya terima. Bermacam-macam gosip saya tak mampu nak tepis. Tak sempat balas komen, dah masuk komen lain. Memang tak menang tangan. Yang buat saya kelakar, ada sorang yang mati-mati percaya. Bila saya terangkan keadaan sebenar pun dia tak percaya. Tak cukup komen kat situ, dia private message pulak kat Facebook saya. Apa yang lagi kelakar, si dia tu pernah menaruh hati kat saya, jadi dia frust bila tengok saya bergambar dengan baby tu. Boleh pulak dia cakap macam tu kan. Hahaha...

Apa pun memang gambar ni sangat kelakar. Si tukang upload tu pun saje nak kenakan saya. ya.. Memang saya dah terkena. Memang saya tak sangka akan kena pada junior saya sendiri. Caption kat gambar tu yang buatkan kelakar (Macam artis2 aje aku). Hahaha...

Okey, sekarang part kenapa saya tertarik dengan dia dan berapa lama saya kenal.

Saya kenal dengan dia 1/11/2010. Itu kenal. Kalau nak ikutkan saya bercinta, 22/4/2011 ni genaplah setahun. :-) Itu pun sebab saya berpindah tapak kat Uptown Shah Alam. Dari Lot B121 ke B127.(Angah, sila betulkan nombor tapak jika saya salah.. :-)) Deret tu aje. Nak dijadikan cerita itulah pertemuan pertama. Sebab tapak saya bertentang dengan tapak dia. Dia buat pengakuan yang dia dah tahu kewujudan saya sejak dua tahun lepas. Tapi dia kata saya tak perasan dia walaupun hari2 dia lalu kedai saya nak pergi tandas. Hehe..

Mula-mula saya memang saya tak cukup suka dengan dia. Sebab apa? Sebab dia seorang yang loyar buruk. Kalau tak kenal dia memang orang tak sangka sebab dia berselindung di sebalik 'wajah suci' dia. Hahaha... Lagi satu, dulu waktu mula-mula kenal, muka dia ala-ala bagus. Macam berlagak. Kak ipar cakap dia hensem, saya ckp kat kak ipar saya balik, hensem ke? (juling mata ke atas)~

Tapi saya mula sedar saya rasa boring dan rindukan loyar2 buruk dia bila dinding dipasang menjadi penghalang untuk kami berhubung. Saya dah rasa yang itulah penamatnya hubungan kami, tapi dia cari saya lagi. Tapi saya tak ada rasa cinta pun lagi. Sampailah satu tahap dia ceritakan kisah sedih dia dengan kekasih dia yang waktu tu hubungan dia orang pn retak menanti belah. Saya sedih dengar cerita dia dan tiba-tiba timbul satu perasaan lain. Puas saya tepis tapi tetap tak boleh. Saya solat Istikharah 7malam berturut2, dan Allah permudahkan jalan saya dan saya pun terima bila saya rasa 2 abang saya nampaknya okey.

Cintehati seorang yang sangat jujur walaupun dia tak romantik (nangis guling2 jap) dalam menceriakan hubungan kami. Tapi dia seorang yang sangat caring dan bertanggungjawab. Mencintai saya sepenuh hati dan tak suka melihat air mata saya jatuh ke pipi kerana dia. *ecececehhh* Lebih baik mencintai orang yang cintakan kita kan. Okeylah Cik Sab, silalah menilai ye... :-)

p/s : Buletin Beringin adalah majalah kecil untuk aktiviti kolej saya (ASWARA). Credit to baby Raif , anak Kak Afna yang saya pinjam waktu majlis perkahwinan Jiha.

7 comments:

CintaZulaikha said...

kahkakah..patutlah kata pic funny tak payah...walawehhh, sumpah gue gelak sokmo..

CintaZulaikha said...
This comment has been removed by the author.
Hanny Esandra said...

hehehehehehe... aku mmg terburai perot la klu tgk..cintehati muka innocent siut..

CintaZulaikha said...

sgt innocent...kihkih

EyNaKiD said...

hahaha nice sgtlah pic dgn bby tu! bikin panasss skhp..heheee ok,thx join ye.stay tune 4 moarrr info~~ =D

Hanny Esandra said...

thanks wahai cik sab.. :-)

Della Fesyen said...

nad..
mcm kenal je baby tu..?
haha