Follower Tersayang

Sunday, May 30, 2010

Today is my day...~ muax!

*Tanggal 26 Mei 2010*

Nyum Nyum..

Hehehe....

Tarikh di atas adalah hari jadi aku... Aku sangat bersyukur sewaktu menyambut hari jadi aku, semua orang yang disayangi masih lagi berada di sisi... Aku harap akan terus berada di sisi aku... Untuk tahun ni, semua kejutan tak tepat pun pada tarikhnya... Di kala aku menaip ni pun, si dia kekal menemani aku di sisi.. Harap terus kekal ya, sayang... :-) Walaupun dia tak faham dengan dunia aku, tapi sudi untuk mendengar cerita dan luahan aku pun dah sangat berterima kasih...

Dia tanya apa yang sedang aku buat ni? Aku cakap, ini blog... tempat aku curahkan perasaan, curahkan isi hati, curahkan segala macam aktiviti. :-D Dia senyum. (Memang itu aje pun kerja dia~) Comel sangat... hahaha....

Kalau tahun lepas, sewaktu hari jadi akulah hari yang paling menyedihkan. Aku kira, itulah hadiah yang paling 'ISTIMEWA' bila mana aku telah ditinggalkan. Dalam mata bengkak dan air hidung tak henti-henti mengalir, aku sambut jugalah hari jadi aku bersama kawan-kawan tersayang. Luve my frens forever...

Betul kata Eizda Amani dalam salah satu mesejnya :~

"Aku dapat rasakan, beday tahun nie ler paling2 best2 sgt2 untuk ko kan?Aku harap ko bahagia dengan dia..."

Dan memang aku sangat bahagia... Dua kali dengan orang yang salah, maruah aku rasa macam diinjak-injak, harap kali ketiga ini dengan orang yang betul... Amin.. Aku sangat bersyukur... sebab aku rasa segala kepedihan dan kesedihan dah pun terbayar dengan layanan yang aku dapat daripada Mr.S. Alhamdulillah...~
Okey! Tutup cerita sedih!!

Aku sambut hari jadi kat uptown.. 27/05/2010.. Sehari lepas hari jadi aku... Memang aku tak sangka sangat-sangat... Jadi pelik kenapa pulak mak ayah aku ada kat uptown ni pukul 2.30 pagi? Lepas tu along dengan family pulak bawak si Akma pulak tu! Lepas tu Angah dengan Kak Fiza... Aku tengok dorang bawak kek.. baru aku sedar... Huhuhu... aku sangat teruja untuk buka kotak kek tu... hehehe... memang favourite akulah! Chocolate Cheese. Duduklah kita orang kat uptown sampai pukul 4 pagi... Huhuhu...

Hadiah di atas daripada Mr. S. Terima kasih sayang dengan hadiah yang sangat ringan di kakiku... Ehehehe... Aku dapat ni waktu keluar dengan dia hari Sabtu, 29/05/2010.. Dia kata hari Sabtu tu hari aku. Cakap aje nak pergi mana, nak apa, semua insya-Allah dia tunaikan. Jadi, kami pergi Sunway Pyramid.. Pergi makan McD (hajat nak pergi Secret Recipe, tapi aku rase untuk aku aje dia dah spent beratus, rasa tak sampai hati nk cakap).. Lepas tu tengok wayang cerita Prince of Persia.. Lepas tu jalan-jalan. Waktu jalan-jalan itulah dia tarik tangan aku masuk kedai Adidas.

Mr.S kata, dia suka tengok selipar perempuan. Memang dia nak beli, tapi dia tak tau nak bagi siapa. Sekarang dah tahu nak bagi siapa, jadi dia nak belikan. Aku dah tak tahu nak buat muka apa. Dan memang itulah point yang sangat Mr.S suka... (Kasi aku tersipu-sipu malu!) Huh...~ Lepas beli tu, tak habis-habis aku ucap terima kasih. (Sebab selama aku berkawan dengan dua lelaki yang salah tu, aku tak dihargai sebaik ni..~) Allah itu Maha Adil.. :-)

Ini aku yang bagi... :-D Dah lama aku nak beli keychain ni sebenarnya. Tapi asyiklah terlupa.. Hehe.. Inilah benda pertama aku bagi Mr. S. Waktu aku bagi ni selepas kita orang selesai makan kat McD. borak-borak kejap, lepas tu, aku keluarkan dari dalam beg. Terus aku tunjuk kat dia.. Aku bagi yang gambar girl, aku amik yang boy.. Mula-mula aku amik yang girl, dia amik boy.. Tapi dia kata macam pelikkk aje.. hahaha... Dah siap pasang kat kunci kereta dia ni, kita orang tukar..

Lepas selesai semua urusan jual beli kat Sunway Pyramid, Mr.S ajak keluar dari tempat tu. Aku memang tahu dia bukan suka lama-lama sangat tempat-tempat macam tu. Dia kata dia bawak aje ke mana aku nak pergi. Dan aku bukanlah seorang yang mementingkan diri. Memang aku cakap aku nak pergi tempat tu, tapi aku pilih tempat yang Mr.S suka pergi... :-D

Aku cakap, saya nak tengok ikan... (Padahal, aku tau, yang sangat sukakan ikan, adalah Mr.S :-) hehe..) Jadi, singgahlah kami ke Akuarium kat seksyen 2 Shah Alam. Gambar di atas adalah dari google. Bukan aku yang snap.

Sepanjang aku kenal dia, aku tau yang dia suka sangat dengan ikan di atas.. Ini memang dia gilakan.. Ikan Kelisa. Ikan kelisa ni boleh cecah hampir rm 10 000 seekor.. Adehhh.. Nak-nak yang warna merah ni... Memang Mr.S sanggup berhabis duit dengan ikan ni. Aku sangat cemburu! Dia dah ada seekor kat rumah warna pearl. Aku bagi nama ikan Mr.S tu 'Lisa.' Lisa lah madu aku... Hikhik...

Puas tengok ikan, aku nak ajak Mr.S ke Taman Tasik Shah Alam ni.. Tapi memandangkan mendung dah nak hujan. Tak jadi... :-( Seronok kalau duduk kat sini. Boleh release tension, tengok ikan, itik, angsa sume ada.. Family pun ramai bawak anak-anak dia orang kat sini.. Tapi memang dah gelap sangat.

Waktu nak hantar aku balik, kami lalu Alam Impian.. Tempat ni masih dalam pembangunan lagi. Tapi hampir siap nampaknya. Kat sini pun ada tempat beriadah. Apa lagi, aku ajaklah Mr.S ke sini.. Duduk-duduklah kejap tengok tasik buatan dengan sekitar kawasan yang aman aje.. Bak kata Mr.S, kalau ada duit, memang dah beli rumah kat sini yang tenang sangat. Huhaha.. pasanng angan-angan ajelah cik abang oi... ingat murah rumah kat sini? Huh... Dalam pukul 6.00 petang, Mr. S hantar aku balik. :-)



Ini pula, hadiah comel dari parents aku... Cantikkk sangat... Memang aku sukaaa kasut tutup macam ni!! Nasib baik ada saiz 4.. :-D Tapi kalau sandal kena saiz 3.. Saiz 3 hanya ada di Vincci sahaja...~ Okeylah... Vincii pun bukan mahal sangat kasutnya.. ~ Cik abang tak habis-habis membebel takut susah nak carikan kasut untuk aku... rilekslah... kaki aku.. aku tau kat mana tempat yang ada.. Cuma yang kecewanya, bukan sebarang kasut atau sandal yang boleh kat kaki aku ni..:-)
Hadiah ni aku dapat waktu aku balik aje dari uptown, ada satu beg cantik atas katil Aku dah tersenyum sebab aku tau mesti dari parents aku.. :-) Hehehe... Terima kasih.. Mula-mula satu aje, tapi esoknya pergi lagi Bukit Tinggi dengan parents aku. Dapat lagi sepasang... eheheh... Itu yang jadi dua pasang tu.. Aku nak simpan kasut ni untuk Raya nanti..
Akhir sekali, terima kasih semua...

No comments: