Follower Tersayang

Tuesday, May 8, 2012

Chiki Dah Jadi Mommy..

*Bersedia, ENTRI YANG SANGAT PANJANG."
Hai, Assalamualaikum kawan2..
Yeay!!
Saya dah jadi 'nenek.'
Hahahah..

Tau ke siapa Chiki & Chiko?
Kalau siapa yang betul2 follow blog saya taulah siapa dua tu.
Rasanya saya dah perlu asingkan link untuk bahagian Chiki & Chiko aje.
Sebab blog ni rasanya dah caca-merba. 
Hahaha.
Tapi takpelah.. saja buat blog ni jadi mesra alam sikit
Tak adalah terlampau serius nak bercerita tentang kerja saya aje.
Yer tak??
Ermmm..

Tanggal 4 May 2012.
Anak angkat saya dan Cintehati iaitu Chiki telah selamat melahirkan baby.
Tapi saya jadi musykil nak bagitau sama ada anak tu seekor ke 2 ekor.
Biasa Sugar Glider akan lahirkan dua ekor. Sebab jarang lahirkan seekor dan 3 ekor.


Gambar kat atas ni betul2 lepas Chiki lahirkan baby dan lepas anak dia selamat masuk dalam pouch. Sila klik gambar untuk tumbesaran ye.. Nanti korang boleh nampak pouch Chiki yang dah tertutup rapat.

Masa saat melahirkan tu sangatlah panik ya, kawan2. 
Kalau korang tengok pouch dia basah kan?
Memang saya dah perasan Chiki lain petang tu. 
Waktu Cintehati datang rumah ambik saya nak pergi KL untuk re-stock barang untuk kedai dia, saya nampak Chiki duduk diam aje. Laki dia si Chiko yang aktif dalam kereta.
Memang kitorang lepas bebas aje dalam kereta sebab dua2 ni suka sangat main lompat2.
Lepas ambik saya terus pecut ke KL. 
Dalam pukul 2.45 pmsaya tengok muka Chiki yang duduk diam kat kerusi driver, kat bahu kerusi. Muka dia alahai.. kesian macam mengerut tahan sakit. Saya borak dengan dia.

"Iki nape? Moyok je? Iki meh duduk sini.."

Wah! Macam dia paham je nyah!
Eh! Dia faham okeyy..
Dia duduk kat bahu saya pulak. 
Saya biar aje.. Sebab dia tengah grooming. Memang selalu grooming dia ni, tapi kali ni lain pulak. 
Dia asyik jilat2 pouch dia sampai basah. Sampai melengkung bulat badan dia nak jilat pouch.
Lepas tu saya rasa bahu saya basah. 
Saya marah dia. 

"Iki! Nape kencing atas bahu ni?!"

Dia diam jekk.(kang dia jawab aku pengsan plak~)
Saya pun selak2 tangan kaki dia kenapa dia asyik sangat jilat pouch. 
Macam kelam kabut aje.
Bila dah ternampak tu terus tergamam.
Saya cakap kat Cintehati,

"Abg! Iki beranak!"
"Hah??"

Hahahaha.. Korang mesti boleh bayang muka orang terkejutkan. Menggelabah Cintehati nak cari rnr untuk berhenti. Saya ckp takyah berhentilah, teruskan aje.
Saya bawak Chiki turun dan lapik kain, letak kat peha saya. 
Yang kat bahu saya tadi bukan kencing dia, maybe air ketuban.
Bahahaha..
Saya leka tengok Chiki jilat pouch. Saya nampak juga satu objek kecil warna pink tak ada bulu dan tak siap apa pun lagi. Besar dia adalah sebuir beras. Kecikkan? Tapi itulah kenyataan.
Saya nampak anak Chiki gerak2. Chiki terus jilat2 pouch dia. Saya nampak kepala anak dia gerak2. Eiii..
Bestnya! 

Lepas lebih kurang setengah jam la kut.
Anak dia selamat masuk pouch. 
Dan Chiki tidur keletihan..

Sampai KL, cintehati uruskan semua hal bisnes dia, saya duduk dalam kereta teman Chiki. Chiko saya tak bagi dekat. Dia pun paham aje, pegi tidor dalam beg dia. Lepas setel, terus Cintehati kata nak pergi 7E.
Dia kata nak belikan Chiki air, takut Chiki dehidrasi katanya~
Baik papa ko ni Chiki.
Esok kalau i pulak nak beranak, mesti dia comel kelam kabut cmtu jugak..
Teeettttt..
Balik dari 7E amboiii.. jeles saya..
Dia belikan Chiki dua botol twister. Laici & Epal.
Hahaha..
Yang saya ni dah nak kering dalam kereta sebab panas matahari betul2 kat cermin. Huhh..
Last2 saya merengek lapar, terus pecut pegi makan kat mamak. Syok!
Niat nak bersiar2 di petang hari terbatal sebab sambut cuculah katakan..~
Tapi sempat jugak merayap ke pasar malam.
hehe..

Lepas tu sama2 kitorang research pulak macam mana nak jaga Sugar Glider yang bersalin ni. Macam2 maklumat kitorang dapat. Chiki mengandung pun kita orang tak sedar. Sebab dia mengandung 2 minggu aje. Patutlah nampak perut & pouch Chiki menggelebeh aje, tapi x ketara sangat.
Lepas anak dia masuk dlaam pouch, cari puting susu ibunya, dia akan lekatkan rahang kat susu ibu dia dan tak putus2..
Anak dia akan membesar dalam pouch selama 70 hari, 8 @ 9 minggu. Kira 2 bulan lebih la kan. Waktu tulah anak dia akan tumbuh bulu, kuku dan sebagainya. Eii.. Tak sabar nak tengok. Anak dia nanti boleh keluar dan masuk pouch ibu dia dan akan Out Of Pouch (OOP) lepas 2 bulan lebih tu.

Cuma sekarang ni kena jaga emosi dan pemakanan Chiki. Jangan bagi Chiki stress. Kalau tak, dia boleh makan anak dia sendiri. 
Hmm.. Tunggulah kami lagi dua bulan. 
Jual??
Cintehati sayangkan cucu dia tu.
Mungkin namanya Wira kalau jantan.
Sebab dia lahir dalam kereta.
Hahahahhahaa...

Oklah.. Panjang sangat dah ni kan.
Nah! Chiki nak cakap something kat korang semua.

Saya dah jadi mommy..
Anda bila lagi???
Tata~

3 comments:

Anonymous said...

salam nk tnye...kalau sugar glider bunting kene asing kan ke si jantan n si betina?

Hanny Esandra said...

tak perlu asingkan.. boleh tinggal sekali..

Unknown said...

Jantan x makan anak dia ke