Follower Tersayang

Monday, February 20, 2012

Seindah Diari Cinta - Bab 7



7
SHAFWAN sedang berbual dan sesekali dia ketawa dengan kuat di dalam kelas. Sementara menunggu pensyarahnya masuk, mereka berkumpul dan hanya duduk berbual kosong.
            Tiba-tiba pintu kelas tersebut di tolak dengan kasar dari luar. Semua mata tertumpu ke arah daun pintu yang sudah terkuak lebar. Seorang gadis dengan wajah seperti singa yang mahu menerkam mangsanya berdiri sambil bercekak pinggang. Satu per satu wajah pelajar di dalam kelas itu diamati. Kemudian, matanya tertancap ke wajah Shafwan.
            Nafas Azzalea kembali kencang apabila terlihat sahaja wajah yang memang dicari-carinya. Azzalea keluar semula dari kelas kemudian masuk semula dengan sebuah bakul sederhana besar. Dia berjalan laju-laju menghampiri Shafwan yang masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan gadis itu.
            Sampai di depan muka Shafwan, dengan beraninya Azzalea mengangkat bakul tersebut dan diletak dengan kasar di atas meja. Semua mata yang melihat turut terkejut dengan tindakannya.
            Tak cukup dengan itu Azzalea dengan rakus mengeluarkan baju-baju kotor milik Shafwan dan dicampak dengan kasar tepat ke wajah Shafwan yang tercengang-cengang dengan tindakan Azzalea.
            “Ambik kau! Naik lemak kau ya! Semua benda kau nak suruh aku buat! Ingat aku ni apa? Kuli batak kau ke?” marah betul Azzalea nampaknya sampai Shafwan tak mampu berkata apa-apa.
            “Sabar, Lea, sabar.” Tengku Badariah cuba untuk menenangkan keadaan.
            “Ah! Saya tak sanggup nak sabar lagi Kak Dariah. Hantu ni memang suka cari pasal dengan saya! Dia suka porak-perandakan hidup saya!” Jari telunjuk runcing milik Azzalea menuding tepat ke batang hidung Shafwan.
            Shafwan pula masih lagi diam tanpa berkata-kata. Pertama kali dia lihat Azzalea betul-betul mengamuk dengannya. Rasa menggigil juga kepala lututnya apabila dia diherdik begitu. Keluar semua ‘suara perempuan’ Azzalea.
            “Kita boleh bawak berbincang, Lea. Bincang elok-elok.” Tengku Badariah masih berusaha memujuk Azzalea.
            “Tak ada maknanya nak berbincang dengan orang macam ni, kak. Dia tahu dia aje yang hebat. Tak fikir perasaan orang lain. Asyik nak fikir perasaan dia aje. Apa? Dia ingat dia ketua MPP saya takut ke?” herdik Azzalea lagi.
            Dia menghala pandang ke wajah Shafwan yang terkebil-kebil pula.
            “Apa tengok-tengok! Nah!” dengan senang hati bakul yang sudah kosong itu berpindah ke kepala Shafwan.
            Pelajar lain yang melihat tak dapat menahan ketawa. Mereka melepaskan sahaja ketawa apabila melihat Azzalea dengan beraninya bertindak begitu.
            Azzalea pula masih lagi berang. Dia memang betul-betul tak boleh bersabar lagi dengan kerenah Shafwan.
            Mohd. Shafwan mula terasa malu. Dia menghentak meja. Mata helangnya tidak berkerdip memandang Azzalea.
            “Apa?! Ingat aku takut kau buat macam tu?” Azzalea menolak sekuat hati bakul yang masih lagi terserkup di atas kepala Shafwan.

