Follower Tersayang

Saturday, July 23, 2011

Cerita Pak Cik Saya & Hospital...

Hai semua kawan2..

Hari ni baru ada peluang nak bercerita kisah minggu ni. Kira minggu ni ada kisah yang boleh kita manfaatkan sama2. Ini hal pak cik saya. Pak Uda. Adik mak saya yang no. 5. Kenapa dengan dia? Kakinya patah. Hmm... Masa dapat berita tu dah petang, waktu tu Mak Uda yang called mak saya. Mak Uda kata, Pak Uda masih lagi di bahu jalan laluan motor dekat area stesen minyak nak ke Subang Jaya. Dia tengah tunggu ambulan sampai. 

Kita orang nak pergi pun hari dah petang. Jadi tunggu berita ajelah. Keeseokannya, kami ke hospital dalam tengah hari waktu lunch hour. Sampai ka HTAR Klang, satu lagi masalah. Gila penuh hospital! Parkingnya Ya Rabbi.. Sesak. Sempit. Parking memang dah sedia kiri dan kanan, eh boleh pulak tuan2 punya kereta ni parking lagi kat tengah2. Wut the.... Saya ni sudahlah pemandu yang 'segan.' Sempit gila. Saya dah give up malas nak cari parking dah. 

Dan2 abang saya call. Okey. Mungkin dia tahu adiknya ini seorang yang 'berhati2.' Dia monitor saya dari tingkat 5. Pandaikan dia~ Saya dah suruh mak saya cakap kat abang saya, suruh dia tolong parkingkan. Tapi ternyata dia lebih bijak~ So, dialah yang 'carikan' parking dari tingkat 5. Bila ada kosong, dia suruh saya gerak, kanan sikit-kiri sikit-terus-masuk kiri-sebelah myvi-, oh tak jadi! Sebab saya tak boleh nak lajakkan kereta untuk parking kosong yang betul2 sebelah saya. Sebab kat tengah2 jalan ada parking sebaris yang dia orang pandai2 buat sendiri! Sikit lagi okey saya nak gesel Myvi kelabu tu.

Monitor saya tu suruh jalan ke depan lagi. Okey. Ada parking. Yang ni senang sikit. Saya pun parking dengan senang hati. Saya tengok sebelah myvi tu ada Proton Saga parking. Tapi gila punya senget! Sebab memang sempit. Orang sesak. 

Saya keluar kereta pun tangan dah menggigil. Bab parking memang fail. Nak2 yang sesak macam tu. Kalau ada van ambulan lalu, nak tnggu saya parking kereta, orang yang sakit dalam van tu gerenti dah...... hmmm..

Kemudian, 

Cerita hospital pulak. Kalau anda2 semua nak tau, saya adalah manusia yang takut dengan hospital, doktor, nurse dan yang sewaktu dengannya. Jejak kaki kat ruangan hospital, secara automatik dada saya berdebar2. Padahal bukan saya yang sakit pun. Memang seumur hidup saya dan buat masa ni, tak pernah masuk hospital. Kecuali satu hari nanti. Bersalin. Sakit di kemudian hari pun kita tak tahu kan. Sebab itu kalau boleh saya mengelak ke hospital. Saya tak boleh tengok orang yang kena tolak dengan apa namanya katil tuh. Haa.. Orang yang berbungkus sana-sini. Bau ubat-ubatan lagilah. Hmm.. Saya kesian. Kesian sangat mereka yang sakit tu.

Sampai tingkat 5A Wad Patah. Sampai2 je abang saya kata, 'huh! Parking senget!' Helemekk derrr.. penat aku pulas stereng tuhh.. bagilah pujain..~hahaha... Kemudian saya terpandang katil yang bertentangan dengan katil pak cik saya. Huuuuuuhhh... Kaki dia bengkok! Besi membulat keliling kat kaki dia. Lebam2 saya tengok kat kawasan kena pasang besi tu. Aduiii mak!!! Saya terus pandang tempat lain sambil kerut muka, tutup telinga. (habit saya kalau ngeri) Lepas tu tak ada saya pandang2 dah. Kesiannyaaa.. patah macam manalah kaki dia tu agaknya. At least pak cik saya balutan kemas. Tak patah mana2 pun. Cuma, sendi lutut penyambung ke tulang kering tu tercabut. (Diharap doktor tak masuk blog saya ni~Kalau tak dia nanges dengan cara saya terangkan~)

Hahaha! Pak cik saya boleh balik hari tu. Jadi sayalah bertanggungjawab bawak pak cik saya balik. Paham2lah bawak orang sakit. Bawak kereta pun 40km/j. Mak saya kata, selalu saya tak pernah slow bawak kereta. (Sebab tu ada india mendarat atas bonet kereta~) Lalala~

Jadi saya dan mak sayalah menguruskan pak cik saya bawak balik. Tinggal seharian kat rumah saya. Sebab rumah pak cik saya flat tingkat 5. Huhahaha..

Punca kejadian?

Hmmm... Ada anjing 7 ekor main sep2 tum2 kat laluan motor. Yang 5 tu pak cik saya sempat elak. Yang kat depan ada 2 ekor lagi. Tu yang tak dapat nak elak. Jadinya Pak cik saya seret anjing tu. Mati you anjing tu! Anak pak cik saya si Shafi, sempatlah jatuh sambil peluk anjing tu. Ekekekek... bab tu kelakar! Nasib anak dia tak ada apa2.

Malam tu, ada orang yang biasa handle bab patah mematah ni. Dia nak betulkan kedudukan kepala lutut yang lari tu. Hahaha.. Kejadian jerit-menjerit ni tak dapat saya sasikan sebab saya kerja~ Rugi sungguh! Mak saya kata menjerit melolong2 pak cik saya.

Mangsa adalah yang boo-tak itu ya..~


Fuh... Itulah kejadian yang dapat kita jadikan iktibar. 

p/s : Berhati2lah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang.

7 comments:

cahayabintang said...

akak,kite suke pergi hospital dpt usha doktor handsome! haha..

Tp kan,mmg lah tak suke nak pergi hospital klang,tak pernah nye surut manusia dkt situ. Parking pun kecik,byk burung gagak lagi. haha..

Hanny Esandra said...

amboi...
nqk usha doc aje ehh.. akak klu dh seraamm tak pandang dah doc tu hensem ke, cute ke.. huhuu..

burung gagak mmg la x dinafikan. mmg hsptl klang x prnh surut.. tmpt sempit.

anaztasias nora aira said...

hiiiii penah nampak la nove tu. penulis ek hehehe :) jenjalan sini

nora
http://norapurplebridez.blogspot.com

Hanny Esandra said...

nora,
yerp.. penulis jalanan jee.. ;)

jee yunus said...

hanny: oklah..atleast boleh jugak bawak kete walaupon segan2..sy ni lesen dh renew tp bwk kete smpi skrg tak pandai...malu tau..hehehe

Hanny Esandra said...

eh..apa pulak..cik jee lg hebat tau..bwk keta kt KL.. sy nak masuk KL bwk keta? ngeeee.. ngeri..

Caythrine Amanda said...

uiks...penulis jalanan..?