Follower Tersayang

Monday, July 11, 2011

Saat kau lihatku, Ku terasa ayu~

Hai kawan-kawan. 

Saya nak cerita perkara ni dari minggu lepas. Tapi asyik tertangguh aje. Malam ni ada peluang, saya nak ceritalah. Minggu lepas saya ke Alamanda, Putrajaya. Biasalah.. kami ni ada share holding dengan tokey Alamanda tu. Hahaha... 


Masa jalan-jalan tu, tengok kat ruang legar ada promotion pack Enchanteur. Saya tak pernah langsung try produk ni. Kalau kat iklan tu sukalah saya nyanyi. Masa pergi tengok, ada promoter tu beriya-iya terangkan kat saya. 
Saya suka kotak dia. Isi dalam tu bukan saya punya~ ehsan gugel.

Cintehati pun macam ala-ala bagi greenlite aje. Saya tengok kotak set yang dia dah siap-siap buat. Ada perfume, lotion yang baru release tu, deodorant dgn satu bedak free. Saya try perfume dia wangi jugak. Dia pun bagitaulah ada 3 minyak wangi yang Paris punya tu. Warna purple untuk pergi keluar malam pergi dating atau hang out dgn members (ini promoter yg peramah nk mati tu ckp.) Warna pink kalau pergi shopping. Kuning pulak kalau kat office. Tempat kerja. Hahaha... Saya suka pink. Cintehati suka purple. Agak2 warna apa saya pilih? Hmm.. Purple la... ~ Keluar pn dengan dia. Yang nak bau wangi pn dia. Dialog antara kami :-

Cintehati : Wangi jugak. Belilah. Baru wangi sikit. Ini tak wangi pun. Tak $&#*^?@! tau...(18sx pulak~) Nasib baik tak bau tengik! 
Saya : Melampau! (Pukul dia!) 
Cintehati : (Ketawa.~) Ambik pepel ni. Kuat sikit bau dia. 
Saya : Pink pn wangiiiii...~
Cintehati : Pink ambik lotion. 

Hmm.. Jadinya perfume saya ambik purple. Lotion, deodorant saya ambik pink. Wangiiiiii tauuuu! 1st time pakai barang Enchanteur jadi agak batak sikit. Sebelum ni duk pakai body shop yang Japanese Cherry Blossom. Yang mahal2 ouhh.. tak mampu akak dek non. Tak kose nak layan nafsu nak beli perfume yang harga beratus2 tu. Jadi pakai Enchanteur ni bukan nak tipu la, memang wangi. Memang betul amoi tu kata tahan lama. Melekat bau kat baju. Besttt!!

Lotion dia yang baru tu pun wangi sangat2. Memang tahan lapan jam. Memang "Saat-Kau-Lihatku-Ku-Terasa-Ayu" la... Ishh.. memang salah satu idea untuk barang hantaran kut.~ Beli semua kejadah produk dia pastu hias cantik2. Sebab nak beli benda yang saya pakai, yang saya suka. 

Yang paling saya suka, deodorant. Selepas berpuluh-puluh deodorant yang pernah saya pakai, hampir kesemuanya merosakkan baju saya terutama di bahagian ketiak. Habis warna kuning2, tak pun keras kat kawasan tu. Tapi saya dah tak sentuh langsung jenis roll-on tu. Saya selalu pakai spray.

Sebelum saya cakap lagi, amoi tu tau dah masalah roll-on. Dia kata, deodorant ni dia jamin takkan jadi macam tu sebab benda yang jadi macam tu adalah disebabkan penggunaan alkohol dalam deodorant tersebut. Hmm.. amoi ni nampaknya buat homework jugak pasal masalah2 yg sering dihadapi customer. Bagus.

Saya try deodorant. Memang wangi saje bahagian itu~ Hahaha... Lepas tu memang anti-peluh. So segar sepanjang masa. Tak melekit. Besttt..

Saya dengan excited isi borang contest yang Enchanteur anjurkan. Kena isi tak lebih dari 15 patah perkataan kenapa saya memilih Enchanteur. Saya pun menggunakan bakat saya sepenuhnya dan karanglah kata2 ikhlas yang keluar dari dalam jiwa. ~Eceeehh..

Kalau menang dan kalau sangat2 bertuah dapatlah makan malam romantis dengan pasangan di Kota Paris. Hahaha.. Berangan lebey~ 

p/s : Tetap suka pink. Pasni nak beli!

4 comments:

uja said...

same la kite..
x de nyer nak beli perfume mahal2..
kalo dah bucuk tu bucuk gak kan..kekeke

Hanny Esandra said...

kikikiki...
betul gak tuh uja.. :)

jee yunus said...

sy suka enchanteur charming...wangi...

Hanny Esandra said...

yess.. ada geng yg suka enchanteur..hihihi..nnt sy try pulak charming tu..