Follower Tersayang

Monday, October 15, 2012

Setelah 30 hari....


Hai Assalamualaikum bloggers sekalian..
Sihat? Dah sarapan ke belum? hehe..
Pagi-pagi ni terasa nak update blog pulak. 
Nati lambat-lambat dah malas sebab banyak kerja menanti saya. 

Hmm.. 
Tajuk kat atas tu..
Setelah 30 hari...
Hidup saya berubah sepenuhnya.
Kalau dulu saya tak perlu memikirkan orang lain tetapi sekarang serba-serbi memikirkan si dia. 
Fikir nak gosok baju dia, seluar dia,
Sediakan uniform kerja dengan seluar kerja, kasut, stokin, seluar kecik. Ehehehe..

Dulu seorang kini berdua. 
Dulu bilik saya kongker sorang tapi sekarang semua berkongsi. 
Katil berkongsi, almari berkongsi, selimut je saya sorang sebab cik abang tak pakai selimut waktu tidur. kuikui..

Sebelum pergi kerja kelengkapan akan saya siapkan sepenuhnya. 
Pukul 6 pagi saya bangun solat Subuh.
Pukul 6.30 Saya kejut dia, dan dia pergi mandi.
Sangat-sangat senang seorang Mohd. Shahfiza untuk dikejutkan waktu pagi. :-)
Untungnya saya, tak perlu membebel kejutkan orang yang liat bangun. 
Waktu dia pergi mandu itulah saya kemas katil, letak siap2 sejadah dan kain pelikat, uniform kerja dan semua2lah..
Kemudian terus ke dapur sediakan sarapan pagi yang ringan2 macam roti untuk dia sebab pukul 10 pagi nanti dia mesti makan berat macam nasi lemak.  

Pendek kata, 30 hari melayari bahtera rumah tangga, saya sangat seronok menghadapinya. 
Jiwa saya penuh dan sarat dengan nikmat cinta yang dikurniakan oleh-NYA. 
Ikhlas dan bahagia melayan suami tercinta. Saya mohon pada Allah supaya kekalkan saya sebegini. 
Melayan dia seperti raja selagi dia menjadi seorang suami yang bertanggungjawab kepada yang maha Esa dan juga kepada saya. 

Kalau dia tak romantik sebelum berkahwin, alhamdulillah selepas berkahwin ada perubahan. Saya senang dengan perubahan tu. Dulu ramai yang kata sebelum kahwin lain, lepas kahwin mesti berubah, ya betul. Tapi saya beruntung sebab dia berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah.

Kepada yang mahu mendirikan rumahtangga
cepat2cepat ya.
Sangat seronok bila orang yang kita sayang telah berada di depan mata kita.
Momen paling indah bagi saya adalah sewaktu menghantar si dia untuk pergi kerja dan menyambut kepulangannya.

Ya Allah
kuatkanlah jodoh kami berdua sehingga ke Jannah. 

 Itu saja dulu
Lepas ni saya share pasal wedding saya pulak ya. 
:-)

8 comments:

White Dove said...

wah...bahagianya.
Dapat saya bayangkan.
Tahniah! Moga bahagia selagi ada cinta dan kasih kurnia-Nya. :)
Lepas ni, moga bukan lagi berdua tapi bertiga, berempat, ber-ber-ber. ^.^

CintaZulaikha said...

alhamdulillah..

Hanny Esandra said...

white dove,
terima kasih..

ct,
alhamdulillah, amin.. ;p

cik dila said...

Seronok sangat baca,buat yg bujang rasa nak kawen jugak. hehe..

Semoga berbahagia hingga syurga bersama suami.. :)

Hanny Esandra said...

cik dila,
apa lagi..kawinlah cepat2..hikhik...

Aryanie Ismail said...

Alhamdulillah. Seronok akak mengdengarnya. Memang seronok kan. Rutin harian kita rasanya lebih terisi dgn perkara2 yg menyeronokkan. Melihat si dia bahagia dan gembira adalah perkara yg paling menyenangkan bagi seorang isteri kan. Kalau boleh segalanya kita nak bagi pada si dia kan..Itulah nikmatnya hidup berumahtangga. Semoga terus bahagia selamanya.

Qaseh Suhaida said...

semoga ikatan yg dibina terus erat dan kukuh hingga ke akhir hayat..

salam kenal

hnahdy said...

nak jadi mcm tu..huhu