Follower Tersayang

Friday, August 12, 2011

Betul Ke???

Hai kawan2.. 

Macam mana puasa hari ni? Semua okey ke? Hehehe...Alhamdulillah kalau semuanya berjalan lancar. Dugaan tu biasalah, hari2 pun ada. Bukan bulan puasa pun ada. Yang pentingnya macam mana kita handle dugaan tu. :-) 

Bulan puasa ni saya rasa kurang aktif pula nak bercerita kat blog. Mungkin letih berpuasa kut. Hahaha...Tak ada kena-mengena pun..~ Lagi pun saya tak tau apa nak cerita. Nak cerita aktiviti harian, setiap hari sama aja. Nak cerita kisah peribadi dengan si dia, rasanya nanto orang mudah borink. Nanti kut ada yang cakap "Eleh, macam dia aje ada pakwe~" Ngehgehngeh..

Kalau ada cerita yang best2 nanti saya cerita kat sini ya. Hari ni terpanggil nak bercerita satu fakta yang saya sendiri tak tau sejauh mana kebenarannya. Pernah tak kau orang dengar statement macam ni ;-

"Ha.. ketawa la banyak2 hari ni, nanti esok menangis.."

Hmm.. Kadang2 ada jugak betulnya. Sebab saya sendiri mengalaminya. Kalau hari ni saya hepie sangat2 ketawa sampai keluar air mata, kalau tak esok, lusa saya mesti sedih sampai menangis2. Tak kira la apa situasi yang membuatkan kita bersedih tu. Hehehe... Saja nak kongsi dengan kau orang kalau ada yang megalami. Sharing is caring aite~ sambil2 tu kita berkongsi info.

Macam ni, semenjak di astro ada tunjukkan tayangan pratonton Saluran Pelangi 141 dan Saluran Bintang 142 dalam Indo Pek, saya pun tengoklah. Kalau 142 tu banyak tayangkan movie, kalau 141 tu macam drama, sketsa, ceramah, gosip2 selebriti, macam2 la.. Best memang best tapi tak adalah sampai nak langgan. Bukan saya tengok TV sangat. Saya tertarik satu sketsa/komedi. Tajuknya Opera Van Java. Memang boleh gelak guling2 la kalau tengok! Memang ketawa tahap keluar air mata. Nak terkencing pun ada. Memang sangat bersahaja lawak dia orang. 

Opera Van Java ni sejenis sketsa selama 1jam yang ditayangkan kat Indonesia. Idea dia adalah pertunjukan wayang orang / wayang wong versi moden. Dalam cerita ni mereka akan diberi tajuk cerita dan mereka kena improvisasi sendiri cerita itu tanpa dialog disediakan. Tapi mereka dikawal oleh seorang Tok Dalang yang akan bercerita dan mereka melakonkan. Memang berat tugas Tok Dalang ni sebab dia kena kawal pelakon2 yang selalu over! Buat lawak gila2. Kadang2 tersasar dari cerita yang patut dilakonkan. Memang kena kawal diorang ni. Best Gila2.Rasa nak langgan aje semata2 nak tengok OVJ. Unik sangat! Nampak sangat ada chemistry antara pelakon2 tetap. OVJ juga akan jemput pelakon undangang. Lepas ni tengok youtube ajelah kalau nak tengok OVJ. 


Tapi, sahur tadi, saya tengok pula ceramah dari Indonesia jugak. Tajuknya Islam Itu Indah. Tajuk tak sempat nak tengok tapi saya rasa pasal taubat nasuha. Ustadz ni memang kelakar habis! Serius, tak tipu! Dia berceramah memang kelakar. Tapi ada satu part sedih. Dengan muzik, lepas tu konsep dia memang sangat dekat dengan penonton yang ada. Contohnya dia berdiri dan di kelilingi para pendengar. Diapergi kat satu penonton, dia suruh penonton tu ikut apa yang dia cakap. Rupanya dia berdoa dan suruh penonton tu ikut. Serius menyentih perasaan bila dia merayu2 menangis2 minta keampunan dari Allah swt. 

Time tu membuak2 air mata keluar. Nasib jugak time tu mak dan ayah saya kat dapur. Terasa banyaknya dosa saya. Adakah Allah akan ampunkan ya? Hmm... Layakkah saya ni diampunkan? Adehh.. Bergenang2 air mata ni. Tapi bagus jugak ada ceramah macam tu. Boleh kita semua muhasabah diri kan? Tapi konsep dia sangat unik dalam cara dia menyampaikan dakwah tu. Tak adalah mendatar atau klise macam ada studio, penceramah duduk berbaris, penonton di depan. 


Itu baru satu contoh. Sebenarnya dah banyak kali statement di atas tu menjadi satu realiti dalam hidup saya. Bila hari ni saya hepie sangat2, bergelak ketawa dengan kawan2, esok lusa kalau tak saya, kawan2 pula yang ditimpa berita sedih. Kalau dengan Cintehati pun macam tu. Dia yang selalu cakap, "Kita ketawa2 hari ni, kang esok nangis." Hahaha... 

Hmm.. Kau orang pernah tak? Cer citer~ Cer citer...~

p/s : Kalau ketawa tu kena beringat2...

2 comments:

JeeMacey said...

tgk ketika cinta bertasbih tak?...byk unsur keagamaan...cinta pada Allah.insaf jugak tgk cite tue..

Hanny Esandra said...

cik jee,
tengok..drama bersiri tengok, movie dia dua2 tu pn tngk.. :) teringin nak jd mcm tu..