“ARGH!!!” Tubuh Shafwan melayang jatuh ke bawah katil.
Ferdi yang masuk ke bilik abangnya waktu itu untuk mengambil kertas A4 juga agak terkejut. Terhenti terus pencariannya.
“Kau dah kenapa mengigau pulak? Siap jerit-jerit macam pondan?” soal Ferdi sambil tersenyum sinis. Kalau kat kampus tu punyalah bersikap kepimpinan. Hahaha.
“Aku mimpi buruk!” jawab Shafwan termengah-mengah. Terasa-rasa tangan Azzalea menolak bakul yang terserkup di kepalanya. Cepat-cepat Shafwan meraba-raba pipinya sendiri.
Ferdi hanya menahan ketawa melihat Shafwan yang mula menggelabah semacam. Peluh jantannya mula merenik di dahi abangnya itu. Padahal penghawa dingin masih terpasang.
            “Kau ni mimpi apa? Itulah… Mak dah pesan  jangan tidur petang-petang, kau degil. Kan dah mimpi bukan-bukan. Kau mimpi basah ke?” usik Ferdi.
            “Mulut!” jerit Shafwan.
            Ferdi mengangkat kedua-dua belah tangannya tanda menyerah. Dia masih lagi ketawa terbahak-bahak. Sengaja dia mahu mengusik abangnya.
            “Habis tu kau mimpi apa?” soal Ferdi. Kerusi beroda yang tersorong di meja yang menempatkan komputer dan segala peralatan menulisnya ditarik keluar lalu dia duduk menghadap katil bujang milik Shafwan.
            “Aku… aku…” Haih… Takkan aku nak bukak pekung di dadakan? Takkan aku nak cerita kat Ferdi pulak?
            “Aku dah agak dah! Memang kau mimpi perempuan ni! Kau mimpi ba…”
            “Tak ada maknanyalah! Ni kenapa kau masuk bilik aku? Agaknya sebab kau masuklah ni aku mengigau sampai jatuh katil.” Shafwan sengaja tukar topik. Hmm! Mimpi perempuan tu betullah! Tapi bukanlah aku mimpi yang lazimnya budak-budak lelaki nak meningkat remaja tu! Huh. Busuk betul fikiran adik aku ni!
            “Aku nak ambil kertas A4 kau sikit. Aku punya dah habis. Tapi apa nasib aku masuk-masuk aje dapat tengok kau mengigau macam budak perempuan. Agaknya kau mimpi bergaduh dengan perempuan kut?” tebak Ferdi.
            Mata mereka bertemu. Masing-masing berwajah serius. Alamak! Takkan Ferdi dah tahu kut? Tak mungkin. Baik aku buat-buat gelak!
            “Hahaha! Entah apa-apalah yang kau fikir ni! Ha, dah dapat belum kertas A4?” soal Shafwan sambil melihat tangan Ferdi yang masih kosong.
            “Belum. Kat mana kau letak?” soal Ferdi sambil mula mencari semula.
            “Cuba kau tengok dalam laci tu. Rasanya ada yang belum bukak. Kau ambiklah. Nanti kau beli yang baru aje untuk aku.” ujar Shafwan sambil baring semula ke atas katilnya.
            Ferdi akur dan mula mengambil kertas A4 yang dikatakan.
            “Dah! Kau tolong tutup pintu ya.” sambung Shafwan sambil meletakkan sebiji bantal menutup  mukanya.
            Apabila kedengaran pintu biliknya sudah tertutup rapat, Shafwan mengalihkan bantal yang menutup mukanya itu. Wajahnya tersengih-sengih pula. Wajah Azzalea kembali menari-nari di ruang matanya. Agaknya memang macam tulah kut ekspresi Azzalea bila tengok bakul kain baju aku depan pintu bilik dia?
            Shafwan teringat peristiwa yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk meletakkan sebakul kain baju di depan pintu bilik Azzalea.

