Follower Tersayang

Tuesday, October 25, 2011

Chiki Yang Semakin Nakal...

Hai semua...

Hari ni rasa nak cerita tentang Chiki. Aduhaiii.. Dia semakin nakal sekarang. Macam mana budak kecik yang tengah lasak, haa... macam tulah dia. Bila tengok keletah dia yang nakal dan buas tu, memang nak gelak aje. Tapi kalau dah tak terkawal, memang nak marah dia ajelah. Ubatnya duduk dalam bonding pouch jangan keluar2.

Dan dia tau kalau dia kena marah. Habis jari Cintehati di gigitnya. Kalau kitorang keluar petang2 nak pergi dinner, dialah makhluk yang paling excited sekali. Asyik nak keluar dari bonding pouch aje. Dia memang nakal. Sekarang ni kecik2 lagi dah pandai bukak bonding pouch dia sendiri. Tengok2 dah suku terbuka. Memang lesaplah dia. 

Macam hari tu, Cintehati gantung kat cermin pandang belakang dalam kereta tu, tiba2 entah macam mana dia dah duduk kat kerusi co-driver. Amboii... Nak merasa duduk kat kerusi ler tu. Hahah.. Kalau dalam kereta memang tak boleh diam. Lompat sana sini.Hahaha.. 

Hukumannya, dua hari dia tak ke uptown. Uhhh.. rindunya saya kat dia. Layan gambar jap la.

Sangat manja okey~
Duk layan buah epal.


 
Nama : Chiki
Jantina : Female
Makanan Kegemaran : Epal Merah.
Hobi : Main & Tidur
Cita2 : Tunggu dia besar sikitlah nanti saya tanya.~

Chiki memang suka Epal Merah. Bukan tak bagi buah lain. Tapi memang dia tak nak. Epal pulak nak Epal Merah. Epal Fuji pun tak nak. Anggur pun kureng. Kalau antara air buah tembikai & fresh orange  yg kitorang order kt kedai makan, dia nak tembikai dari fresh orange. Hahaha.. Selamat air saya. Banyak tau dia minum. Nestum kena la bagi, Tu untuk dia membesar. Sekarang ni nak try telur puyuh. Baru beli semalam. Hehehe..

p/s : esok dah tua2 kami bukak kedai haiwan peliharaan ajelah~ dah dua2 syg binatang~

3 comments:

Syakirah said...

comel chiki awk ! :)

JeeMacey said...

selalu2 la main dgn die..takut nanti die mati..hehee.based on my experience..;)

Hanny Esandra said...

syakirah.
tengkiyu..:)

cik jee,
mmg pn.. dia ni bukan stkt kitrog bg perhatian, tapi dah 'terlebih' bg perhatian.. main aje 24 jam.. :)
insyaallah, dia akan sihat n umur pjg dgn kami.. :)