Hai, assalamualaikum kawan2..
Kurang dari dua jam kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Di kala saya menulis entri ini.
Saya masih lagi bekerja di malam2 raya.
Hueuehue..
Di sini saya menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf
Sekiranya ada kata-kata saya serta perbuatan saya
telah mengguris hati kalian tidak kira dalam keadaan sedar ataupun tidak
Sesungguhnya kita semua manusia biasa yang tak sempurna.
Sambut hari raya nanti beringat-ingatlah ya.
Jangan makan banyak2
Hehehe..
Bagi saya tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya sebagai seorang anak dara.
Tahun depan insya-Allah sudah berdua.
Kalau ada rezeki mungkin ada rezeki yang ketiga.
Siapa tahu??
Hehehe
Tahun depan bermulalah tugas rotate kat mana nak raya dulu.
Tetapi memang tahun depan tahun saya beraya di kampung halaman suami.
Keluarga saya dah halau saya awal2. Huahuahuaaa..
Iyalah, kata mak saya, kita orang perempuan kena ikut suami. Kena ada di sisi suami.
Lepas tu raya tahun berikutnya kat Klang pulak.
Bergilir-gilirlah nampaknya.
Itulah adat resam berkeluarga.
Tak kisahlah janji dua2 keluarga dapat jumpa.
Oklah,
mengarut banyak pulak.
Sesiapa yang memandu balik kampung tu hati2 di jalan raya.
Sesiapa yang bershopping sakan tu ingat2lah lepas raya nak guna banyak duit juga.
Hehehe..
Ok, bye.
2 comments:
salam aidilfitri nad, aku dah singgah umah kak ida. dia da beli umah baru, santekkkk :)
salam ct,
wahh.. dah singgah ke.. aku lama tau dah.. hehe.. msti cantik kan.. ;)
Post a Comment