Follower Tersayang

Tuesday, July 26, 2011

Mari Sucikan Diri...

Hai Assalamualaikum kawan2.. :)

Hehehe...

Tajuk kali ni nak sentuh pasal bulan puasa. Bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu2 oleh semua umat islam. (Saya haraplah!~) Selain kita berpuasa, masa inilah permulaan setiap kali untuk mensucikan diri. Berlipat kali ganda pahala yang kita akan dapat apabila membuat sebarang kebajikan. Alhamdulillah. 

Nak-nak pulak kalau kita kerjakan Solat Tarawikh, setiap malam ada ganjaran yang tersendiri. Lepas tu kita tunggu pulak malam 7 likur. Huuu.. Kan best bila kita dapat menilai ganjaran tu semua. Bersahur dan buka puasa, bukan ke itu satu cara juga untuk mengeratkan silatur-rahim antara keluarga, sanak-saudara ataupun kawan2. 

Setiap tahun pun saya berazam untuk mensucikan diri dan sedikit demi sedikit untuk berubah ke arah kebaikan. Bermua dari segi amalan. Kemudian dari segi sahsiah rupa diri. Setiap tahun akan saya cuba untuk lakukan perubahan. Dan Alhamdulillah, kalau tak banyak, pasti ada. 

Kalau saya berkahwin, lagilah saya akan berubah dan sampailah saya jadi muslimin yang sejati. Insya-Allah. Saya tidak bersekolah agama yang rata2 sebaya saya bila waktu sekolah kebangsaan waktu petang, mereka akan bersekolah agama di waktu pagi. Kalau sekolah kebangsaan pagi, sekolah agamanya di waktu petang. Saya juga tidak pernah menjejakkan kai ke sekolah pondok. Saya juga tak penah masuk sekolah tahfiz. Pelajaran agama yang saya dapat hanya di sekolah, di rumah dan tempat mengaji al-Quran. :-) Tapi saya bersyukur, saya masih berupaya mengenal huruf jawi. Saya sudah khatam al-Quran dua kali. Saya tahu di mana harus berhenti, di mana harus didengungkan, di mana harus diqalqalahkan, di mana harus dipanjangkan, di mana itu, di mana ini, dsb. Alhamdulillah.

Tapi kalau dah namanya ilmu, memang tak akan sudah untuk menuntutnya. Buku2 agama saya beli. Separuh disimpanan saya, separuh saya beri kepada tunang tersayang. Baca, faham dan praktik. :-)

Saya tak mahu janji yang muluk2. Tapi kalau kita punya impian apa salahnya kalau kita kongsikan, betul tak. Saya mahu merubah penampilan diri bila berkahwin. Insya-Allah. Kalau boleh dari sehari ke sehari mahu jadi lebih baik. Sekarang pun sikit2. 

Terutama soal aurat. 

Saya tak kata saya ni baik. Saya juga manusia yang perlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga ada sikap malas. Saya juga kadang2 pakai lengan pendek 3 suku. Pakai baju atas punggung. Ke kedai dalam taman pun tak pakai tudung. Ya. Saya mengaku. Tapi sekarang koleksi pakaian dah banyak bawah punggung..heee..:-) Tunang pun suke.. I pun suke.. (Gatal~) Dah tak ada sailormoon style. Apa dia fesyen sailormoon? Dress paras bawah punggung. Ropol2. Riben2. Tali ikat belakang. Lepas tu pakai dengan seluar. Hahaha.. Mula2 kenal dengan si dia, dia kata saya pelik. Oh.. Bukan saya yang pelik, tapi dia yang old school bebeh! (Bercinta dengan org tua! Mana faham jiwe mude remaje.. ahaks!) Tapi sekarang dah banyak kemeja. (Sedang usaha kumpul). Tanya si dia, dia kata okey. Mana yang nak buat untuk  benda baik, dia ok. :-)

Sebut soal aurat. Saya terfikir, esok2 saya dah kahwin. Saya kena jaga aurat dengan adik ipar lelaki saya. Saya selalu tengok Kak Long saya. (Kakak Ipar). Dia tak pernah tunjuk rambut bila abang kedua saya ada. Saya jadi terfikir. Saya nak hidup lama dengan tunang nanti. Mesti saya akan berjumpa dengan adik2 ipar yang lelaki.Takkan setiap kali nak kumpul dosa aurat. Baru bab aurat. Bab lain? Ngaaaa.. Suami akan tanggung dosa kita kan nanti? Tapi persoalan kat sini, boleh tak saya konsisten? Hmmm...

Apa yang pasti, kita kalau nak berubah, biar berubah untuk lebih baik. Bukan berubah untuk yang tak baik. Saya nak belajar, bukan terus berubah secara drastik. Jadi ada perbezaan di situ. Saya nak bergaya tapi masih menutup aurat dengan betul. Walaupun saya tau sekarang ni nilai wanita bertudung di mata orang sudah mula menjunam ke bawah. Sebab apa? Sebab dialog seperti ini buat saya malu :-

"Alah, perempuan pakai tudung pun dah tak boleh percaya sekarang ni. Kadang2 perangai ada yang lebih teruk dari yang tak bertudung. Perempuan semua sama aje." 

:-( Sedihkan? 

Ingat saya tak teingin ke nak macam ni :-

Nak macam ni satu hari nanti. Jangan tanya bila. (Gambar ambil dari google. Minta dihalalkan. Saya hanya ambil utk kebaikan.)

 p/s : Semua itu kehendak Dia. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.

7 comments:

jee yunus said...

ci hanny.ramadhan pun dh dekt.mari kita sama-sama rebut ganjaran nye.bila ramadah smpi,sy terasa sy sgt kerdil...

CintaZulaikha said...

selamat menyambut bulan puasa dalam dan berusahalah menjadi muslimin yg sejati...aku pon nak berubah...waduhhh..ayat sehh~~

Hanny Esandra said...

cik jee n ct,

jom2.. mari ler sama2 menyambut ramadhan ni.. :)

RaRa said...

nad..terbaik...
i luv u!

Hanny Esandra said...

kak afna,
hehehhe.. i luv u 2..

Mamachia said...

moga bulan ramadhan ni kita bole berubah jadi lebih baik dari semalam..

Hanny Esandra said...

mamachia,
amin ya rabbal-alamin...