Follower Tersayang

Thursday, June 3, 2010

Hindari warna coklat..~

Topik hari ini, aku harus hindari pakaian yang berwarna coklat termasuk tudung atau selendang... Bila si dia dah mula komen, aku jadi panas punggung tak selesa.. Sebab, kalau boleh, aku mahu pakai yang indah-indah sahaja selagi tak menjolok mata.. :-)

Kalau dulu, pakai apa pun tak ada siapa nak melarang. Tak ada siapa nak tegur. Tak ada siapa nak perhatikan pun. Tapi, bila perubahan dah berlaku, bila kita ada seseorang yang sangat bermakna, dialah yang perhatikan kita.

Jadinya, waktu nak bersiap-siap tu, aku terpaksalah memerah otak, fikir baju ni sesuai tak? Kalau pakai dengan baju tu, okey ke? Kalau pakai warna ni? Atau warna tu? Seluar ni ketat sangat ke? Seluar tu sesuai tak? Kalau pakai legging dia marah tak? Atau aku pakai seluar yang ada warna-warni kat pinggang tu?( Tak tau apa istilah seluar kembang tu..) Hahaha.. Naik pening tau! Kalau dapat seseorang yang tak pernah kisah, tak apa lagi. Tapi ada aja komen susah jugak..

Kadang-kadang tersentuh juga hati perempuan aku. Tapi, aku tahu dia tegur untuk kebaikan. Silap-silap dia suruh aku balik tukar baju kalau dah terseksi sangat.. Banyak kali jugalah dia selalu cakap, kalau dia tak berkenan apa yang aku pakai tu (maksudnya nampak seksi, tak sesuai dengan imej bertudung aku) memang dia akan suruh masuk rumah balik, tukar.. Huuuu... Kalau terjadi macam tu, sangatlah memalukan.

Setakat ini, dia diam aja... Dan aku pun tak pernahlah pakai seksi macam budak-budak bertudung ala zaman siber nih.. Dan... dalam diam-diam, dua kali juga aku ditegur. Bila aku pakai baju dan tudung warna coklat aja, mesti dia akan cakap :~

"Kenapa awak suka pilih warna-warna macam ni? Nampak tua tau..."

Uuhh.. tak ke sadis.. tidak menjaga hati dan perasaan aku langsung.. Huhuhu.. Kalaulah aku boleh rakan muka dia yang berkerut macam tak berkenan sangat aje tengok kemeja aku warna coklat waktu tu. Jadi aku cakaplah :~

"Kalau macam tu, tolong bagi tau saya, warna apa yang awak suka?"

"Tak kisahlah tapi bukan warna coklat. Kenapa? Awak nak ikut sama warna kulit ke?"

Aku diam. Diam yang sangat-sangat. Kadang-kadang iya.. Aku inikan hitam manis. Bukan semua baju kena dengan kulit. Tapi kadang-kadang aku tak fikir pun. Okey aje aku keluar dengan baju merah mak ngah.. Iyalah... dia kan putih melepak.. Memang sangat tak sepadan dengan aku yang hitam legam ni.. (huhuhu.. mula terasa dah ni).

Pujuk? :-) Tak ada istilah pujuk memujuk dalam hidup dia... Pandai-pandai merajuk, pandai-pandailah pujuk diri sendiri. Nasib baiklah aku ni bukan jenis perempuan yang mengada-ngada sikit-sikit merengek-rengek, sikit-sikit menangis(melainkan perkara tu sangat menyedihkan), sikit-sikit minta dipujuk, sikit-sikit nak mengada-ngada. oiii.. tolonglah! Lagipun aku dah diberi amaran awal-awal yang si dia TIDAK ROMANTIK. Dia kata dia tak romantik, tapi dia tak sedar kadang-kadang perlakuan dia itu sebenarnya romantik. :-)

Tapi bila dia tahu aku berubah macam terasa hati, dia pun cerita :~

"Girlfriend yang dulu waktu kat kelantan, pun kulit sawo matang macam awak. Tapi dia gempal. Tinggi pun hampir sama dengan saya. tak ada masalah pun dengan saya? Tapi lepas tu dapat yang kecik sikit, lepas tu makin kecik, yang last ni pun lagi kecik."

Hahaha! Aku sudah ketawa. Pandai betul bagi aku tergelak.. Haduii.. Tak apalah, aku terima komen dia. Aku tidak lagi pakai warna-warna tanah tu. Koleksi dalam almari, yang mana warna coklat telah pun aku asingkan. Keluar dengan kawan-kawan tak apa pakai warna coklat kan cik abang? Hehehe... Baju raya tahun ni warna pink tau! Warna warni pun ada! Dan aku tengah gila dengan English Cotton. Plan terbaru nak pergi Nilai dengan si dia cari sepasang kain baju melayu dengan sepasang kain untuk aku yang sedondon dengan baju melayu tu. Warna yang aku nak dia pakai ialah Blue Black. Aku suka tengok lelaki pakai baju melayu warna tu. Nasib dia tak ada masalah! Lelaki akan ada masalah kalau kita suruh dia pakai warna pink aje.. :-D

Okeylah... anything for you.. No more warna cekelat..:-)

**orang kata, lelaki ni ada satu pemikiran kreatif dan kritis( cewahh... iyalah sangat!), kalau dia kata cantik baju tu, bermakna cantiklah walaupun kat mata kita, tak cantik mana pun. Cubalah! Mesti orang lain yang tengok akan puji kata baju tu cantik.. Aku dah kena.. :-) Lepas tu baru kita sedar, maknanya betullah cantik baju tu.. :-D

1 comment:

Sapika! said...

kita serupa..hahhaha..
ingt saye jer kena macam tu...