Follower Tersayang

Thursday, September 1, 2011

Dugaan Penghujung Puasa

Hai kawan-kawan...

Rasanya lama betul tinggalkan blog. Sampai dah dua hari raya dah. Bukan apa, bila penghujung2 puasa tu dugaan datang pula bertimpa2. Entri sebelum ni pun pasal saya demam. Ingatkan demam sikit2 yang macam biasa tu. Rupanya demam teruk jugak sampai suspek Denggi. 

Waktu tu saya serentak demam dengan mak saya. Demam pun secara tiba-tiba. Tak ada tanda-tanda demam macam biasa. Apa yang saya ingat, bila remang senja aje saya dah seram sejuk. Memang dah macam hantu bungkus. Badan sakit2. Saya gagahkan juga pergi uptown malam tu, Dah la nak raya, confirm customer ramai gila. Sayang la kan kalau tak pergi. 

Tapi esok siang tu saya okey aje. Sihat seperti biasa. Tapi bila nak malam tu dia datang serang. Kali ni memang saya tak tahan. Terus saya mesej abang saya kata saya tak larat nak pergi uptown. Pergi berbuka pun sebenarnya tak ada selera. Mak saya lagilah teruk. Jadi kitorang decide pergi klinik.Saya ingat malaslah nak check. Mak saya aje cukuplahkan. Tapi kena jugak. Bila check suhu saya 39 darjah celcius. Mak saya kena ambik darah. Maybe panas sangat kut. 

Lepas check, esok saya dah okey sikit. Mak saya makin teruk. Tapi sama macam saya,  bila siang okey. Bila makan ubat lagilah okey.. Tapi bila malam aje, dia buat hal. Saya pun dikuarantinkan dari pergi uptown. Dah la lusa saya nak jalan shopping raya dengan Cintehati saya. Huhuhu... Jadinya saya kenalah jadi budak baik dan makan ubat. 

Waktu hari Sabtu tu, mak saya makin melarat demamnya.. Tak kebah2. Persiapan raya satu apa kitorang tak buat lagi. Say dah tak rasa nak raya pun. Biarlah tak raya pun tak apa asalkan mak saya sihat. Tapi dia kena pergi hspital pulak. Saya pun dah tak ada mood nak pergi beli baju raya. Tapi mak saya suruh jugak pergi. Shopping raya hari tu pun tak best! Sebab susah nak matchkan kaler baju melayu si dia dengan baju yang saya nak beli. Saya pun capai ajelah apa yang ada. Shopping tapi hati ke lain susah jugak. Saya rasa nak balik aje. 

Lepas shoppingm saya terus call rumah, mak saya yang angkat. Dia baru lepas makan ubat lepas tu nak tidur. Saya pun lepas berbuka memang terus balik. Tak ke uptown pun. Kali ni saya makan nasi waktu berbuka. Disebabkan sahur saya tak makan nasi sebab tak ada selera. Kenalah berbuka dengan nasi. Memang kenyang gilerlahh! Menunya?? Hmm...:-

Saya suka duduk menghadap kolam pancing ikan ni.
Muka orang sakit.
Ikan Siakap 3 Rasa.
Telur Bungkus. (Feveret saya.)
Udang Goreng Tepung. (Feveret Cintehati.)
Kailan Ikan Masin.
Ni bakal adik ipar. :)
Orang Sakit Dah Kenyang.
Sayangkuu!! Merangkap Tukang Bayar~ Lalala..~

p/s : Makan nasi waktu berbuka rupa2nya mengantuk tahap Gaban! Huhh...

2 comments:

jee yunus said...

hidup ni selalu dipenuhi dgn dugaan, supaya kitab beringat...

Hanny Esandra said...

cik jee,
tu la.. hmm.. msti ada hikmah di sebalik ni semua.. :P