Follower Tersayang

Tuesday, June 28, 2011

Hanya Kerana Seekor.....

Tak sanggup nak letak gambar beruk betul2 dalam entri saya

Beruk! 

Ya! Hanya kerana seekor beruk saya berselisih dengan Cintehati. Uuuuu.... (Taknak kawan dia sehari!!)~ Hari Ahad lepas macam biasa rutin harian keluar berdating2an..~ Nak2 pulak family tak ada kat rumah jadi bosan melanda. 

Hari tu kiteorang pergi pasar pagi kat Stadium Shah Alam. Jam 9.00 pagi kami dah terpacak kat sana. Lama betul tak pergi! Teruja sungguh.

Lepas ke sana kami ke Jusco Bukit Tinggi. Cintehati kata balik rumah pun bukan ada sapa, jom tengok wayang! Oh.. Bestnya! Hehehe... Hari tu best sangat! Penuh dengan gelak ketawa... Bergurau sana sini... Memang terasa dunia ni kami yang punya. Ahhaaii.. :-)

Kiteorang tengok movie ni... :-

Syok woo.. Lagi2 tgk 3D..
Sangat best cerita ni bagi saya. Mula2 terasa nak cakap kat Cintehati, best ke citer ni? Oleh kerana saya sangat memahami 'jiwa remaja' tunang tersayang, saya diamkan ajelah. (Lagipun dia yang bayar~ hikhik). Lepas tengok wayang mestilah nak makan kan. Sayaajak aje makan kat JJ Bukit Tinggi ni. Tapi Cintehati takmau, sanggup nak ke mcd seksyen 26. (Saya tau dia risau saya tinggal sorang2.)~ Jadi kami pun buanglah masa sampai ke petang. 

Dah petang tu saya pun nak baliklah. Sebab saya ngantuk sangat! Saya nak rilekslah kejap sebelum ke uptown malam tu. Tapi dia ajak saya ke kedai jual binatang kat Seri Muda. Situ boleh dipanggil mini zoo. (Tau aje dia 'pancing' saya~) memang sukalah saya nak ke sana. Sebab apa? Sebab saya rindu nak main-main dengan dia ni....:-

Rakun! Sangat jinak okey~

Suka main-main dengan rakun ni! Dia makan frieskies aje... Dia suka orang datang main-main dengan dia. Bila saya main-main dengan dia, dia duk raba -raba kita. Pegang tangan saya. Pegang kaki saya. Pegang beg saya. Comel! Saya cakap Cintehati, saya nak dia! Saya nak bela dia! Tapi Cintehati tak kasi...:-( Macam mana nak kasi kalau harga dia RM4000??? Hahaha...

Kemudian, balik. Sampai depan rumah, saya nak turun. Lepas tu dia kata eh, cepat2 masuk dalam rumah, ada beruk! Saya tengoklah mana beruk tu? Saya nampak ekor aje. Takutlah kan! Kau orang semua mesti pernah dengar macam2 kes pasal beruk ni. Ada bayi pernah kena kokak (gigit) dengan dia.

Dipendekkan cerita, saya pun rileks2 atas katil sambil tunggu Cintehati call. Tapi mata saya makin lama makin layu. Masa tu Jam 4.00 petang. Saya tak sedar yang saya silent phone sejak dari dalam wayang lagi~ (Ok~) Saya pun wassalam~ 

Tiba-tiba terbangun. Tengok jam 2 minit lagi jam 5.00 petang. Tengok henfon okey ada 13 missed call. Kelam-kabut saya call dia.

Tunang : Ha! Mana pegi call tak angkat2?! (Marah noksss~)
Saya    : Sorie. Tertidur. Henfon pulak silent. 
Tunang : Abang call nak dekat 30 kali! (Tipu! Baru 13 kali~) 
Saya    : Sorielah.
Tunang : Abang dah sampai kat simpang Alam Impian ni, kut-kut jadi apa2 kat awak! 
Saya    : Ha?? Alamak... Sorie kehhhh.. 
Tunang : Ha! Takpelah. (Pap!) 

Letak telefon. Oh.. menangis hatiku~

Malam tu saya tanya lagi. Kenapa marah saya? (Konon nak tunjuk protes.) Masa dalam kereta otw nak ke uptown sepatah haram tak bercakap. Hahahah! Padan muka aku! Lepas tu dia pun cakaplah. Dia risau, sudahlah saya tinggal sorang, kalau ada mami dengan abah dia tak risau sangat. Pelik sebab saya tak angkat phone. Dia tak sedap hati. Salah satu sebab fikir beruk terlepas tu. Lagi satu fikir saya tinggal kat kawasan banyak 'areng.' Hahaha.. Apa lagi, dia start kereta pecut ke rumah saya. Sampai kat simpang Alam Impian, saya pulak call. Apa lagi~~ Kenalahkan....~ 

Sekali fikir, rasa cam kelakar sangat. Dua kali fikir rasa terharu sebab tak sangka dia risau sampai macam tu sekali. Tiga kali fikir rasa bersalah dengan kecuaian terlupa nak turn to normal kan henpon balik. Ngaaa!!

Sekarang ni pendapat kau orang, siapa yang bersalah??? 

Beruk atau henpon??? Lalala~

p/s : Salah sendiri pergi salahkan beruk dengan henpon pulak~

4 comments:

Atie iskandar said...

wah! bestnye kak.. jeles ok, tung akk caring habis! cmne ley ade beruk terlepas kak??

uja said...

Aku slalu kene camni..
Kene marah sbb x dengar bunyik phone..huhu ;(

Hanny Esandra said...

atie,
hahaha.. takyah jeles lah.. akak kena marah lg adalah.. itulah.. tp beruk tu skang dh takde.. mana pegi tah..

Hanny Esandra said...

uja,
kan??
adehhhh...bukan aku sengaja powwnn..