Follower Tersayang

Monday, September 19, 2011

Patah Hati~



Ehem2.. Kawan2 apa khabar? Sihat ke? Hehehe...
Hari ni terasa nak cerita kisah silam disebabkan kelmarin ada seorang hamba Allah terjumpa saya di Uptown Shah Alam tempat saya bekerja ni. Saya memang terlupa langsung yang dia asalnya orang Shah Alam. Saya waktu tu baru lepas ke toilet dan berjalan balik ke kedai saya. 
Tiba-tiba ada orang tegur saya. Suara macam kenal. Terus saya toleh ke kanan, hah! Sah dah! Memang dia. Saya pun buat2 la terkejut. 

Dia : Hai nad! 
Saya : Eh.. Camane ko boleh ada sini? 
Dia : Aku saje jalan2..

Saya? Saya hanya tersenyum dan mengangguk. Saya buat2 la susun purse. Sebab tak tau nak buat apa. Dia pun rileks2 aja. Tak macam 7 tahun yang lalu. Saya tahu dia patah hati. Merayu2 ke saya untuk dapatkan cinta. Tapi dah tak boleh, takkan nak paksa? 

Hmm.. Meh la saya singkap sikit cerita lama sekitar 7 tahun yang lalu. Saya baru kenal dia. Dia boleh jadi kawan yang baik. Once saya anggap kawan, saya tak boleh nak lebih dari kawan. Tapi dia tetap nak kawan lebih dengan saya. Untuk pertama kali saya keluar dgn dia. Ke Subang Jaya kalau tak silap. Apa ya mall kat situ. Lupa dah nama dia. Lama giler tak pergi dah. Tapi bukan Carefour. 

Tapi saya rasa, saya adalah gadis pembawa malang kat dia. Waktu pergi tu hujan selebat-lebat-lebatnya. Hahaha.. Terkandas kat komuter Subang. Lama gila. Lepas tu naik teksi pulak. Sampai sana ngok-ngek-ngok-ngek dah petang. Lepas tu dia cari handphone dia. Dah hilang pulak handphonenya. Huahaha... Memang malang betul dia keluar dgn saya. 

Lepas dari tu ramai yang gosipkan saya. Ada kawan saya siap cakap kat kawan saya yang sorang lagi, dia kata saya ni mainkan perasaan orang. Kecik hati mak nyah! Kenapa kawan tu tak cakap sendiri dgn saya. Pergi cakap kat kawan lain pulak. Padahal saya dah terangkan A-Z. Tapi dh kawan kan, xyah nak kecik2 hati sgtla..

Lama dia tunggu saya. Saya memang rasa bersalah. Tp saya berpegang teguh kpd "Cinta Tak Boleh Dipaksa." Prinsip saya bukan "Cinta Boleh Dipupuk." Maaf. Waktu tu saya tak tau macam mana nak bagi dia faham. Saya terpaksa create cerita yg kekasih lama nak kembali ke saya. Dan saya sayangkan dia. (Padahal saya tak pernah bercinta)~

Saya terpaksa lari2kan diri dari dia. Lama2 mungkin dia sedar yang buang masa kalau kejarkan saya. Terlalu lama saya nak pulih untuk berhadapan dgn dia. Saya takut dia harapkan saya lagi. Tapi, lama2 bila saya tengok dia dah ada girlfriend, baru saya ok. :-D

Mungkin disebabkan saya kecewakan hati dia, dan hati orang yang selepas dia, dan hati orang selepas dia juga, (3x maknanya~) balasannya tentu ada untuk saya. Ya. Saya dikecewakan 2x oleh orang yang berbeza. Di saat saya sayangkan mereka, mereka tinggalkan saya. Ok. Saya terima. 

Untuk lelaki pertama - saya dah maafkan dia. Ikhlas dari hati. Sebab apa? Sebab dia datang dan minta maaf dengan saya. Berkali2 minta maaf. Mula2 stendet la memang kena maki. Tapi lama2 saya maafkan juga bila fikir tak ada apa yang salah sangat kat dia kecuali cara dia tinggalkan saya.

Untuk lelaki kedua - maaf. Takda perkataan 'Saya Maafkan Awak' dalam hati saya. Saya belum tergerak hati nak halalkan duit yang awak pinjam dari saya. Taktau la bila hati saya akan lembut. Ya. Hati saya memang keras. Tanyalah family saya. Kita jumpa di Padang Masyar nanti ya. Bab hutang, jawab sendiri dengan Tuhan. Orang kata, rugi kalau kita tak maafkan orang lain. Ya. Betul. Tapi bukan makhluk ini. Dia juga buat hati orang tua saya terluka tengok saya berhari2 berendam air mata. 

Bila tulis enti ni.. Saya rasa bersyukur ditemukan dengan Mohd. Shahfiza. Saya sayang dia sangat2. Berbaloi sungguh orang2 yang tinggalkan saya bila saya ditemukan dengan tunang saya ini. Banyak melayan kerenah saya yang keanak2kan. (Dah anak bongsu kan~) Dia dahlah macam abang2, (Dah anak sulung)~ Hmm..sebab apa? Sebab buat itu tak boleh. Buat ini tak boleh. Pakai tu tak boleh. Pakai ini tak boleh. Okey. Terima saja. Anggap yang dia tegah tu sebab dia sayangkan saya. 

Okeylah. Cukuplah sampai sini. Nanti ada yang muntah baca kisah saya ni kang. Hehehe...

Bye kawan2. 

p/s : Rindu orang kedai sebelah.~

6 comments:

CintaZulaikha said...

tetiba aku rasa cam aku kenal je org yg ko maksudkan..ke mmg aku kenal?? shah alam..emmm, cam kenal ja..huhu~~

Mahfuzah said...

Aku doakan ko bahagia ke anak cucu. Doakan aku jugak ye hehe. amin.
miss u. fren 4 ever. muah muah

アヌム ちゃん said...

wah kisah cinta lama..takpe la perginya seseorang tu mungkin ada hikmahnya, sbb dpt berjmpa dgn org yg skrg ni kn..huhu

Hanny Esandra said...

ct,
hahahahha.. pakwe ko ar! aku leh jpa dia noks kt sana? ish2.. ko tau2 la dia tu kan..

Hanny Esandra said...

uja,
aminnnn.. mestila aku doakan utk ko. yg terbaik utk ko..hope yg ni kekal ye..aku nk dgr gud news dr ko nnt..hehe..muaahh..mis u 2..

Hanny Esandra said...

kak,
betul tu.. sy redha dan bersyukur sgt2..:)