Follower Tersayang

Tuesday, August 14, 2012

Lembu, Gerai Mak Saya & Abang Saya..

Hai..
Salam Ramadhan kawan2..
Hihihih..
Saya nak share satu cerita kelakar yang amat.




Gerai Mak Saya
Lembu & Abang saya
Bahahaha..

Pada suatu hari..
Saya, mak saya dan abang saya berniaga di bulan Ramadhan seperti biasa.
Tiba-tiba dua ekor lembu terlepas masuk ke kawasan taman perumahan saya.
Sebenarnya, lembu itu adalah kepunyaan kuil yang terdapat di simpang jalan kawasan rumah saya.
 Mungkin lembu-lembu 2 ekor itu sangat bosan dan mahu bersiar-sia di petang hari.
Kikiki
 Macam karangan budak sekolah rendah tak?
Phewww..

Lembu2 tu memang dah selalu jalan2 dalam taman.
Tapi tak sangkalah pulak salah seekor tu terus menonong menuju ke gerai mak saya. 
Mak saya dah jerit2 sebab lembu tu kelihatannya tak nak berhenti. Macam nak sondol gerai mak saya dari bahagian tepi.
Dah lah waktu tu ada customer tengah beli kuih. 
Sian awek tu sampai ke belakang sebab takutkan lembu tu. 
Actually lembu tu tak garang pun. Jinak. 
Tapi tak pernah pulak dia nak singgah tengok2 kuih kat gerai mak saya. 
Bila saya halau2 dengan kain dia tak pergi pun. 
Tapi dia pergi ke bahagian depan.
Siap intai-intai kuih apa yang ada.
Saya syak dia lapar. 
Abang saya halau pun dia wat tak tau aje.
Haiyooo.. Lembu ni punnnnn...

Abang saya ketuk (actually pegang kepala aje) dia nak sondol abang saya.
Memang waktu tu sangat cemas ye kawan2.
Saya siap menjerit lompat2 takut lembu tu sondol kuat kang termasuk longkang pulak abang saya. 
Tapi memang dia melawan. dia tetap nak jenguk2 kuih. 
Saya rasa dia nak beli kuih kut~ 

Saya mendapat akal dengan memberikan sedikit cucur udang kepada beliau.
Wah! Nampaknya dia sangat suka dan boleh dikawal. 
Saya hulur, dia nak makan, tapi saya geli + takut! Saya bagi abang saya suruh bagi dia. 
Dia makan! 
Saya bagi selebih cucur udang tu.
Abang saya bawak dia ke tengah skit, dia ikut. Sah! Dia nak makan aje sebenarnya.
Kemudian,
ada abang kat kedai runcit tu datang bawak sebuku roti Gardenia yang perisa Vanilla, dengan ranting. 
Hahaha..
Abang tu bagi dia makan roti. 
Sekali ngap aje.  Aku tataulah lembu ni kunyah ke tak.
Hahaha..

Lepas dapat makan sepotong kuih dan sebuku roti.
Dia pun pergi. 
Lahh! Lapar rupanya.
 Tapi...

Dia lupa bayar.
Kuih sepotong = 0.40sen
Roti Gardenia = 0.60sen

Lalala
:-)

No comments: