Follower Tersayang

Monday, May 7, 2012

Hari Saya...

Assalamualaikum.. Hai kawan2..
Sebelum cerita jadi basi lebih baik saya update blog.
Hari ni tamatlah sudah PBAKL kat PWTC.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan2 yang sentiasa support saya dan tak lokek nak beli novel2 saya. Saya hargai sangat2. 
Tak lupa juga kepada pembaca dan mengumpul novel2 hasil tulisan saya. Hanya ucapan terima kasih sahaja yang mampu saya berikan, segala pujian yang diperdengarkan kepada saya tu semua adalah pembakar semangat saya untuk menulis dengan lebih rancak lagi.

Saya dapat lihat keterujaan peminat yang bergambar dengan saya serta adik2 yang salam dan cium tangan saya. Ibu bapa yang bawa anak2 dan berbual2 dengan saya sambil pose2 ambik gambar. Alahaii.. semua tu kenangan yang tak dapat saya lupa.

Tapi dalam kamera saya tak banyak gambar. Yang bergambar semualah kamera diorang ya. Adalah sedikit gambar untuk tatapan blogger sekalian. 
Walaupun saya ni bukanlah seorang penulis tersohor dan dikenali ramai malah seluruh Malaysia, tapi saya tetap bersyukur dan bangga saya masih ada kelompok tersendiri. Alhamdulillah. 

Ada yang datang kepada saya dan tanya,
Adik, mana novel paling baru? Yang ni paling baru ke?
Saya tunjuk yang cover warna pink. Ya. CIK DIARI HATI adalah yang terbaru.
Dia terus ambik dan kasi isteri dia. Isteri kot. Heheh.
Saya tunjuk juga novel yang dapat sambutan. TAHU RASA CINTA. 
Dia kata,
Ni saya dah ada, yang ni pun dah ada.
Dia tunjuk juga CINTA DATANG MENYAPA.
Oh.. Terharunya! 
Terima kasih. Terima kasih dan terima kasih. :-D

Buku terbaru. Saya suka ikut tema cover buku. Kalau buku saya pink, saya pun baju pink. Heheh..

Sanggup akak ni tunggu..Ada dua novel dia beli.
Akak tu sengih bukan apa. Ada boypren dia amik gambar.. heheh..

Geng seangkatan
Kawan yg sangat supportive. Tabik kat dia sebab dia beli semua buku saya secara diam2.. ehehhe..

Kakak cun! Exchange dengan dia..
 Itulah sikit sebanyak gambar yang sempat saya rakamkan. Huhuhu..
Tahun depan kalau ada rezeki turn saya lagi, status saya pun sudah bertukar. 
Ahhhaaiiii.. :)
Bye kawan2.. :-D

No comments: