Follower Tersayang

Sunday, April 3, 2011

Simbol Infeksi vs Celcom Kolony?

Simbol yang menggemparkan negara.

Hai kawan-kawan.. Sihat tak hujung-hujung minggu ni? Hehehe... Terasa nak menaip entry sambil menjamah kek batik. Sedappnyeeee... :-)

Kali ini  nak bercerita pasal simbol kat atas tu. Mula-mula sayatak perasan akan kewujudan simbol tersebut. Tapi, disebabkan saya suka menjadi silent reader kepada blog Beautiful Nara, cuma tak meninggalkan komen. Sebab apa? Saya tak nak jadi salah seorang pengkomen yang agak2 sengal di mata saya kerana, mereka yang komen di entry2 tersebut (nak2 entry gosip panassss), lepas tu mereka pula sesama sendiri yang beri komen itu yang bertengkar. Apaaaaa laaaaaa... *geleng kepala*

Okey kembali kepada tajuk!

Selepas baca mengenai simbol misteri itu, saya pun turut tertanya-tanya. Apa benda semua ni. Rasa takut pun ya jugak. Teruja pun ya jugak. Manalah tau kut2 gosip yang mengatakan virus akan menyerang dunia tu betul? Atau efek dari letupan loji nuklear tu? Walaupun saya tak taulah perkara tu ada kena-mengena ke.. tapi itulah sesetengah orang yang bercakap. Mungkin semua orang mempunyai imaginasi terlampau kut. Hahaha..

Saya pun tak pandai nak menterjemah simbol ni. Tapi terlalu banyak kaitan yang membuatkan saya jadi rajin nak menjadikannya entry kali ini. Baru-baru ni 31/3/11 saya selak surat khabar Harian Metro. Saya ternampak simbol tersebut! Uisshh.. Apa benda ni? Berkerut-kerut dahi saya. Saya selak ke muka surat seterusnya, pun ada jugak! Huyoo.. berjaya menakutkan saya. Hahaha..

Tengok video ni.


dan ini...



Hehehe...

Orang kata video kedua tu boleh di edit. Tapi entah... Saya tak pandai dalam bidang-bidang ni. Saya cuma kongsikan kepada semua pembaca. 

Tapi... Ada orang kata juga ia adalah promosi daripada Celcom. Betul ke? Namanya Celcom Kolony. Kalau betullah ianya promosi daripada Celcom, memang Celcom dah berjaya membuatkan semua pembaca, penonton, jadi teruja dan sangat-sangat ingin tahu. Ada juga kata nak hempuk aje Celcom sebab buat dia macam tu. hahaha.. Saya pun ada juga rasa macam tu. Sikit laa...

Cuma saya tertanya-tanya, kalau Celcom punya kerja semua ni, banyak betul pengaruh dia ya? TV pun ada menayangkan iklan simbol misteri ni tau. Surat khabar pun ya. Dan paling banyak adalah pengguna Celcom dapat mesej yang mengatakan:- “nantikan satu efeksi yang akan merebak ke seluruh negara.” Flash SMS yang tak masuk inbox, tapi hanya paparkan sekali aje. Ada kata alien @ makhluk asing punya kerja.  Hoi jangan main2, takot ni tau tak!! Bongok!

Ada kata gambar-gambar yang ada simbol tu sebenarnya telah diedit. Macam boleh jadi juga. Dan sangat hebat betul  sebab semua pun berkonspirasi dalam menjayakan iklan tersebut. huhhh..

p/s : Ada kata benda ni akan reveal 6 april. So tunggu je la..

7 comments:

CintaZulaikha said...

apa tuh???cam serius jek..

Hanny Esandra said...

ala.. mcm infection amende tah.. org kata propa je.. tatau la..

chia-chia fashion. said...

bikin saspenkan..celcom rupanya.tajam2 macam senjata ninja..hheheheh

Fendi BL036 said...

ini kes Celcom la nih...mcm dulu dia org ada pernah buat pasal Celcom In A Cube...seluruh Malaysia gempar siap masuk TV3 lagi...rupa2nya Celcom punya iklan...

Hanny Esandra said...

celcom mmg jahat..... huuuuuu...

JeeMacey said...

hai hanny..serius tak pernah tgk simbol ni.buat suspen je celcom ni...;)

Hanny Esandra said...

kat tv pernah tgk tak? saya ada nampak sekali. fuhh.. agak2 teruja jugak.. huhu..