BAKUL yang penuh dengan baju yang berlumpur itu dipandang lemah. Bab-bab kerja perempuan ni dia cukup lemah untuk melakukannya. Dia ada juga niat nak masukkan baju-baju kotornya ke dalam mesin basuh tetapi balik-balik dari perlawanan ragbi tadi awal-awal lagi Puan Katrina, ibunya sudah pesan supaya jangan sesekali basuh semua pakaian yang bersalut dengan lumpur itu ke dalam mesin basuh.
            Shafwan hanya akur dengan arahan itu. Akibatnya sampai sekarang dia asyik merenung bakul yang berisi kain bajunya yang kotor itu, macamlah kain baju tersebut akan terangkat dan cuci dengan sendirinya.
            Puas Shafwan berfikir siapa yang akan basuhkan baju-bajunya itu. Mak? Tak mungkin nak suruh mak sendiri. Akukan dah besar, maka akulah yang kena basuh sendiri. Ferdi? Jangan harap dia nak tolong aku basuh baju. Baju dia sendiri pun mesin basuh yang tolong basuhkan. Lagipun Ferdi bukan jenis bersukan sampai bajunya nak kotor macam baju dia. Sadisnya!
            Abah? Lagilah tak boleh. Baju-baju abah pun mak yang basuhkan. Jadi siapa yang kena basuh ni?! Shafwan mengusutkan rambutnya sendiri. Alahai Shafwan! What’s a big deal? Basuh ajelah baju tu sendiri. Kalau tenung lama-lama pun bukannya baju tu boleh kering pun.
            Ish! Malasnya! Tak suka! Shafwan menjeling bakul yang duduk diam di sudut biliknya. Macamlah bakul tu faham kalau dia jeling-jeling macam tu. Kemudian Shafwan terfikir sesuatu. Apa kata kalau…

DIA memandang kiri dan kanan sebelum keluar dari perut kereta. Masak aku kalau dia orang semua tau niat suci murni aku ni. Tapi dia agak pasti tak ada sesiapa di asrama baik asrama lelaki ataupun perempuan. Dia tahu jadual hari itu kesemua para pelajar ada aktiviti beriadah di waktu pagi yang diketuai oleh Tengku Badariah.
            Kemudian Shafwan cepat-cepat mengelaurkan bakul sederhana besar dari dalam kereta dan menutup pintu kereta. Tanpa memandang kiri kanan lagi, Shafwan terus sahaja memanjat anak-anak tangga asrama perempuan.
            Sampai di depan pintu bilik Azzalea dan Maisera, Shafwan tersengih-sengih pula sambil memandang gambar berukuran pasport milik Azzalea dan Maisera di depan muka pintu bilik.
            “Nasib kaulah Azzalea! Nak tak nak kau kena cuci jugak baju-baju kotor aku ni.” ngomel Shafwan sendirian.
            Selesai tugasnya, dia cepat-cepat pula turun dan mendapatkan kereta. Tanpa berlengah lagi, Shafwan memecut meninggalkan asrama sebelum ada yang melihatnya.

HAHAHA! Puas betul hatinya bila memikirkan tentang hal itu. Dia tahu pasti Azzalea sedang marah-marah sekarang. Tapi marah macam mana pun dia kena juga laksanakan apa yang diperintahkan. Cewah! Macam anak raja berdaulat pula kau ni Shafwan! Shafwan tersengih seperti kerang busuk.
            Tapi sengihnya terhenti. Macam mana kalau esok bila dia ke kolej, Azzalea buat perkara yang sama macam dalam mimpi ngerinya tadi? Mesti satu kolej gempar dengan apa yang berlaku. Oh, tidak! Ketua MPP diserkup kepalanya dengan bakul! Mesti malu berbulan-bulan!
            Cepat-cepat Shafwan melupakan hal itu. Malas dia mahu berfikir. Apa yang dia tahu Azzalea mesti turut segala perintahnya selagi orientsi itu berjalan. Shafwan mula melangkah kaki dan turun ke ruang tamu sebelum fikirannya akan menerawang lebih jauh lagi.

2 comments:

Mek Sue said...

Kak Nad..bab 6 xder ek??atau saya terlepas pandang???

Hanny Esandra said...

mek sue,
baca ke? hehehe.
dah post dah..